Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 September 2010

Suami Kantoi Dengan Isteri Pertama Sebab Tersalah Sms, Ingat Isteri Kedua

Salah sms punya pasal, tembelang dah kawin lagi satu selama dua tahun akhirnya terpecah. Dia tersalah hantar ayat-ayat cinta kenangan terindah berbulan madu pada isteri pertama. Adoiii... itu bukan hangin lagi, ribut taufan lagi isteri dia tu.

Apa lagi, balik rumah petang tu, suami buat-buat sakit dada, mesti tiru filem Madu Tige P.Ramlee ni. Tapi isteri mana kira, sakit dada ker, sakit jantung ker, serangan peluru berpandu tetap diteruskan.  Berlakulah perang saudara kat rumah, apa nak buat........ suami sabar je lah.

Kata lelaki tu, dia sebelum ni bukan taknak beritahu isteri dia yang dia dah kawin, cuma masa jer belum sampai. Dah berperang macam ni, ustaz juga dia cari untuk dapat nasihat. Dulu sebelum kawin, tak ada pun jumpa ustaz untuk dapatkan nasihat. Ustaz pun pening kepala juga...

3 ulasan:

  1. Lepas ni jangan tiru cerite Madu 3 pulok.Bahan namboh sorang lagi

    BalasPadam
  2. nak buat macam mana ustaz.. dh tggjwb nye memberi nasihat x kira masa/tempat.. kira ambik pahala amal jariah je la.. :D

    BalasPadam
  3. Salam..

    Kesian Ustaz tu..bila dah sampai jalan mati baru cari Ustaz nak minta tolong...masa hepi-hepi tak nak plak mintak nasihat..kadang-kadang bagi nasihat pun orang tak nak dengar...atau bila nasihat buat cara A, yang dibuat nya cara B...lepas tu kata Ustaz yang suruh buat macam tu...

    Hmmm...tak pe laa..pahala besar,Ustaz..

    ~Dee

    BalasPadam

Dipersilakan komen.