Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 September 2010

Datuk Sosilawati Disorok? Sila Bebaskan Segera...

Kalau baca akhbar Berita Harian hari ni, cerita kemungkinan Sosilawati disorok di satu lokasi rahsia. Entah sumber mana yang akhbar berkenaan petik, tapi sudah pasti ada sumbernya sehingga berita ini keluar dalam akbar itu.

Utusan Malaysia pula kata, menurut sumbernya, ada seorang lagi peguam disyaki terlibat. Apa kaitannya ? Menurut polis, motifnya masih samar dan tidak menolak kemungkinan atas sebab perniagaan juga.

Pesan saya kepada orang yang terlibat.....

Kepada sesiapa yang terlibat secara lansung atau tidak lansung   dalam kes ini, sila bebaskan Sosilawati. Orang yang menculiknya tak akan dapat ke mana. Akhirnya anda akan ditangkap juga, lebih baik menyerah diri saja. Sudah tentu, kamu menonton berita tv dan membaca internet dan mengikuti perkembangan cerita ini. Sedarlah, polis tidak berdiam diri dan sedang berusaha menyesaikannya. Malah, kenyataan seorang pegawai kanan polis dalam akhbar menyatakan, yakin akan berjaya menyelesaikan kes ini.

Jangan Apa-apakan Datuk Sosilawati

Jangan buat suatu yang di luar batasan undang-undang yang lain pula. Kalau kamu buat nyawa Sosilawati terancam, kamu akan menerima padah. Hukuman gantung menanti kalau sabit kesalahan, kamu tak akan dapat lari. Jangan dera atau cederakan Sosilawati sepanjang dia berada di bawah kawalan kamu.

Bebaskan Sosilawati

Bebaskan Sosilawati segera walaupun kamu sudah buat kesalahan. Kamu mungkin akan ditangkap dan dituduh ke mahkamah kerana kesalahan menculik atau lain-lain kesalahan. Hukumannya tak sampailah hukum gantung atau penjara seumur hidup. Kalau salah tu salahlah, tapi jangan buat kesalahan yang lebih berat lagi. Kalau kamu dituduh di mahkamah pun, kamu berhak lantik peguam yang handal-handal.

Fikirkan keluarga Sosilawati terutama anak-anaknya

Esok  Hari Raya, pasti anak dan keluarganya bersedih atas kehilangan misteri ibunya. Tiga orang yang hilang bersama Sosilawati juga semuanya ada isteri dan anak-anak yang masih kecil. Mereka meratapi ketiadaan suami dan bapanya di pagi Aidilfitri. Sungguh sedih....

Orang yang terlibat ini juga pasti ada anak dan isteri. Isteri kamu pasti sedih kalau kamu hilang dan tidak bersama mereka pada pagi raya esok.

3 ulasan:

  1. Salam. Tuan, masa raya nanti tuan tulis tidak sambungan cerita bersiri "nasib mat burger"?. Saya harap sekurang-kurangnya cerita ini tidak terhenti lama sangat ya. Buatlah dalam dua atau tiga episod ker masa raya nanti. Seronok kami hendak membacanya nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. sebagai umat islam, dan sebagai sesama manusia, saya turut bersedih dengan nasib jutawan kosmetik sosilawati. biarpun kami tidak saling mengenali, namun setiap hari saya mengikuti perkembangan, melalui meddia dan internet. malah setiap lepas solat saya turut mendoakan agar beliau kembali pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.saya menyeru kepada semua rakyat malaysia, doakan lah yang terbaik untuk beliau. di pagi raya ini tentu anak anak beliau sedang bersedih. semoga anak-anaknya tabah.ini bukan musibah tetapi ujian allah berdoalah sebanyak-banyaknya untuk kebahgiaan saudara kita sosilawati.


    salam lebaran
    puan nurie

    BalasPadam
  3. salam. lama kita terpisah. Terakhir saya di Harian Metro Johor 1999. Baru terjumpa blog ustaz. Selamatkan dunia daripada kerakusan jenayah manusia. salam

    BalasPadam

Dipersilakan komen.