Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Oktober 2009

TAK SEMPAT NAK UPDATE BLOG : SIBUK SANGAT LAH TU


Sabtu diisi dengan ceramah kursus pra perkahwinan di Kluang dan Batu Pahat. Balik rumah dah petang sempat juga masak sendiri resepi peribadi. Malamnya ada menerima kunjungan kumpulan marhaban dari sekolah SRAB Kluang. Alhamdulillah ramai guru dan pelajar sekolah SRAB yang datang.
.
Ahad pula, pagi berceramah kursus pra perkahwinan di Simpang Renggam, balik tu sempat masak lagi resepi sendiri. Menerima kunjungan marhaban dari Badan Kenajikan Saudara Kita Kluang diketuai oleh saudara Shafiq, setiausaha badan tersebut. Lepas tu diikuti dengan guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara.
.
Maaflah kepada pembaca-pembaca blog saya sebab tak sempat nak update, sibuk sangat berceramah, main masak pondok-pondok dan layan tetamu.


Kumpulan Marhaban Sekolah SRAB Kluang



Badan Kebajikan Saudara Kita Kluang



"Yang pergi kursus pra perkahwinan ini dah minta izin isteri ker ? Kalau tak mintak izin nanti, isteri baca blog saya terkejut tengok gambar suami pegi kusus kahwin...." Itulah saya usik-usik saja peserta kursus di Batu Pahat, bergurau je nak hilangkan ngantuk.

1 ulasan:

  1. emm..ustaz ni tak kahwin lagi kee...??
    saja jee tanya.hehe

    BalasPadam

Dipersilakan komen.