Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Julai 2011

Suami Meninggal Dunia Masa Isteri Merajuk, Tak Tegur (Episod 2)


"Usia perkahwinan saya masih baru tetapi suami saya telah meninggal dunia... Sebelum suami saya meninggal, saya ada merajuk dengan mengenai suatu perkara. Kami jenis weekend husband and wife. Jadi setiap kali nak pegi keje atau ke mana sahaja saya masih maklumkan kpd suami, cuma cara saya menunjukkan saya merajuk.

Saya berhasrat untuk minta ampun bila kami berjumpa hujung minggu nanti sebab bagi saya bila perbincangan berhadapan antara satu sama lain lagi mudah dari melalui telefon. Tapi malangnya, saya tak sempat jumpa suami saya kerana suami saya yang terlibat dengan kemalangan jalanraya hingga meragut nyawa dia.

Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya dan ada masa minta Allah beri saya peluang untuk berjumpa suami untuk saya ingin tahu adakah dia maafkan saya..

Jadi adakah saya ini dikategori sebagai isteri derhaka? Saya menyesal sangat-sangat kerana layanan terakhir saya pada suami saya tidak sepenuhnya. Bagaimana status saya adakah isteri derhaka? Kalau saya dikira derhaka, bagaimana saya nak minta ampun kepada suami?

Saya takut perbuatan saya tak dapat masuk syurga dan membuatkan suami saya sedih memperisterikan saya.."
....................................

Ini adalah satu kisah benar dari seorang isteri, pembaca blog saya. Cerita ini dipaparkan di sini supaya pembaca yang budiman dapat memberikan komen yang berguna untuk kebaikan semua.

Episod 1

5 ulasan:

  1. apakah jawapan bg persoalan beliau?

    BalasPadam
  2. Saya juga isteri PJJ bkn setakat weekend husband n wife tp 2-3months husband & wife. Jarak antara Sibu & Penang yg memisahkan kami. Cerita ni buat saya insaf sebab saya dan suami sama-sama kuat merajuk. Terima kasih ustaz sebab muatkan cerita ini. Tak sabar nak minta maaf dengan suami (pun secara PJJ...dah nasib..)

    BalasPadam
  3. memang ketakutan itu menghantui. tapi jika kita bertaubat, memohon keampunan dariNya, kita hambaNya yang lemah, sering terleka, insyaAllah kerisauan itu akan pergi menandakan keredhaan suami melalui keredhaan Allah yang Dia ilhamkan kepada kita. maafkan saya jika tersilap kata

    BalasPadam
  4. nie episod 2
    episod 1 mana yer???
    maaf mencelah

    BalasPadam
  5. Tok ingin mencelah, sbb tok ni org lama. Kata PRamlee 'sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri', dlm hubungan suami isteri tak lari dari perkara tu. Cuma klu pada perkara remeh2, jgn besar2kan .. klu yg dah buntu, pi kaunseling kat pej kadi (Kluang ke sapa2 yg tinggal kat Kluang).

    Marah mcm mana kat pasangan, minta maaf. SMS ke atau bila dia nak keluar umah. Dia nak maafkan ke tak, tu lain cerita.

    Allah memuliakan hamba2Nya yg beriman yg memaafkan org lain wlu dia x bersalah. (bab maaf memafkan ni, nak detail.. rujuk kaset, buku dr fadilah kamsah ke..hehe)

    Jadikan Rasul saw & isteri2 baginda idola.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.