Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Jun 2011

Histeria SMA Padang Tengku Menakutkan (Episod 4)


Tahun 1990, saya di tingkatan enam SMA Al-Khairiah Temerloh, duduk asrama. Ketika itu gempar cerita histeria di SMA Padang Tengku sehingga mendapat liputan luas akhbar. Oleh kerana saya orang Padang Tengku, ramai kawan saya berkerumun jumpa saya nak tahu cerita sebenarnya. Saya ceritalah apa yang saya tahu. Sampai budak asrama sekolah tu seram juga dengar cerita saya.

Masa saya balik ke Padang Tengku hujung minggu, saya memang biasa masuk kawasan sekolah ikut ayah saya. Terkejut saya, asrama dan sekolah sunyi sepi masa waktu siang saya pegi tu. Saya tengok semua kelas tidak ada cermin tingkap. Ke mana perginya cermin tingkap ni ?

Ayah saya cerita, histeria semakin mengganas di sekolah tu, sehingga orang yang terkena histeria akan bertindak melukakan dirinya dengan cermin tingkap. Dan apabila tangan sudah berdarah, pelajar itu akan menghisap darah di tangan sendiri, serammmmm. Sebab itu cermin ditanggalkan kerana banyak cermin yang dah pecah. Ada pula pelajar yang mengambil benda tajam seperti pen dan pensil dan menikam dirinya sehingga berdarah. Ada juga yang bertindak lari seperti hendak terjun dari bangunan tetapi berjaya dikawal.

Kejadian ngeri ini bukanlah dalam tempoh sekejap. Tapi serangan kali ini memakan masa sehingga berbulan-bulan. Yang menghairankan saya, kejadian juga berlaku pada bulan Ramadhan. Pada fikiran saya waktu itu, iblis dan setan tidak mengganggu manusia pada bulan mulia itu, tapi mengapa histeria boleh berlaku juga.

Saya dan ayah saya tengok ada beberapa orang pengamal perubatan sedang menjalankan upacaranya. Antaranya adalah tokoh perubatan Islam yang terkenal seluruh negara yang memberikan khidmat sukarela. Bagaimanapun, lepas seorang, seorang yang berusaha tetapi hampir kesemuanya gagal. Histeria di sekolah itu sudah berada pada tahap kritikal pada masa itu.

Liputan Media

Kejadian ini mendapat liputan akhbar dan TV. Waktu itu, bukan macam sekarang yang ramai wartawan di setiap daerah. Waktu itu, kalau wartawan seperti RTM dan TV3 datang, maknanya cerita ini cukup panas sehingga ke seluruh negara. Di Temerloh, saya dengan kawan-kawan baca satu majalah yang buat liputan histeria di SMA Padang Tengku. Saya jadi tukang cerita pada dia orang.

Satu hari tu, TV3 buat liputan di sebelah siang pada masa histeria sudah ke peringkat teruk. Kali ini, histeria bukan saja menyerang pelajar wanita, tetapi juga pelajar lelaki. Ini membuatkan saya mula rasa seram hendak masuk ke kawasan sekolah itu kecuali kalau ada ayah saya.  Bukan apa, takut kalau saya pulak yang kena rasuk dan bukan ada orang yang terkecuali sebenarnya. Masa TV3 datang dengan kenderaannya di letakkan di hadapan sekolah, jurukamera merakamkan secara dekat kejadian histeria itu.

Kemudian, wartawan tu membuat temuramah dengan seorang pelajar lelaki mengenai kejadian histeria itu. Pelajar itu jawab soalan wartawan satu persatu. Dia cerita pasal kejadian dan pengalaman yang dia lalui sebagai pelajar dan histeria itu. Semasa temuramah, tiba-tiba muka dan reaksi pelajar lelaki ini berubah sehingga wartawan menghentikan temubual. Kemudian wartawan masuk ke dalam kenderaan dengan kamera videonya dan lain-lain peralatan. Pelajar ini cuba hendak merampas kamera wartawan itu.

 Yang menghairankan, bila kenderaan ini bergerak, pelajar lelaki ini pergi mengejar kenderaan ini. Rupanya, pelajar yang ditemuramah tadi sudah dirasuk dan jadi histeria. Gambar ini sempat dirakam dari dalam kenderaan dan ditayangkan dalam TV. Beberapa pelajar lelaki lain telah pergi mengejar lelaki ini dalam 4-5 orang barulah boleh ditangkap.

