Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 September 2010

Seronok Betul Kawan Saya Dapat TV Plasma Free...

Baru ni jumpa kawan saya, dia kata nak pegi ke satu tempat di JB, nak ambil tv plasma free sebab menang cabutan bertuah. Seronok betul dia,kalau beli sebiji tu dalam RM 3,000, ni dapat free jer. Dia gi JB bawak mak dia sekali, masa bulan puasa tu.

Bila dia pegi tempat tu, betullah kedai jual alat letrik. Bila dia tunjukkan kad yang dai menang tu, orang tu ucap tahniah dengan dia. Orang tu kata dia kuat sembahyang, sebab tu dapat hadiah mahal. Orang tu tunjukkan tv yang dia menang tu, siap cuba semua sekali, seronok betul kawan saya tu. Orang tu cerita terus tak berhenti, macam ada skrip saja.

Rupanya, kalau nak dapat free tv tu, kena beli alat letrik lain dengan harga RM 5,000. Saya tanya alat letrik apa, kawan saya tu tak boleh jawab sebab masa tu tengah bengang sangat, tak kisah pun alat letrik yang ditawarkan tu. Dia terus keluar jer, buang masa dekat sejam kat kedai tu. Dah tu dari kampung minyak kereta dan tol berapa kena, jangan ceritalah.

Tergelak juga saya dengar cerita, dia pun tergelak gak. Mula dia tak percaya sangat, tapi adik perempuan dia yang beriya-iya benar buatkan dia percaya. Masa balik tu, dalam kereta, adik dia tak kata apa-apa pun, diam dah malu muka.

6 ulasan:

  1. macam cerita saya... tapi dulu belum ada tv plasma...

    dapat tv 26 inci free... sapa yang tak mau... tunjuk surat... mulalah salesman bercerita... lama dia bercerita... yang kemuncaknya bila dia nyatakan kena beli barang lain kalau nak dapat tv free...

    bila kira balik... macam termasuk harga tv... mana ada free...

    kes ini bukan penipuan... tapi bila dah pergi ke kedai tu... kita macam masuk perangkap...

    agaknya tu strategi dia supaya kita datang ke kedai dia...

    BalasPadam
  2. Hehehe...
    Seronoknya kena klentong...
    Benda-benda macam ini tidak akan lupus sampailah kepada anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, oneng-oneng dll...
    Bezanya, pada masa akan datang caranya saja yang sentiasa beruabah-ubah selain mengekalkan hadiah berupa sebuah tiviii besar punya dan sebagainya. Donia-donia. Ini salah satu ilmu berniaga ni.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  3. Salam untuk semua. Saya sendiri pun pernah ditalipon berasak kali oleh seorang perempuan yg beriya benar nak beri hadiah percuma. Diberitahu saya hanya perlu dtg ke pejabat mereka untuk mengambil hadiah (hadiah, kata dia adalah rahsia). Maka kebetulan saya di kawasan terbabit lalu singgah. Saya dikatakan menang besar hadiah2 tetapi perlu membeli beberapa barangan supaya dapat gores kupon yg jika bertuah dapat lagi hadiah lumayan seperti set katil mahal dan percutian ke luar negara. Tak habis begitu, dipanggil kwn2 sepejabat dia sambil bertepuk tangan gembira saya telah terpilih untuk memenangi hadiah2 lumayan.

    Mendengar demikian terus saya berkata "mana ada dlm zaman thn 2000'an org beri benda percuma? awak jgn putar saya lah!). Si perempuan terus menggores satu kupon dan bersorak gembira sambil berkata saya telah menang sebuah motorsikal dan sekarang saya hanya perlu beli apa2 barangan dikedai itu yg berharga beberapa ribu.

    Terus saya bersuara keras paksa mereka buka pintu kedai untuk saya keluar! (pintu dikunci automatik dan perlu tekan button untuk keluar)

    Bersyukur saya kerana keras hati, kalau tidak mesti terkena!

    BalasPadam
  4. Teringat cete ibu mentua sy... cerita begini...
    Suatu hari sedang ibu mentua sibuk menyiram pokok di halaman rumahnya.. dtg seorang lelaki mengatakan ayah mentua sy terpilih menang sebuah motosikal kerana cabutan bertuah kerana dikatakan ayah mentua sy adalah pelanggan bertuah mereke yg terpilih.

    Mentua sy tanya bila terpilih? Katanya baru je seminggu. Ibu mentua sy sambil tergelak.. menjawab.. mana mungkin suaminya itu terpilih sebab dah 6 tahun meninggal dunia ! Hahaha.. nampak sgt penipu betul laa org tuh

    BalasPadam
  5. Saya dapat hadiah cabutan bertuah cerek biasa pun dah bersyukur..

    Tapi skrg ni dah banyak penipuan berlaku. Ala-ala..gores dan menang la. Telefon kita kata menang cabutan bertuah sbb beli
    barangan elektrik. Jadi nak tebus hadiah kena bayar RM50, dia bagi la jam yg boleh bunyi azan dan kuali. Lepas tu kalau nak tuntut hadiah lebih mahal kena bayar RM3500...dia bagi la alat penapis air..lepas tu nak hadiah lagi mahal kena bayar lagi RM3500 ...mmm... sampai sudah hadiah tak dapat. Rupa-rupanya geng gores dan menang tipu orang kampung. Dah banyak kes berlaku macam ni. Kena berhati2 skrg....org kampung yang tak bersalah menjadi mangsa..

    Nangis sampai habis air mata pun dah tak berguna...duit simpanan dah abis...hadiah istimewa tak dapat...

    BalasPadam
  6. RaHa...betul tu. Sekarang ni banyak penipuan dilakukan oleh org2 tertentu. Kalau tak berhati2 memang la merana diri sendiri.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.