Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 September 2010

Nak Puasa Ramadhan Dua Bulan ?


Tadi saya hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) Kluang. Dapatlah beramah mesra dengan ramai saudara baru. Ada beberapa orang saudara baru yang baru kali pertama berpuasa tahun ini. Ada seorang lelaki berbangsa Cina baru masuk Islam kira-kira tujuh bulan lalu satu keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya. Dia hadir ke majlis itu bersama anaknya yang masih sekolah rendah.

Bila saya tanya bagaimana pengalaman berpuasa kali pertama ini, dia jawab sangat menyeronokkan dan dia berpuasa penuh, tidak tinggal puasa walau sehari. Setiap malam juga, dia dan anaknya bertarawih di bangunan badan kebajikan itu. yang menariknya, dia tanya saya satu soalan.

"Ustaz, boleh ker kalau saya nak sambung lagi berpuasa, kalau boleh dua bulan berturut-turut ?" Tanya lelaki tu pada saya.

Saya tersenyum, dalam hati saya nampak dia ni seronok dan merasa nikmat berpuasa. Kemudian, seorang saudara baru yang dah lama masuk Islam, menyampuk dan beritahu dia.

"Kita puasa Ramadhan ni sebulan saja. Lepas ni kita raya, tak boleh puasa masa hari raya. Lepas tu kita boleh puasa semula, buat puasa sunat. Boleh puasa enam hari selepas raya". Kata lelaki yang dah lama Islam itu.


3 ulasan:

  1. Subnallah . Mereka telah merasa keindahan beribadat dalam Islam

    BalasPadam
  2. assalamualaikum salam ramadhan dan syawal yang bakal menjelang:
    ghodong, first nama koi nengok rasa dah berdetak, cepat-cepat koi cari biodata, sah le senior koi rupanya... jumpa di alam maya le kita... moga sukses dalam kerjaya dakwah ter

    BalasPadam

Dipersilakan komen.