Kepada TV3, kalau masih ada video ini, kalau boleh, tayangkan semula. Barulah betul-betul seram kalau nak tayangkan. Ini bukan cubaannnn, ini betul-betul. Ada lagi ke filem ini ? Takkan dah buang...

Pak Haji

Kejadian ngeri di sekolah ini seakan tidak ada jalan penyelesaiannya. Satu cerita yang saya dengar dari orang-orang tua di kampung berdekatan iaitu perlu meminta bantuan dari seorang pengamal perubatan tradisional di kampung itu. Namanya saya dah lupa, yang waktu itu berumur dalam 80-an dan sudah agak uzur. Pak Haji ini dikenali di kampung itu sebagai 'bomoh' dipercayai dapat membantu. Ayah saya cerita, pak haji ini tidak mahu menonjolkan diri tetapi dia boleh membantu.

Saya kenal dengan pak haji ini yang mempunyai ilmu tersendiri tetapi suka merendah diri. Ramai orang bercerita, pak haji ini antara orang yang lama di sini dan sudah cukup kenal dengan jin-jin yang mengganggu sekolah itu. Bagaimanapun, usaha memujuk pak haji ini untuk membantu menemui kegagalan pada mulanya. Mungkin sebab sudah uzur atau dia tidak mahu bermegah-megah dengan ilmu yang dia ada. Pak Haji ini dengan ayah saya baik tapi ayah saya juga gagal memujuk pak haji ini.

Kita tinggalkan cerita pak haji ini. Ini kerana maklumat yang saya ada tidak cukup lengkap. Termasuk, apakah kaitan pak haji ini dengan pulihnya histeria di sekolah ini, tidak lama selepas ini. Saya tak pasti sebenarnya, adakah pak haji ini juga turut serta dengan pengamal perubatan lain membantu. Atau pak haji ini membantu dari jauh dan tidak mahu menonjolkan diri. Mungkin juga dia membantu mengubati dari jauh. Semuanya saya tak pasti, maafkan saya, saya kurang maklumat.

Diganggu Waktu Solat

Satu hari tu, saya masuk ke kawasan sekolah dengan ayah saya waktu malam lepas Maghrib ke surau lelaki. Ayah saya solat sunat tetapi selepas solat, ayah saya seperti berbual dengan seseorang.

"Banyak-banyaklah bertaubat, jangan ganggu lagi". Kata ayah saya.

"Pergilah ke tempat lain, sini tempat budak sekolah". Kata ayah saya lagi.

Saya waktu itu kehairanan bercampur takut. Saya tak nampak sesiapa dan tak dengar suara lain. Tapi saya percaya, ayah saya sedang berinteraksi dengan seseorang. Lepas tu ayah saya diam dan mulutnya membaca sesuatu, mukanya serius.

Lama lepas tu, saya tanya ayah saya, siapa tadi tu. Ayah saya kata, dia diganggu masa solat tadi dan cuba berlawan dengan ayah saya. Tapi setiap kali 'makhluk' itu hampir, makhluk tu kepanasan seperti dibakar. Saya dah makin takut dan rasa nak balik rumah saja. Terfikir saya, kalau makhluk tu serang saya, saya nak lawan macam mana, saya tak ada ilmu nak lawan.

.... BERSAMBUNG KE EPISOD 5

18 ulasan:

  1. cerita yang menarik dari seorang ustaz

    BalasPadam
  2. keadaan waktu itu mesti sangat mencabar & menakutkan.

    BalasPadam
  3. Mari kita tunggu episod seterusnya...pasti lagi menarik.

