Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Oktober 2009

MASALAH KEWANGAN ANTARA PUNCA UTAMA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA SEKARANG



Tadi, sewaktu saya berceramah dalam kursus pra perkahwinan, saya sentuh soal ekonomi dalam bab persediaan sebelum perkahwinan. (persediaan ekonomi ini memang ada dalam tajuk ini). Saya cuba sentuh sedikit mengenai bakal pengantin, supaya berhemah dan jangan boros di dalam kehidupan berkeluarga. SDalam ceramah tadi saya kata, di Kluang ini banyak aduan rumahtangga melibatkan kakitangan kerajaan yang merupakan punca keruntuhan rumahtangga tersebut. Saya tidak menyebut, agensi kerajaan yang mana satu mencatat jumlah tertinggi di Kluang.
.
Selesai saja ceramah, sambil saya duduk di luar, saya didatangi oleh seorang peserta lelaki yang bersalam dengan saya dan ingin bertanya beberapa soalan kepada saya. Dia nampaknya bersungguh-sungguh, pasti ada persoalan yeng penting. Ok, saya benarkan dia bertanya,
.
" Tuan Kadi, tadi tuan kata jumlah tertinggi kes rumahtangga di Kluang melibatkan kakitangan kerajaan, boleh ke saya tahu agensi mana itu ? ".
.
Soalan itu nampaknya mudah, tapi saya kena berhati-hati untuk jawab. Saya terfikir, apa motif dia tanya soalan itu. Bukan saya tak boleh nak jawab, jawab senang saja, tapi yang saya fikir kalau saya sebut, mungkin dia bekerja di agensi tersebut. Saya tak jawab terus, tapi saya tanya dia semula.

"agak-agaknya agensi kerajaan mana yer "

Dia terus jawab dan jawapannya tepat sekali. Sekali lagi saya tertanya-tanya apa motif dia tanya dan jawab sendiri soalan tersebut. Kemudian dia bercerita, abang iparnya bekerja di agensi kerajaan tersebut dan abang iparnya memang ada masalah rumahtangga dengan isterinya (kakak lelaki itu). Barulah saya tahu, soalan dia ikhlas, untuk mendapatkan kepastian.

Kemudian dia tak berhenti bercerita dan saya mengiyakan saja. Katanya, semasa kakaknya kahwin dia yang jadi wali kerana ayahnya dah tiada. Sekarang kakaknya tidak bekerja dan mempunyai 2 anak. Masalahnya rumahtangga abang iparnya adalah  selalu kesempitan wang. Katanya, pantang ada peluang buat pinjaman peribadi, selagi ada peluang meminjam dia meminjam. Maklumlah kerja kerajaan, senang nak lulus pinjaman peribadi, asyik nak buat saja. Katanya dah beberapa buah bank dia buat, dan sekarang nak buat pinjaman lagi 10 tahun. Kononnya nak tutup hutang yang lama, tapi dia tak setuju abangnya membuat hutang lagi.

Katanya, hidup abang ipar bersama kakaknya selalu dalam kesempitan walaupun gajinya 2000 lebih sebulan. Sebagai adik, setakat manalah dia boleh membantu walaupun dia bersimpati kepada kakaknya. Takkanlah dia nak masuk campur urusan dalaman rumahtangga kakaknya. Dia buat contoh, balik raya baru ini, belanja hariraya di rumah mak, kakaknya tak bantu. Sehingga minyak kereta abang iparnya pun dia yang tolong isikan kerana dia tahu abang iparnya tak cukup wang. Lama dia bercerita, kemudian saya minta diri dulu sebab ada hal lain selepas itu. Cadang nak lama lagi dengar cerita itu.

Ok. Memang betul masalah ekonomi sebagai punca utama rumahtangga runtuh. Tapi masalah orang ini, bukan tak cukup gaji, gaji 2000 kan dah kira besar. Kenapa pula tak cukup. Kepada kita yang kerja kerajaan ni hendaklah selalu bersyukur dan jangan cepat lupa diri dengan banyak buat hutang. Jangan gelap mata dengan tawaran pinjaman peribadi, pinjaman kereta nak beli kereta lain, buat pinjaman rumah nak duduk rumah sendiri. Ingat.. bila anda sudah mula membuat hutang yang bukan-bukan, anda akan membuat hutang lagi untuk menutup hutang yang lama, percayalah cakap saya.

Pinjaman Peribadi

Kenapa perlu nak buat pinjaman peribadi selama 10 tahun atau 15 tahun, untuk apa nakkan duit itu, sila jawab. kalau jawapan anda tak pasti atau jawapan merapu, baik jangan pinjam. Kalau anda pinjam, bank yang kaut untung, juga agen yang ada persen setiap bulan. Bila anda pegang wang yang tak ada tujuan khusus, maka wang itu akan habis, gaji bulan-bulan tetap kena potong. Ada orang buat pinjaman peribadi lepas tu nak masuk saham ASB, katanya untung. Dia kira, pinjaman peribadi 5 persen, ASB kasi 8 persen, jadi untunglah. Orang ini sebenarnya silap dan tersalah kira, mudah ditipu dengan angka. Ada orang pinjam peribadi untuk tutup hutang yang lama, jadi dapatlah duit sikit. Sebenarnya,kalau dikira semula, bank banyak  untung, hutang lama tak kurang pun walaupun dah lama bayar. Inikan pula nak buat hutang baru, jadi dapat duit bukanlah seberapa.

