Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 September 2010

Kereta Tinggal Lama Lepas Cuti Raya, Tak Boleh Start

Semalam kawan saya ni telefon, pasal kereta  dia tak boleh start lepas tinggal lebih seminggu masa cuti raya. Dia baca artikel dalam blog saya sebelum cuti raya dulu. Patutnya nak tinggal kereta lebih 3 hari kena buka satu kabel bateri. Dia baca blog saya tu, cuma dia tak ingat nak buat. Jadi semalam dia nak start semula dah tak boleh. Bateri dah kong. Macammana nak buat yer ?

Guaranty ?

Kalau anda beli bateri belum setahun, sila ke kedai dan boleh tukar bateri baru. Pergi cari guaranty card, dah campak kat mana ? Kalau tak ada, susah sikit kedai nak terima tapi jangan putus asa. Beritahu dia guaranty kad hilang, mana le tau doa anda makbul, tauke tu boleh terima. Baru-baru ni persatuan penjual bateri kereta nak juga guaranty kad tu. Kalau semua ok, nanti tauke tu kasi bateri baru.

Masa pergi kedai tukar bateri tu, jangan beritahu kereta kita lama tak start, buat macam tak faham jer. Kalau beritahu nanti, tauke tu mungkin taknak terima.

Jumping ?

Kawan saya tu tanya, boleh jumping guna kereta lagi satu ker ? Saya tanya ada wayer jumping ker ? Dia kata tak ada. Kalau tak ada, lebih baik tak payah buat. Jumping ni sebenarnya bukan senang. Kalau silap buat, nanti wayer dia boleh putus sebab cair. Lagi satu, jangan bertukar positif dan negatif, nanti fius dan wayer boleh cair.

Kalau jumping dan enjin idup, nak buat apa ? Kena jalan dan jangan matikan enjin selama sejam lebih. Barulah bateri boleh cas balik kalau bateri tu elok lagi. Tapi kekadang tak boleh cas, terutama bateri lama. Saya tanya, bateri tu dah berapa tahun, dia kata tahun 2008, dah 2 tahun. Saya kata yang dah dua tahun, biasanya kurang power nak cas. Kalau boleh pun, nanti mati enjin nak start bali, tak boleh.

Beli Bateri Lain ?

Itu sebaiknya. Saya kata beli bateri NS 60, jangan NS 70 untuk kereta 2000 cc ke bawah. NS 70 mahal sikit. Sedialah duit RM 200, kira belanja tauke bateri tu duit raya ler. Bateri sepatutnya boleh pakai sampai 3-4 tahun kalau jaga dengan baik. Saya kata, fikir le nak tolak ke kedai bateri lama RM 10 atau masih sayang yang lama.

Madukan Saja

Kalau masih sayang bateri  lama, madukan bateri tu, beli lagi satu. Lepas tu, pasang bateri muda, start. Lepas tu masa enjin masih hidup, tukarkan kepada bateri tua semula. Jalan kereta lebih sejam, bateri muda tu buat stanby saja kalau-kalau tak boleh start. Mungkin bateri tua boleh cas semula dan boleh pakai macam biasa. Kalau tak boleh pakai, jual saja kat kedai RM 10. Itulah nilai untuk bateri tua walaupun dulu masa mula ijab dan qabul dengan bateri tua tu nilai 100 lebih. Sedarlah diri yang tuannya dah dapat bateri baru, muda dan baru keluar plastik.
 Artikel saya sebelum raya pasal bateri, baca sini .

2 ulasan:

  1. tq,atas info ini.sy juga menghadapi mslh yg sama iaitu kereta tak blh hidup.starter,bateri,fuel filter & heater plug da tukar.Fuel pump juga da services,sekali dgn timing belt(tukar baru).namun masih lagi start tak blh hidup...apa mslhnya tu ya??

    BalasPadam
  2. Enjin 4g91 kaburator, semimggu x start, bateri ok, tp still x leh hdup, minyak ade.. camne ne nk buat??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.