Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2010

Sosilawati, Ahmad Kamil, Noohisham dan Kamarudin Mati Dalam Keadaan Mulia


Datuk Sosilawati, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, pegawai bank  Noorhisham Mohammad dan pemandu Kamaruddin Shansuddin telah pergi mengadap Allah Taala lebih dulu dari kita. Alhamdulillah, jutaan umat Islam di negara kita dan negara luar turut bersimpati dan mendoakan kesejahteraan rohnya. Doa dari anak-anak, isteri dan keluarga terdekatlah yang paling diutamakan. Mereka semua telah meninggalkan anak-anak, isteri serta suami yang soleh dan solehah. Kekuatan umat Islam adalah pada doa, itulah yang dapat mengembirakan roh orang yang dah pergi meninggalkan kita.

Mudah-mudahan mereka mati sebagai seorang yang mati syahid. Mati syahid bukan hanya terbatas kepada mati di medan perang saja, tapi termasuk juga syahid-syahid yang lain seperti mati sewaktu bersalin dan mati kerana kemalangan. Mereka lahir sebagai  seorang Islam dan mereka mati juga dalam keadaan Islam juga. Ini adalah ketentuan qada dan qadar Allah Taala, janganlah selamanya kita bersedih. Setiap manusia pasti akan mati, itulah ketentuan hidup manusia, cuma kita tak tahu bila dan punca kematian itu.

Sumayyah adalah orang pertama sekali mati syahid kerana mempertahankan Islamnya. Sumayyah seorang wanita, diseksa sebelum dibunuh dengan kejam. Saidina Hamzah, dibunuh dengan begitu kejam dalam Perang Uhud dengan dibelah dada dan jantungnya. Saidina Umar mati syahid dibunuh selepas solat subuh. Saidina Uthman dan Saidina Ali mati sewaktu menjadi khalifah umat Islam, dibunuh oleh orang Islam sendiri. Saidina Husin, cucu Rasulullah mati dipenggal kepalanya dalam Perang Karbala. Cerita-cerita sejarah Islam ini mengingatkan kita bahawa mereka kelihatan tersiksa sewaktu menghadapi kematian. Tetapi Allah menjanjikan syahid dan syurga untuk mereka.

1 ulasan:

  1. itu lah yg d harapkan..

    p/s - puasa tahun ini, genap 9 tahun arwah adik meninggalkan kami sekeluarga kerana kemalangan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.