Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 September 2010

Facebook Punya Pasal, Isteri Kejar Suami Dengar Pisau Pemotong Daging

Dahsyat betul cerita ni, macam tak percaya pun ada. Saya cerita juga, sebab rasa takkanlah orang tu nak menipu atau saja-saja buat cerita pada Kadi. Ini cerita suami dalam 50-an, isteri 40-an, suami kerja, isteri tak.

Seorang suami, mensyaki isterinya yang tak bekerja, ada hubungan intim dengan lelaki lain di facebook. Intim ni taklah sampai nak berjumpa sebab rakan facebook isteri dia ni jauh. Satu hari tu, balik kerja awal, suami terus masuk ke bilik tingkat atas dan melihat komputer yang masih terbuka. Isterinya  masa tu sedang memasak di tingkat bawah, tak sedar pada mulanya yang suami dia dah balik awal.

Bila isteri masuk ke bilik tu, dia terkejut sebab suami dia tengah mengadap komputer yang facebook dia masih buka. Kira kantoilah isteri dia, tembelang dah pecah, tentu suaminya dah tahu rahsia isterinya selama ini. Selama ini pun, suami ada syak-syak tapi tak ada bukti yang jelas. Maka hari tu, isteri tak boleh nafikan lagi.

Terus isteri dia jerit dan tengking suami, terkejut badak juga suami dia, isteri dia dah bertukar jadi Hulkmania dah. Suami kena baling dengan benda-benda yang terlintas ada kat situ sehingga suami lari ke bawah. Isteri masih kejar lagi, kemudian isteri ke dapur, ingat buat apa, rupanya pergi ambil pisau pemotong daging, kejar suami dia tu. Tak tunggu lagi dah suami, keluar jer dari pagar.

Anak perempuan mereka (umur dalam 18)  sedar dan cuba damaikan mak dan ayah dia orang yang sedang berperang tu. Nasib baik ler tak berlaku apa-apa. Dahsyat juga, boleh jadi sampai camtu.

6 ulasan:

  1. Eerkk! kalau saya pun lari 'tak jejak tanah'! Laman sosial internet ni kalau dah salah guna mcm tu lah....tak mengira lelaki atau wanita, suami atau isteri kalau 'tak beringat' memang 'tenggelam'.

    Saya berpendapat suami dan isteri mesti ada sentiasa tanam 'aura cinta' setiap masa. Kerjasama perlu dimana kalau suami penat/muram, siisteri kena main peranan, isteri penat/suram sisuami kena main peranan. Kerajaan dan kebanyakan pihak swasta pun dah beri kelepasan hari sabtu bermakna ada 2 hari kelepasan untuk bersama keluarga. Jgn asyik tonton TV atau ngadap komputer.

    BalasPadam
  2. Siapa yg sepatutnya kejar dgn pisau tu? Bkn si suami kejar isteri ke sebab dpt tau isteri 'ada kerja lain'...hehee

    BalasPadam
  3. aikk?? apasal citer mcm tunggang terbalik jer?? kan ke isteri yg kantoi..patutnya suami la yg ngamuk kejar isteri dgn pisau tu..

    ke isteri tu ngamuk sbb nak tutup citer 'makan belakang ni.??

    pelik...

    BalasPadam
  4. mcm tu pulak.. dunia2.. kena halau dari umah tu baru tau.. dh la sah2 si isteri yg salah..

    BalasPadam
  5. Macam-macam boleh berlaku dalam rumahtangga, tiada yang pelik lagi sekarang ni.

    BalasPadam
  6. ha ah la macam macam boleh jadi dalam rumah tangga ni maa..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.