    BalasPadam
  4. xsabar tgu next episod
    hehehhe

    BalasPadam
  5. pengalaman yang sgt menarik dan mendebarkan...
    teringat masa sy di asrama teknik dulu..
    ad ustz tu suruh sy hafal surah al-baqarah ayat 286,ayat terakhir dalam surah tu..
    mase tu sy exco kerohanian...tak pasal2 terjebak tolong redakan org histeria..
    lg satu ustaz tu ad bg sy surah manzil...
    bgs diamalkan..skrg adik sy di asrama juge..sy belikan manzil untuk dia..sbb dia selalu kena kacau..dan selalu nampak..siap main tarik2 selimut lagi dihujung kaki...tp takla jd histeria mcm cite tuan kadi ni..btul2 seram bunyinye

    BalasPadam
  6. salam...
    selalunye histeria berlaku kat sekolah agama dan perempuan yang selalu kena

    dekat sekolah al wosto tahun 93 kecoh pasal nampak bebudak yang mati lemas bekeliaran di kawasan (pagar/sungai) di tepi asrama..waktu tu kalau time kene kacau,satu asrama puteri tuh berjangkit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada cerita full tak sal budak mati lemas tu?

      Padam
  7. Sy tertarik citer ni pasal sy juga ada pgalaman tggl di asrama yg kena histeria..mmg menakutkan alhamdulillah tak berlaku pd sy namun kenangan itu masih terbayang2 ke hari ini.

    BalasPadam
  8. Menarik cerita ni. Pandangan saya, setan2 & jin2 jahat ni kan memusuhi/tak suka pada Islam, kumpulan2 yg nak ke arah lebih dekat pada Allah & seumpamanya --> sbb tu sek2 ugama esp, yg menjadi target. Cuba org2 yg pi tengok konset tu disakatnya, lepas ni konsert tu gerenti lengang..

    Bole pakai ke pendapat saya ni ustaz? (Ni saya cedok dari ceramah2 ustaz2 juga, depa kata, program baik2 & kumpulan org baik2 ni yg kacau bukan calang2 jin, jeneral depa. anak murid.

    BalasPadam
  9. Sy pun pernah tinggal di asrama. Pernah berlaku depan mata...memang ngeri. Mangsa siap pecahkan cermin, ambil serpihan nak tikam sesiapa jek, sudahnya sy lari selamatkan diri terjun tingkap, mujur tak tinggi mana. Yg nak terjun bangunan pun ada....cikgu & warden dpt selamatkan.

    BalasPadam
  10. hingga saya form 5 thn 1998 masih ada berlaku kejadian histeria ni..tp x sebesar thn 90-92..kdg2 berlaku..tapi x kerap.kami dapat juga mendengar suara menjerit dari asrama perempuan, pastu nampak plajar perempuan berlari mengelilingi surau..untuk masuk surau x boleh..bila ada kes cam tu..sume sebok mencari ustaz sulaiman daud. guru smapt yg berkebolehan merawat kes2 gangguan jin dan syaitan ini...sy join smapt thn 1993.mlh pernah mlihat sndri abang senior sebelah katil dirasuk pd thn 1994.dia bercakap dalam bahasa yg sy sndiri x fhm.

    BalasPadam
  11. mana episod 5 ustaz...ehhe

    BalasPadam
  12. Kalau tak salah saya tahunnya tahun 1991 bukan 1990, masa tu saya di tingkatan satu. Dan dalam banyak2 kelas yg ada waktu tu, hanya kelas saya (1 Kuning) yang takde 'wakil' yg kena histeria. Kelas lain boleh kata mesti ada 'wakilnya'. Saya teringat tahun tu waktu beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan, 'diorang' yang kena histeria ni pernah kata kami akan 'berehat' seminggu di awal Ramadhan. Dan memang benar bagai di kata, masuk minggu kedua, mereka dirasuk semula! Subhanallah, tabaarakallah! Semuanya pasti ada hikmah yang telah Allah nukilkan di luh mahfuz sana.

    BalasPadam
  13. saya ex-sma al ihsan kuantan...

    x silap tahun 94-95 pun penah kena histeria pelajar perempuan sekolah ni...

    masa tu pengamal perubatan kata jin tgh bina jambatan ke asrama lelaki...kecut dah kiteorg...

    & saya pun ada pengalaman penah kena kaco time tue siap nampak lg...masyaALLAH...

    BalasPadam
  14. macam2 kisah seram saya penah dengar dari sma pdg tengku ni...memey femes...

    ada kata dengar orang main ping-ponglah...

    tengok2 bat ping-pong je tengah main...orangnya takde...fuhhh seramm...pesal bulu roma aku meremang ni...jam kul 1.53pg ni yang tak besh ni...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.