Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 September 2010

Isteri Tolak Hubungan Kelamin, Tuduh Suami Berzina

Seorang isteri telefon saya.. Dia sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang ada kerja hebat dan terhormat juga. Anak dah besar-besar, kecil pun dah darjah 5, yang besar dah sekolah menengah. Wanita ini umur 40-an sekarang. Masalahnya dia tak sefahaman dengan suaminya dah lama, masuk 4-5 tahun. Berdasarkan ceritanya, kira berat juga masalah ni.

"Tuan Kadi, saya nak tanya tuan kadi satu perkara, harap tuan dapat jawab". Kata wanita tu.

"Yer, silakan". Kata Saya.

"Saya sudah tak mahu buat hubungan kelamin dengan suami saya. Setiap kali dia nak, saya menolak, dah lama, dalam 4-5 tahun. Apa hukumnya tuan kadi, adakah saya berdosa ?". Tanya wanita ni.

"Okey, sebelum tu, kenapa puan taknak buat hubungan dengan suami puan ?" Tanya saya.

"Saya taknak, sebab saya rasa dia ada berzina dengan perempuan lain". Kata wanita ni.

"Berzina, ada bukti ker ? Ada buat laporan ker ?". Kata saya.

"Tak, saya tahu tapi saya diamkan saja." Kata wanita ni.

"Macamnana tahu tu, ada nampak ker ?" Tanya saya lagi.

"Saya tahu sebab dia ramai kenalan perempuan dan selalu jumpa di luar ". Kata wanita ni.

"Puan, jumpa di luar tidak semestinya berzina. Jadi kenapa taknak report pada penguatkuasa saja, biar penguatkuasa tangkap. Ada buat laporan ke sebelum ini ?". Kata saya.

"Tak ada, saya taknak dia tahu saya yang report". Kata wanita ni.

"Puan, kalau puan report, penguatkuasa akan rahsiakan. Kalau puan mengadu pada saya pun, saya akan rahsiakan, saya ada cara nak rahsiakan. Kenapa puan tak mengadu ?" Kata saya.

"Taknak, cukuplah saya tahu dia berzina dengan perempuan lain". Kata perempuan tu.

"Kenal ke perempuan yang puan kata berzina dengan suami puan tu". Tanya saya.

"Saya tak kenal tapi dia ada ramai perempuan". Kata wanita ni.

"Saya rasa, puan tak pasti mengatakan suami puan berzina. Jadi saya rasa tak elok puan buat tuduhan tanpa bukti yang jelas." Kata saya.

"Bukan apa tuan kadi, saya takut dia bawak penyakit HIV ke, sakit kelamin ke, sebab tu saya tolak". Kata wanita ni.

"Ada pengesahan dari doktor ke, suami puan mengidap penyakit tu ?" Tanya saya.

"Tak ada, tapi saya rasa ada". Kata wanita ni.

"Kenapa rasa-rasa, kita bukan pakar, doktor yang lebih tahu" Kata saya.

Wanita ini terdiam seketika, mungkin sudah tak boleh jawab beberapa perkara yang saya tanya tadi. Kemudian dia tanya lagi.

"Jadi Tuan Kadi, saya tolak hubungan kelamin dengan suami, apa hukumnya ? Adakah saya berdosa ?" Tanya wanita tu.

"Yer, boleh sampai hukumnya berdosa kalau tidak ada suatu sebab munasabah, lebih lagi sudah lama sampai 4-5 tahun. Itu adalah tanggungjawab seorang isteri melayan suami". Kata saya.

"Kenapa pulak saya berdosa ? Saya dah tak ada perasaan terhadap dia. Dia tu kaki perempuan". Kata wanita ni.

"Puan, yer ke suami puan kaki perempuan..... Kalau betul pun dia kaki perempuan, mungkin salah satu puncanya, sebab puan menolak hubungan kelamin dengan suami puan ni. Mungkin sebab inilah suami puan cari perempuan lain. Kalau puan layan suami dengan baik, jaranglah lelaki cari perempuan lain. Puan kena fikirkan juga, ini mungkin berlaku kerana kesilapan puan juga " Kata saya.

"Tak, saya rasa tindakan saya betul, saya dah tak ada perasan pada suami saya" Kata perempuan ni.

"Okey puan, kalau puan tak mahu dengar nasihat saya hari ni, tak apalah. Mungkin esok lusa, puan boleh terima. Lepas ni, puan fikirkan sendiri, kenapa masalah ini berlaku.  Puan, layan suami ni kena ada cara umpama menarik rambut dalam tepung. Puan, cuba puan berubah dahulu, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kemudian tengok apa perubahan dalam diri dia." Kata saya, dia terdiam.

"Berubah ? Kenapa saya saja yang perlu berubah, dia tak berubah". Kata wanita ni.

"Puan...... Layan suami ni, kalau cukup layan makan minum, hubungan kelamin dan jaga hati suami, saya rasa suami tak jadi begitu. Sebenarnya, layanan sebegitulah  yang seorang suami hendakkan. Kalau salah satu yang saya kata tadi tidak ada, maka tidak mustahil lelaki akan cari perempuan lain. Puan buatlah perubahan, jangan harapkan suami puan nak berubah dahulu sedangkan puan masih tidak mahu berubah. Puan kena banyak bertolak ansur dan berubah dahulu" Kata saya.