Beli kereta baru

Belilah kereta ikut kemampuan, bukannya nak menunjuk-nunjuk. Ramai orang, kereta elok lagi, tinggal setahun nak habis bayar, beli pula kereta baru dan buat hutang 9 tahun lagi. Kenapa tak pakai saja kereta itu, habiskan bayar, bukannya banyak meragam, cuma nak bergaya lebih saja kot. Nak bergaya punya pasal kita terperangkap dalam hutang. Kalau tak berhutang macam tak sempurna hidup dia. Orang yang banyak berhutang ni duit simpanan tak ada, tiap-tiap bulan duit habis.

Beli rumah baru

Kenapa perlu beli rumah kalau bayaran bulanannya sangat tinggi seperti 700 atau 800 sebulan atau lebih. Sedangkan dia menyewa di situ sekitar 200-400 sebulan. Lebih baik duduk rumah sewa saja sampai pencen. Ramai yang beranggapan, tak apalah, bayar lebih sikit tak apa, janji ada rumah sendiri, buat aset.  Sebab itulah dalam poket sentiasa tak ada duit, duit habis nak bayar bulanan rumah, sedangkan jumlah tersebut dia tak mampu tanggung selama 25 tahun.

Itulah di antara teori saya setelah saya menceburi bidang hartanah mulai 2008 apabila pasaran saham mulai suram. Sejak saya mendalami ilmu ini, saya mendapat banyak manfaat.  Saya ikut kursus-kursus berkaitan hartanah dan perbankan. Salah satu kursus adalah yang dianjurkan oleh ILIM Bangi secara percuma pada Mac 2008.Saya juga banyak beli dan baca buku dalam pelaburan hartanah yang banyak memberi manfaat kepada saya. Saya tidak rasa rugi apabila harga buku itu ada sedikit mahal tapi saya rasa dengan saya beli buku itu RM 20, telah berjaya menyelamatkan wang saya beratus-ratus ribu ringgit. Semakin banyak saya membaca dan belajar, semakin saya rasa saya kurang ilmu. Alhamdulillah, tahun 2008 dan 2009 ini saya telah menerokai dan memasuki bidang hartanah dan isyaallah saya berada dalam landasan yang betul untuk menuju kejayaan.

Beli rumah ini perlu ada 3 persediaan. Kalau tiada yang 3 perkara ini, anda akan gagal dan tak mustahil dalam beberapa tahun lagi anda akan muflis. Apakah yang 3 ini, ilmunya tidak boleh diajar di sini dengan begitu mudah. Yer... bukan kerana saya kedekut ilmu tidak mahu beri ilmu ini, tapi kadang-kadang saya tak tahu di mana dan dari mana saya patut terangkan. Saya belajar bukan ada guru khusus, tidak ada guru khusus macam di universiti. Macamnana nak ajar orang, saya pun tak ada teknik khusus macam cikgu sekolah.

Syeikh Abdul Qadir Jilani berhiijrah dan menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar dari Jilan Iran untuk menuntut ilmu di Bangdad. Waktu itu ramai perompak di tengah jalan. Akhirnya ilmu yang dicapai olehnya cukup bermakna. Belajarlah untuk menambah ilmu, jangan sombong dan rasa diri dah cukup pengetahuan. Hidup kita akan melalui perjalanan yang lebih jauh, kalau kita ada ilmu, insyaallah kita tidak sesat.

Kerja kerajaan lebih mudah terperangkap

Saya cuba merenung kembali, kenapa orang yang kerja kerajaan banyak masalah kewangan, kenapa tidak ramai orang yang bekerja sendiri seperti kerja kebun dan kerja swasta, tidak menghadapi masalah seperti ini. Jawapannya adalah, orang yang kerja kerajaan mudah dululuskan pinjamannya oleh bank. Orang kerja sendiri , kerja kebun jangan haraplah bank nak kasi.Orang kerja swasta memang payah nak dapat. Orang kerajaanlah yang menjadi sasaran bank. Jadi, orang kerajaan jangan tersilap langkah dalam hidup, jangan tersalah dalam merancangan kewangan keluarga. Bimbang nanti anda silap perkiraan, seumur hidup anda akan musnah dibelengu hutang yang tak sudah-sudah. Saya ibaratkan hutang itu umpama 'tali', kalau kita pandai guna, ia akan memberi manfaat kepada kita. Tapi kalau kita tak pandai, kita boleh mati terbelit kerana tali tadi.
Sekian, Untuk Renungan Bersama.
.




3 ulasan:

  1. Assalamualaikum uztad..
    btol kata uztaz, ukur baju dibadan sndri..klau xmampu jgn cri msalah..
    Saya alhamdulillah..mmg dri kcik lg mula kje mest kna lunaskn byaran pinjaman pelajaran..klau ade duit lbih bru pk beli rumah..
    bagi saya rumah tu pnting..dari kita byr rm400 sebulan kat tuan uma baik kite byr kat uma sndri..
    sbb sy beli uma 50k, ikat 15thn bulanan rm350..gaji cuma rm1.2 n bru setahun 6 blan bekerja..dri kcik sy suke brniaga n brjimat crmat cth jual gula2 kat sekolah keb n sek men.kat politeknik sy berniaga topap..duit nye sy sruh mak sy simpan..mak sy msuk kat asb sy..bile sy nk byr duit muka rumah sy pkai duit sndri dlm asb..
    n buat pnjaman dgn bank mengikut kemampuan sy..
    umur sy bru 22thn..bkan nk brmegah cume sy sntiasa bringat..ingtla wahai bangsa Melayu jgn guna prinsip 'biar papa asalkn bergaya'..prinsip 2 xbole diguna pkai..brjimat cermat adlah amalan mulia..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.