Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Mac 2011

Misteri Suara Perempuan Dalam Telefon Saya, Belum Terjawab

Semalam dalam jam 4.15 petang, di Angsana JB, saya sedang berbalas sms dengan seorang wanita, urusan kerja. Waktu itu, kawan saya lelaki telefon saya mengatakan dia tunggu dalam kereta di parking kereta. Saya jawab panggilan itu tapi bukan suara dia, suara perempuan.

"Ada di mana tu ?" Kata perempuan itu dengan ceria sambil gelak-gelak.

"Ada di Angsana". Kata saya.

"Buat apa Angsana". Tanya dia lagi.

"Beli buku sikit. Ini siapa yer ?". Jawab saya, sambil tertanya-tanya.

"Hehe, ini oranglah, mak orang, hehee" Kata perempuan tu.

Saya hairan dan semakin tertanya-tanya. Kemudian saya putuskan perbualan sebab rasa salah orang. Terfikir saya, kenapa perempuan yang telefon guna no tel kawan saya tu sedangkan dia seorang saja dalam kenderaan.  Terus saya telefon kawan lelaki saya tu, dia kata dia tunggu di parking sebelah wisma Hasil sekarang.

Dalam kereta, dia tanya saya, kenapa dia telefon,  perempuan yang jawab. Perempuan yang jawab ? Kan saya yang jawab. Dia kata dia sempat berbual sekejap dengan perempuan tu.

"Nak cakap dengan siapa yer, heheh". Kata perempuan tu.

"Ustaz ada ker ? Ini siapa ?" Kata kawan saya.

"Ini Ida, hehe". Kata perempuan tu. Kawan saya terus putuskan sebab rasa tersalah dail.

Rupanya dalam masa yang sama, saya bercakap dengan perempuan, kawan saya tu pun cakap dengan perempuan. Saya tengok semula telefon saya, tidak ada nombor telefon orang lain yang didail atau diterima. Kawan saya pun tak ada dail orang lain kecuali saya.

Suara siapa ?

Jadi suara siapa itu ? Saya syak mungkin perempuan yang saya sedang sms itu walaupun  suara itu lain. Saya rasa mungkin saya terdail nombor dia masa menerima panggillan tu. Saya hubungi perempuan itu, dia kata tak ada telefon saya dan saya tak telefon dia, cuma sms saja.

Malam tadi saya teringat lagi, suara siapakah itu ? Kekadang seram juga macam sebuah filem hantu yang saya tengok, pasal panggilan misteri dari telefon di sebuah rumah usang. Nak percaya pada cerita tu taklah, tapi seram sejuk juga malam tadi. Semuanya masih belum terjawab.

Rasa mungkin juga tersalah dail atau sistem talian terganggu. Tapi macam mana boleh jadi begitu yer ? Belum terjawab.

13 ulasan:

  1. kadang2 cross line ..sya penah melaluinya..sedang bercakap si polan..tetibe ada org menyampuk sama...dah memasing dok hello menghello..sapa tuh sapa nih...sbb sya klu org tuh tk tahu nama pgglan sya apatahlg melalui hp..jawabnye say gud bye la..sya wat xlayan jerr..wat fening kepala nyudahnya

    BalasPadam
  2. cross line ni... memang kadang kala terjadi

    BalasPadam
  3. mayb awek lama kot? hehehe


    p/s: slalunye cross line....pakai celcom ka maxis? kalau celcom slalu kena cross line ni...

    BalasPadam
  4. Tuan Kadi,

    Setuju dengan pandapat-pendapat diatas tu. Memula kena memang cukup misteri. Oleh kerana selalu sangat dah tahap benci pulak. Especially, celcom la.

    BalasPadam
  5. Saya pakai 019, kawan saya 013, awek tu tak taulah nombor apa, nombor ekor kot..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum w.b.t Tuan.

    Hahaha. Kelakarlah Tuan Kadi ni. Nak nombor Tuan Kadi boleh?.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  7. Ustaz, ada putri bunian nk bekenalan kot, mana la tau dia org pun dh maju, ntah2 intenet diaorg dh lama 4G hehehehe..

    p.s - melawak je ustaz, jgn marah.. :D

    BalasPadam
  8. kelakar jg tuan kadi keluang ni...x ubah2....

    BalasPadam
  9. betul tu cross line..saye da bnyk kali mengalami.bercakap ngan chinese pun ade,blurr sekejap..

    BalasPadam
  10. Ana dapat rasakan yang itu "secret admirer Kadi Kluang" he he...

    BalasPadam
  11. Sy rasa cross line, sy pun pernah kena macam tu.

    BalasPadam
  12. Saya nak share pengalaman yg baru saya alami dua hari yang lalu. Saya juga telah menerima satu panggilan daripada maid saya dirumah. Saya tanya dia, "ya, siti, nak apa?" suara perempuan yg garau menjawab, "helloooooo.." saya pun ulang, "ya.., kenapa siti?" suara tu jawab, "siapa tuuuuu..." saya ingatkan dia bergurau, lalu saya tanya, "siapa tuu.." suara garau tu pun jawab, "siapa niiii.." saya terus rasa seram dan panik lalu sy menelefon maid sy dan tanya adakah dia yg call tadi. Dia heran dan kata dia diluar sedang siran pokok, tak telefon pun. Sy suruh dia bersumpah dan demi Allah, dia bersumpah dan bila sy menceritakan balik hal tadi, dia panik dan kata phone dia berada didalam rumah tengah charge! Sy terus lemah lutut, rasa mcm nak demam, teringatkan suara yg menakutkan tu. Sy cuma minta pada Allah tolong dijauhkan gangguan jin dan syaitan dari rumah saya...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.