Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 September 2010

Mahkamah Syariah: Roslin, Norhayati sah cerai talak satu


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu. Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dan Roslin, 35, dalam perbicaraan ringkas bulan lalu.

Ulasan Saya :

Oleh kerana perceraian talak satu, Roslin boleh rujuk kembali perkahwinannya pada bila-bila masa sekiranya beliau mahu. Rujuk adalah hak suami yang tidak boleh dipertikaikan. Rujuk ini tidak semestinya memerlukan izin dari isteri terlebih dahulu.

Dalam tempoh perceraian ini, nafkah tetap perlu diselesaikan oleh suami terutama nafkah tempat tinggal. Adalah lebih baik suami yang keluar rumah, bukannya isteri yang perlu keluar rumah dalam tempoh edah ini. Di dalam tempoh edah tersebut, perempuan tidak boleh berkahwin dengan orang lain. Mengikut prosedur juga, lelaki tidak boleh berkahwin dalam tempoh edah isterinya itu. Kalau mahu berkahwinan, perlu mendapat kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

7 ulasan:

  1. Kalau si suami nak rujuk tapi si isteri tak mau macamana ustaz?...kalau di rujuk dalam paksa end up isteri tak nak balik ke rumah ...sebab rujuk dalam paksa...macamana tu ustaz?..sekadar bertanya...Tkasih.

    BalasPadam
  2. Suami nak rujuk saja, kira sahlah. Tak kira isteri setuju ke tak. Kalau isteri taknak balik rumah, dikira isteri nusyuz.

    BalasPadam
  3. assalamua'laykum ustaz .. kalau suami lafazkan cerai dalam keaadaan marah , dn tidak berfikir , adakah jatuh talaknya? diharap ustaz dpat membantu . terima kasih.

    BalasPadam
  4. salam, ustaz...
    Isteri memaksa suami cerai dengan mengugut dan menggunakan pisau. Kerana takut cedera dan terbunuh suami telah melafazkan 'aku ceraikan kau'. Isteri tetap mengacukan pisau dan memaksa suami mngulang, suami melafazkan lagi 'aku ceraikan kau talak 1'

    Adakah jatuh talak 2?

    BalasPadam
  5. Suami atau isteri yang melafazkan cerai atau mendengar dilafazkan cerai hendaklah segera membuat aduan di pejabat Kadi, seterusnya akan dibawa ke Mahkamah Syariah kalau ada unsur cerai.

    Hanya hakim mahkamah Syariah yang boleh menentukan sama ada jatuh talak atau tidak. Mengenai isteri membuat ugutan yang boleh memerbahayakan nyawa, hakim akan mengambil kira perkara tersebut sebelum memutuskannya.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum ustaz.. saya nak rujuk dgn isteri sayatapi dia tak mahu rujuk..ada saya baca rujuk tak payah persetujuan isteri tapi kt malaysia ni bukan ke rujuk tu macam wajib kena persetujuan isteri..saya keliru ustaz..tolong la saya..sekian terima kasih

    BalasPadam
  7. Bagi masalah ini, saya rasa elok sangat Tuan datang ke pejabat agama untuk berbincang apa kaedah terbaik. Mungkin akan diadakan sesi kaunseling untuk menyelesaikannya. Memang benar hak rujuk sepenuhnya adalah hak suami dalam masa edah, tetapi peranan pejabat agama adalah untuk mencari penyelesaian supaya tidak timbul kesukaran pada kemudian hari.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.