Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2010

Blog Saya Sudah Genap Setahun Hari Ini


Alhamdulillah, hari ini 14 September 2010, blog saya genap setahun penubuhannya. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua kerana telah memberi sokongan secara lansung atau tidak lansung terhadap blog ini.

Dipersilakan untuk membuat undian (di sebelah kanan) iaitu undian sama ada blog ini perlu diteruskan atau sebaliknya. Saya anggap undian ini penting untuk menentukan masa depan blog ini. Undian yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan sehingga sepuluh hari lagi kerana ramai yang masih bercuti Aidilfitri.

Sekian. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

6 ulasan:

  1. TAHNIAH kepada tuan yang tidak jemu-jemu mengemaskini blog ini. Selamat ulang tahun juga saya ucapkan bersempena genapnya usia blog ini setahun. Saya dah buat undian supaya tuan meneruskannya untuk merancakkan lagi dunia blog di tanah air kita.

    BalasPadam
  2. amboi ustaz..dah macam akademi fantasia dah ni..main undi-undi..takpa..Ceq undi jugakk laa

    BalasPadam
  3. Tahniah Ustaz ..

    Blog ini harus diteruskan kerana bagi saya ianya bukan sahaja melaporkan perkembangan semasa tetapi byk juga ilmu yg dapat dikongsi bersama ..

    BalasPadam
  4. Salam.

    Ustaz, tahniah...walaupun baru setahun, tetapi dah mencecah ribuan pengunjung. Ramai silent reader, berbanding active reader, tetapi saya yakin mereka dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran daripada pelbagai genre kisah yang Ustaz pamerkan.

    Cadangan saya, seminggu sekali, Ustaz letak tip2 dan panduan yang berkaitan dengan urusan ibadah sehari-harian. Sebagai contoh, mengenai perwarisan harta pusaka, perkahwinan dan perceraian, solat ketika musafir dan pelbagai lagi isu yang sebenarnya kurang diambil berat oleh masyarakat.

    Penerangan yang Ustaz beri selalunya jelas dan senang difahami kerana ayat Ustaz tidak terlalu skima dan berbelit-belit.

    Itu sahaja pandangan saya.
    Akhir kata - tahniah!
    (Maaf, saya takde blog nak letak ucapan tahniah untuk Ustaz) =)

    ~Dee

    BalasPadam
  5. slm ustaz.. slamat hr raya!
    ni first time nk bersuara ni.. :)
    saya dh undi bangkang... tutup blog ni hehe..
    mane boleh tutup ustaz.. byk pengajaran dpt saya ambil dr blog ni.. lgpun nk tau kesudahannya percintaan man+yanti tu.. mcm telenovela pon ade!
    so pls... saya bangkang ustaz tutup blog ni.
    skian terimakaseyy!

    BalasPadam
  6. Tahniah ustaz.Teruskan menulis.Cadangan hamba setiap isu yang dipaparkan disertai dengan kesimpulan berlandaskan perpektif syarak@agama.Jazakallahu khairan

    BalasPadam

Dipersilakan komen.