Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Jun 2011

Jual Al-Quran Lama Untuk Kitar Semula, Perbuatan Melampau


Berlaku di daerah Batu Pahat beberapa hari lepas, ditemui beberapa kotak berisi helaian Al-Quran lama di tempat pengumpulan kitar semula. Pegawai pejabat kadi Batu Pahat yang diketuai Kadi Daerah, Ustaz Mustafa Omar bergegas ke tempat berkenaan setelah mendapat aduan. Berita ini turut tersiar di dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Perbuatan Siapa ?

Siapa yang menjual ini ? Orang Islam atau bukan ? Saya lebih membuat andaian, yang melakukan ini adalah orang Islam. Soal orang yang bukan Islam yang membeli, kita jangan persalahkan mereka. Mereka bukan Islam dan tak tahu sangat pasal agama kita, pasal Hari Raya atau puasa Ramadhan mungkin mereka faham. Tapi pasal benda ini, mereka mungkin anggap seperti helaian kertas biasa saja.

Orang Islam pasti tahu hukum Islam tetapi sanggup jual untuk dapat duit yang tak berapa ringgit sangat. Perbuatan ini seolah-olah meletakkan Al-Quran itu setaraf seperti akhbar lama sehingga dipermainkan sebegitu.

Bukan saja helaian Al-Quran yang dijual di pusat kitar semula itu. Turut dijual adalah kitab-kitab agama lama yang tidak sepatutnya dihina sebegitu. Selepas ini, diharapkan, janganlah berlaku lagi perkara ini. Kalau ada nashkah Quran dan kitab  lama yang tak boleh digunakan lagi, hendak lupuskan, rujuklah pejabat kadi berhampiran. Kita boleh beri nasihat sama ada minta diserahkan ke pejabat kadi atau menasihatkan mereka untuk melupuskan sendiri.

2 ulasan:

  1. takde ilmu kot.. ishhhh :(

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    BalasPadam
  2. duit mengaburi setiap perbuatan yg dianggap mudah...saya pernah nengok kt TV3..majalah 3 rasanya..perihal pelupusan al-quran yg lusuh, koyak etc...tapi cara pelupusan tuh tertib teratur dan terbaik sekaligus tetap memelihara tatacara penyempurnaan pelupusan sepatutnya...mereka lakukan seolah menguruskan 'jenazah'...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.