Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 September 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 41

Ustaz Khalil terdiam bila Man mengungkapkan perkataan itu. Terkejut bercampur tak percaya ustaz Khalil akan apa yang dikatakan Man tadi.

"Man....betul ke yang Man cakapkan ni. Man betul-betul ke ni, atau gurau-gurau ?" Tanya Khalil.

Man terdiam seketika, kemudian menjawab.

"Yer, Man dah fikir semasaknya, itu muktamad". Kata Man ringkas.
 Khalil terdiam lagi, seakan tidak percaya lagi.
"Man...bawa bertenang. Saya terkejut dengan berita ini, kenapa terlalu cepat buat keputusan Man ? Tapi Man... kalau boleh, Man kaji semula keputusan ni. Tak tahulah Man, saya rasa tak seronok bila dengar keputusan Man ni". Kata Khalil.

"Ustaz, keputusan Man ni, bukan baru. Tapi dah lama Man fikirkan, sejak selepas Man dimasukkan ke hospital lagi. Man...Man sanggup berkorban untuk kebahagian orang lain. Cukuplah penderitaan dan siksaan yang Man terima selama ini" Kata Man.

"Okey, saya sekadar membantu, tak lebih dari itu. Tapi saya turut simpati dengan masalah Man. Saya juga terkilan, tak dapat bantu Man. Lagipun saya lewat dapat tahu kes ni dan tak sempat beri nasihat pada Man". Kata Khalil. Man terus terdiam.

"Man... yang lebih saya kecewanya adalah, Man dan Yanti teraniaya dalam kes ni. Tapi Man dan Yanti pula yang menyerah kalah dan menjadi mangsa kerakusan pandangan serong orang lain. Sedangkan orang lain yang menghalang dan memukul Man mendapat kemenangan. Orang-orang ini akan bangga dan merayakan kejayaannya menganiaya hidup Man". Kata Khalil lagi. Man masih terdiam.

Man terus menangis dengan derasnya, tangannya mengesat-ngesat air mata. Man tak boleh meneruskan kata-katanya lagi, dia mahu pulang ke rumah.

"Ustaz, Man harap, keputusan Man ni muktamat. Tapi tak tahulah, adakah keputusan Man ni tepat atau tidak". Kata Man, kemudian terus panggil mamak kedai tu untuk kira dan bayar.

Sebelum pulang, Khalil sekali lagi berpesan pada Man.

"Man, buat solat istikharah dahulu dalam beberapa hari ni. Ini perkara besar dalam menentukan masa depan Man".

Balik ke rumah tu, fikiran Ustaz Khalil belum tenteram, seakan sukar menerima hakikat kerana mengenangkan nasib Man. Pada Ustaz Khalil, sebagai penguatkuasa, dia utamakan kesudahan sesuatu kes, kalah atau menang belakang kira. Jadi kalau sebelum ini, Khalil rapat dengan Man untuk mematahkan sendiket nikah, tapi kini Khalil rasa dia perlu buat lebih dari itu. Dia rasa perlu untuk bantu Man sebagai rakan pula.

Khalil tahu Man berada di pihak yang lemah, tiada penasihat atau pemberi semangat. Terfikir juga, kenapa Man tak berterus terang padanya dari awal lagi, waktu Yanti masih di JB. Mungkin waktu itu, Khalil boleh bertemu Man dan Yanti sekaligus dan buat rancangan lain pula. Mungkin boleh uruskan untuk nikah secara wali hakim.

 Atau kalau baru sehari dua Man kena belasah, Man beritahu dia. Nak juga Khalil tunjukkan heronya berdepan dengan samseng-samseng itu. Pada Khalil, bukan kecil kumpulan samseng yang dah dia jumpa sewaktu jadi penguatkuasa. Di kalangan polis-polis pun, Khalil kawan baik dan kalau nak minta tolong, boleh dengan telefon saja pada pegawai polis di JB. Khalil sendiri bengang kalau abang Yanti yang belasah Man bersorak dan merayakan kemenangannya dapat memisahkan Man dengan Yanti nanti.

Tapi Khalill seakan tak boleh mengubah keadaan dan pendirian Man. Kalau benarlah keputusan itu muktamat, maka tiada sapa yang boleh menghalang, kecuali Man yang mengubahnya sendiri. Kekadang Khalil fikir, keputusan Man itu ada baiknya juga. Jodoh ditangan Allah Taala, kita merancang, Allah menentukan.

Di kampung, rumah Man dikunjungi oleh guru sekolah Syira dan Nizar. Guru sekolah nak buat liputan untuk dibuat video yang akan ditayangkan pada hari penyampaian hadiah beberapa hari lagi. Mak ayah dan adik beradik Man yang lain semuanya ada kecuali Man saja yang ada di JB. Cikgu Syikin dan dua guru lelaki datang menemuramah dan mengambil video di perkarangan rumah Man. Dalam temuramah itu mak dan ayah Man berbangga dengan kejayaan anak kedua dan ketiganya kerana mendapat keputusan terbaik di sekolah.

