Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Oktober 2009

SAYA RASA MEREKA BELUM KAHWIN


Gambar hiasan

Tadi saya dapat satu aduan maksiat dari seorang ketua di satu pejabat kerajaan. Ceritanya berkenaan kakitangan bawahannya yang sudah beristeri dan mempunyai anak, tetapi katanya ada perempuan lain. Beberapa kali ketuanya terserempak dengan lelaki itu bersama seorang perempuan dalam keadaan yang intim.  Suatu hari, ketuanya itu terserempak di lobi sebuah hotel di Johor Bahru, menimbulkan prasangka yang buruk oleh ketuanya.

Satu hari, ketuanya memanggilnya di dalam bilik pejabat dan bertanya berkenaan hubungan lelaki itu dengan perempuan tersebut. Lelaki itu dengan berat hati, mengaku dia sudah kahwin di Thailand dengan wanita itu tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan. Selepas itu, lelaki itu seolah-olah tidak suka ketuanya bertanyakan hal peribadinya lagi.

Lelaki itu, berumur 40 an, saya sudah dapatkan alamat rumahnya, jenis keretanya, nombor keretanya. Isterinya juga bekerja kerajaan dan mempunyai empat orang anak. Berdasarkan cerita ketuanya, perempuan yang dikatakan isteri keduanya berusia 20 an atau awal 30 an. Saya rasa maklumat yang diberikan adalah cukup lengkap, saya boleh  memulakan tugas risikan dan penyiasatan secara sulit, saya tahu apa nak buat lepas ini.

Sebenarnya, dalam kes ini, tidak semestinya lelaki ini sudah berkahwin, mungkin juga dia tidak kahwin. Ketuanya tidak berhak memaksa anak buahnya menunjukkan surat nikah semasa memanggil anak buahnya di pejabat. Kalau lelaki ini tidak mahu kasi, tidak boleh dipaksa.

Saya cadangkan, biar saya sebagai Kadi dan penguatkuasa serbu rumah atau hotel sewaktu mereka berdua. Waktu ini, mereka terpaksa menunjukkan surat nikah, ada atau tidak. Kalau tiada, kita boleh tangkap dan menuduhnya khalwat. Kalau ada surat nikah Malaysia, kita percaya surat nikah ini palsu atau sendikit atau penipuan, kita akan siasat dulu. Kerana kalau dia sudah kahwin, mesti dia mohon ke mahkamah untuk poligami. Kalau dia ada surat nikah Thailand atau Indonesia, kita akan siasat dulu. Kalau betul dia sudah nikah,dia boleh didakwa juga atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan nikal luar tanpa kebenaran dan lewat mendaftar perkahwinan.

Sebagai penjawat awam, harap lelaki ini jangan berlagak, kalau saya nak tangkap saya tangkap, saya tak kenal siapa dia. Waktu itu jangan merayu dengan saya, saya tak layan. Kalau dah kena tangkap, cium kaki saya pun orang sanggup, asalkan dia boleh lepas, ini pengalaman saya masa jadi penguatkuasa JAIJ  dulu. Kalau kes melibatkan penjawat awam, jangan ingat nak kautim, mahkamah tetap mahkamah. Mereka tak tahu, dah ramai kakitangan kerajaan kena penjara dan dikenakan tindakan tatatertib jabatan.

Sebagai penjawat awam kena jaga etika, jaga anak isteri dengan baik, jangan main kayu tiga, nanti keluarga kacau bilau. Kalau rasa layak kawin lagi satu dan nak kawin lagi satu, dipersilakan. Kita ada cara-cara mohon ikut undang-undang yang betul, saya pun boleh bantu, tak ada masalah. Saya faham naluri lelaki, kalau dah nak sangat boleh mohon ikut cara betul.

4 ulasan:

  1. tangkap. jangan tak tangkap ustaz.

    BalasPadam
  2. Tuan, jalankan saja amanah. Jantan macam ni jika dibiar akan menyebabkan banyak persundalan. Anak isteri terabai.

    Kasihan isterinya. Kalau dah sabit kesalahan nanti, baru tau langit tinggi rendah.

    BalasPadam
  3. Memang betul kita ada kuasa menangkap dan mendakwa, kita ada undang-undang yang cukup... kalau boleh orang ramai jangan terlibat dalam perkara seperti ini. Kita masih beri ruang untuk nasihat dan amaran.

    Nampaknya orang macam ni tak makan nasihat, bos dia dah tegur tapi masih jadi.

    Kalau kena tangkap, salahkan diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Kalau dia ada surat nikah Thailand atau Indonesia, kita akan siasat dulu. Kalau betul dia sudah nikah,dia boleh didakwa juga atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan nikal luar tanpa kebenaran dan lewat mendaftar perkahwinan.

    YE KE? SAYA TENGOK BANYAK ARTIS TERLEPAS MACAM AIDA RAZWILL TUH! PATUT UNDANG2 "ZALIM" NI TAK WUJUD PUN! BUAT GELAK KAFIRUN JE...

    SO APA CERITA KES TADI SELANJUTNYA?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.