Saya tak boleh layan perbualan ini terlalu lama. Saya minta dia datang ke unit kaunseling untuk cerita lanjut, tapi dia tak mahu. Tapi nampaknya, sepanjang perbualan, apa yang saya cakap, semua dia taknak terima. Ada saja jawapannya. Saya hairan juga, mula dia nak tanya hukum berdosa ke tak. Bila saya jawab berdosa, dia tak mahu terima pulak. Macam-macam jawapannya. Apa yang penting dalam rumahtangga adalah bertolak ansur, jangan rasa rendah diri kalau dirinya patut berubah dahulu.

Semoga apa yang saya katakan ini, yang baik jadikan pengajaran dan buruk jadikan sempadan. Suami dan isteri tak lari dari kekurangan dan kesilapan.

9 ulasan:

  1. Oh! Perempuan.

    Susah betul nak cakap dengan perempuan yang perasan betul ni kan. Semoga hati beliau dilembutkan untuk mendengar nasihat.

    BalasPadam
  2. akhir zaman... beribadah dengan berbini 4 pun dikira keji.

    BalasPadam
  3. Walaumacamanapun tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami perlu ditunaikan. Soal suami curang ke itu dia tanggunglah dosanya dengan Allah. Isteri perlu sahkan daripada doktor dahulu tentang penyakit kelamin jika ada pada suami. Jangan prasangka. Ingat, sekali isteri tak melayan suami, akan mendapat laknat Malaikat, inikan pula sudah beberapa tahun. Layan kehendak suami taklama 10 minit pun tak sampai. Tapi jika kita abaikan tanggungjawab kita lagi buruk padahnya. Fikirkanlah.

    BalasPadam
  4. terima kasih ustaz sebab sudi kongsi ilmu...dapat gak info dari apa yang diceritakan dalam blog ustaz nie....terima kasih....

    BalasPadam
  5. terima kasih ustaz....dapat gak ilmu sebelum sy menjejakkan diri dlm alam rumahtangga...harap ustaz perbanyakkan lagi kisah berunsur nasihat seperti cerita di atas..

    BalasPadam
  6. Salam. Bila isteri buat perangai kenapa selalunya hanya isteri yang disalahkan . Sedangkan Islam telah menjadikan suami sebagai pemimpin kepada wanita . Suami bila mengambil seorang wanita menjadi isteri dari ibubapanya dengan secara langsung dia telah mengambil tanggung mendidik dan membimbing isterinya. Allah s.w.t. telah melibihkan satu darjat lelaki dari perempuan kerana bersamanya adalah satu amanah yang ahrus lelaki bawa .

    Lelaki2 yang nak kawin cuba betul kan niat bila nak berkawin jangan cuma ingat ada orang yang akan jaga makan dan minum cuma tapi bila kawin ada tanggung jawap besar yang harus di pikul. Ambil lah iktibar dari ayah Imam Al Ghazali bila beliau mencari ibu kepada Imam Al Ghazali .. Wallahu' alam

    BalasPadam
  7. Naluri seorang isteri tahu bila suami curang.Selalunya isteri disalahkan.Bila dibawa ke Mahkamah selalunya di suruh bersabar dan hak suami untuk berbuat apapun. nampak gaya inilah nasib seorang isteri.

    BalasPadam
  8. tiada istilah suami curang dlm perkahwinan... suami hanya perlu bertanggungjwb beri nafkah, sediakan tempat tinggal, keselamatan,, kesihatan, pendidikan dsb...

    kalau suami nak kahwin lain & boleh adil, apa masalahnya??? suami 'flirting" hingga "berzina" patut isteri tu kaji punca2nya... selalu sebab suami tak dpt layanan cukup di rumah (mcm kes ni la), atau memang suami bernafsu tinggi sukar nak kawal (itu sebab diharuskan poligami), atau memang tabiat buruk tak takut dosa....

    itu bab suami, bab isteri hukumnya memang lah BERDOSA sebab tak layan suami 4-5 thun.... mana ada suami yg tahan seminggu pun???

    kalau takut AIDS/HIV, mintak suami buat pemeriksaan doktor... nampak sgt rumahtangga ni ABNORMAL, tiada komunikasi, inilah kebanyakan pasangan sekarang, di luar mata awam macam "LOVING COUPLE" berpura2 & hidup dlm hipokrit semata-mata...

    ppuan/isteri berlagak diva & tinggi diri mcm ni memang ramai sekarang, bukan dgn suami je, dgn kwn2 ppuan di pejabat pun kita boleh kenal, cara cakap, cara berpakaian, cara pergaulan kita tau rumahtangga mrk mcm mana... & di mana puncanya, tapi kebanyakan yg di dengar & dihebohkan, suami je yg salah... isteri je golongan teraniaya....

    jgn kata pandangan sy ni "bias" sebab konon sy lelaki, sy pun ppuan, sy meluat sebenarnya tgk perangai ppuan / isteri2 sekarang.... contoh boleh tgk dlm drama2 melayu/indon di tv.. (walaupun sy tak tgk drama melayu, tak berkembang minda.. baik tgk OPRAH SHOW)....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy suka awak, sy harap semua wanita kat malaysia ni sama pemikiran mcm awak, br la malaysia leh maju...cam jepun n Korea, sbb lynn diorg cukup... Sy setuju citer2 drama melayu ni mmg kebanyakannya pasal isteri nak tunjuk power, suami arrogantla...ntahapapa la, ni sume agenda yahudi yg semua org ptt sedar...bangunlah rakyat Malaysia...sy pun masih bnyk kekurangannya, if ada yg tersalah sila tegur, yg baik dr Allah, yg xbaik adalah kesilapan sy sendiri...Allahuakbar...wallahualam....

      Padam

Dipersilakan komen.