Temuramah dengan Syira pula, dia turut menyebut nama abangnya Man seorang penjual burger yang banyak berkorban untuk keluarga. Dan sekali lagi Syira menyebut nama Yanti dalam temubual itu yang Syira kata sebagai kakak angkat yang banyak memberi semangat kepadanya. Selepas rakaman video itu, sewaktu minum air dan makan goreng pisang, Cikgu Syikin bertanya lanjut pada Syira tentang Man. Timbul perasaan pelik di fikiran Cikgu Syikin, bagaimana seorang penjual burger boleh membantu mak ayah dan adik beradik di kampung. Cikgu Syikin turut menjemput Man sekali datang ke sekolah waktu penyampaian hadiah nanti.

Bila terima pelawaan dari Syira untuk hadir ke majlis itu, Man tidak menolak. Pada Man, itu perlu diberi keutamaan kerana meraikan kejayaan adiknya. Kalau ditolak pelawaan  itu, mungkin adiknya akan merajuk nanti. Pada hari itu, Man berbaju kemeja lengan pendek, datang ke sekolah jam 8.30 pagi bersama mak dan ayahnya menaiki kereta Wajanya. Beberapaa guru, PIBG dan pengawas menyambut mereka dan duduk di kerusi ibu bapa dan PIBG.

Dari jauh, Syira menunjukkan abangnya Man kepada Cikgu Syikin dan kenallah dia dengan Man. Bila masuk pengumuman pemenang hadiah khas PIBG, nama keluarga Syira dan Nizar disebut dan menjadi perhatian orang ramai yang ada di dewan itu. Ibu bapa Man dapat hadiah khas PIBG itu yang setiap tahun diberikan kepada ibu bapa yang cemerlang mendidik anak-anak. Tahun itu mencatat sejarah kerana anugerah anak cemerlang percubaan SPM dan STPM adalah adik beradik, rekod yang belum pernah dicatat sebelum ini. Man gembira dan puashati dengan pencapaian keluarganya dan berterima kasih kerana pihak PIBG dan sekolah meraikannya sebegitu meriah.

Selepas itu diadakan tayangan video temuramah di rumah Man tempohari. Mulanya Man semacam tersenyum dan kelakar pun ada sebab dibuat video di rumahnya. Tapi bila temuramah dengan Syira yang menyebut nama Yanti, Man kelihatan gelisah. Man tunduk dan mula mengalirkan air mata. Syira dan Nizar perasan perubahan yang berlaku pada Man. Syira rasa sedikit menyesal kerana temuramah itu mengguris hati Man. Lebih Syira rasa bersalah, bila Man tak makan bersama selepas majlis itu. Puas Syira mencari Man, rupanya Man bersendirian di dalam kereta menunggu mak dan ayahnya makan. Bila ditanya, Man jawab dah kenyang.

Yanti akan ke Kluang untuk majlis perkahwinan kawan serumahanya Nani esoknya. Malam sebelum nikah, Yanti tidur di rumah Nani tapi selepas majlis Yanti tak balik terus ke KL. Yanti berhasrat bertemu Syira yang akan menduduki STPM beberapa hari lagi. Secara kebetulan atau dirancang, Yanti tidur di hotel yang sama semasa Man dirawat di hospital dulu. Ini mengingatkan kembali kenangan Yanti bersama Man sewaktu Man sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan. Yanti bertemu Syira di sebuah warung di pekan tak jauh dari rumah Syira. Yanti tak mahu mak atau ayah Man tahu semua itu, Nizar hantar Syira senyap-senyap naik motosikal.

Perbualan Yanti dan Syira tak lama dan hanya berkisar tentang perperiksaan saja. Cerita pasal Man lansung tak ada. Sedang berbual itu, teringat Yanti berkenaan baju batik yang hendak dihadiahkan kepada Man dulu, dibeli di Pasar Payang Terengganu. Baju itu masih ada dalam kotak bungkusan di dalam keretanya. Tanpa berfikir panjang, Yanti serahkan bungkusan itu pada Syira untuk diberikan pada Man.

Syira gembira dan dalam hatinya Yanti masih ingatkan Man, Man masih di hati Yanti. Selepas itu, di dalam kereta, Yanti serba salah, persoalan yang bermain di hatinya, adakah dia patut memberi hadiah pada Man dalam keadaan sekarang. Kenapa dia tak telefon Man dah berbulan-bulan tapi kenapa beri hadiah pula, fikiran Yanti bercelaru sehinggalah balik ke KL keesokan harinya.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 42
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-42.html

5 ulasan:

  1. Salam Ustaz,

    x leh tangguh/delay lama2 sgt episode nie ustaz, nnt kurang kick, kalo drama kt tv tu, dh tetap dh, seminggu skali @ tiap2 hjg minggu, baru peminat bersemangat nk follow.. :D

    BalasPadam
  2. Insyaallah akan disambung. Tak janjilah bila-bila, kekadang tak sempat, sibuk. Hari-harilah masuk blog saya.

    BalasPadam
  3. Ye ustaz, saya habis baca semua dalam masa 2 jam, leh wat filem la pula, pemacam ustaz

    BalasPadam
  4. Aiseyman.... Potong stim betul.. Hehehe... tgh syok baca. Tak pernah saya luang masa baca citer panjang camni..

    BalasPadam
  5. Panjang sungguh cerita kali ini. Seronok saya membacanya.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.