Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Jun 2011

Episod 2 : Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan


Oleh kerana memikirkan isteri sedang mengandung, dia pun simpati dengan isteri tercintanya itu. Jadi, dia tangguhkan hasrat untuk minta tukar ke daerah tu. Rasa tunggu lepas bersalin dulu.

Sesak Duit

Terfikir juga lelaki ini nak pakai kad kredit. Ditanyanya rakan sepejabat yang ada kad kredit, nak tau okey ke tak kalau dia pakai. Rupanya, dalam 3 orang yang dia tanya tu, semuanya dah ada kad kredit. Dia saja yang rasa masih ketinggalan dalam arus pembangunan, tak ada kad kredit.

"Kalau saya tak pakai kad kredit, saya hilang kuasa beli pada bila-bila masa saja". Kata kawan sepejabatnya.

Kuasa Beli

Wahhhh... ada ayat baru nampak, 'kuasa beli'. Termenung juga dia masa bawak kereta dalam perjalanan balik rumah. Ada betulnya kata kawan dia tu, nak isi minyak senang, tak payah bawak duit tunai. Masa dia berhenti tuang minyak tu, dia keluar duit RM 50 nak pegi bayar. Rupanya duit dia tinggal RM 50 saja dalam walet dia. Dalam bank, ada lagilah dalam RM 200 untuk bulan tu sebelum gaji. Nak taknak, bayar juga untuk tuang minyak.

Pakai Kad Kredit

Lelaki senyap-senyap pakai kad kredit keesokannya tanpa pengetahuan isteri dia. Bukan apa, malas nak dengar ceramah motivasi isteri dia pulak. Kawan dia bawak jumpa kawan dia. Entah dapat komisen ke tidak, taknaklah buat andaian. Kad kredit dia boleh guna sampai RM 6,000. Orang tu terangkan pasal boleh keluar duit tunai, dia macam tak berapa nak dengar sebab pada dia, nak beli saja terutama tuang minyak, bukan nak dapat duit tunai.

Kuasa Beli

Bermula hari itu, dia rasa sudah melangkah ke dunia baru, apa yang dikatakan kawan dia tadi 'kuasa beli'. Dia berazam nak berjimat cermat guna kad kredit ni sebab dia tahu banyak kes yang sampai muflis pun ada pasal duit plastik ni. Maka dia memang gunakan untuk tuang minyak saja. Kalau dulu tuang minyak paling tinggi RM 50 saja, sekarang tuang penuh, dekat-dekat RM 100.

Hutang Terkumpul

Dah hampir sebulan, orang syarikat kad kredit tu telefon. Katanya, dia ada RM 650 penggunaan kad kredit dan kena bayar. Mulalah terasa beban, dia macam tak sedar dia tuang minyak sebanyak itu. Sebelum ini pakai duit tunai sebenarnya sebanyak itu juga, tapi dia sedar duit dia keluar, ini tak sedar. Tiba-tiba saja 650.

"Tak apa, kita boleh bayar minimum RM 50 saja dulu untuk bulan ini. Jarang orang ada kad kredit bayar penuh". Kata kawan dia.

Rupanya boleh 50 saja dan dia bayar 50 saja dan orang syarikat kad kredit tak marah pun. Maka bulan pertama dia tertunggak 600 dibawa ke bulan depan. Bulan depan, dia guna dalam 600 lagi dan syarikat kad kredit telefon. Dia bayar 50 juga, had minimum. Maka dua bulan lebih, dia dah berhutang 1150 yang akan dibawa ke bulan seterusnya.

Isteri Sarat

Diam tak diam, isteri dah sarat dah nak bersalin. Suami mula rasa yang dia tak sedia dari segi kewangan nak sambut anak keempat ni. Barang keperluan kenalah beli sikit-sikit, jadi paling kurang kena adalah dalam 1,000 untuk bulan tu.

Personal Loan

Terlintas juga dia nak buat personal loan bila teringatkan seorang kawan yang belanja dia KFC lepas lulus loan minggu lepas. Yer, esok nak tanya kawan tu detail, bank apa, berapa sebulan dan berapa tahun. Nampak gaya kawan dia tu dapat duit tak sampai seminggu.

Benar, tanya saja pasal loan tu, kawan dia tunjukkan satu kertas jadual pembayaran dan borangnya sekali.

"Tapi loan lama aku dengan bank satu lagi tu ada 7 tahun lagi, dulu pinjam 30,000 untuk 10 tahun". Kata dia.

"Tak apa, kau buatlah lebih dari 30,000, sekarang boleh ikat sampai 20 tahun, interes sekarang rendah, dalam 4.8 persen. Dulu kau ikat 10 tahun.". Kata kawan dia tu.

Terbakar dia bila kawan dia cakap macam tu, yang penting dapat duit tunai. Hutang 20 tahun pun 20 tahunlah, apa nak fikirkan sangat. Petang tu, kawan dia telefon kawan yang kerja bank yang dia ambil loan dulu. Ada hadiah rupanya kepada orang yang memperkenalkan, iaitu t-shirt berkolar, bagi pun kat kereta, member tak nampak.

Maka, runding punya runding, dia jadilah nak buat loan 80,000 untuk tutup loan yang lama. Sebulan dia kena bayar 690, potong gaji juga. Dulu yang 400 sebulan tu dah clearkan. Tolak campur, dia dapat 55,000 tunai. Wauuuuu........ banyak tu.

Lepas dia dapat gaji pertama selapas loan, baru dia sedar, gaji dia tinggal dalam 200 saja (selepas kenaikan gaji tahunan). Nampak dalam slip gaji, baki 800 tapi tu belum tolak kereta 600. Ishhhh.. sikitnya 200 jer baki.

Anak keempat

Dapatlah anak keempat, lelaki. Gembiranya dia sebenarnya bukan kerana dapat anak sangat, yang gembiranya sebab ada duit tunai banyak. Dalam 6 bulan pakai kad kredit, dia mula rasa beban hutangnya. Dia pening kepala juga.

"Kenapa aku perlu berhutang, sedangkan aku ada duit tunai sekarang ?". Kata dia.

Dia tamatkan kad kredit tu dan bayar semua hutang tu tunai. Tolak campur, dekat 15,000 juga.

Dia pun tak tahu, dalam beberapa bulan saja, duit dia cuma tinggal 10,000 dari 55,000 tadi. Yer le, orang yang ada duit ni senang keluar duit. Lagi pun, dia fikir, bukan untuk perkara membazir pun, untuk belanja harian saja. Bila diingat kembali, duitnya habis dengan membeli tv baru, perabot, komputer riba dua, aircond rumah empat, radio kereta, tayar dan spotrim kereta, handphone baru model terkini, pakaian berjenama, jam tangan berjenama dan makan angin serta shoping kat utara 4 hari.

Repair Rumah

Dia tengok rumah orang lain mesti ada tambah sikit-sikit. Maka dia tercabar juga. Apa tidaknya, dia rumah koner lot, yang lain tu lot tengah pun buat.

"Sempitlah bang nak letak mesin basuh. Kalau ditambah sikit samapai ke longkang, kan selesa". Kata isteri dia.

Betul kata isteri dia tu. Dia cari tukang Indon yang dia dah kenal lama juga. Runding-runding, Indon tu kata semua sekali siap upah dan barang RM 7,000. Aduhhh......... mahal juga tapi kalau nak banding dengan tukang lain, Indon ni yang kira paling murah. Maka dia keluarkan duit 7,000.

Diam-diam, beberapa bulan selepas buat loan 80,000 tu, duit yang dia cuma ada adalah dalam 1,000 saja. Timbul pula perasaan menyesal tapi nak buat macam mana, duit tu dia belanja, bukan orang curi duit dia.

Bila Nak Pindah ?

Dalam diam-diam, dah nak masuk 2 tahun dia berulang sejauh 220 km seorang diri. Nak ajak kawan, tak ada pula yang ulang alik. Oh yer, ada seorang kawan sepejabat,  janda anak satu lewat 20-an kematian suami yang satu jalan dengannya. Bukanlah sampai ke rumah 110km tu, tapi dalam 35km saja dari tempat keja dengan rumah dia. Jadi, rasa elok juga dia tumpangkan  sejauh 35 km saja itu. Kesian, sebelum ni perempuan tu naik bas henti-henti saja.

Tapi sekali fikir, dia taknak timbul masalah dengan isteri dia. Dia pendamkan saja hasrat nak tumpangkan janda tu walaupun jauh di sudut hati,  nak menolong.

Jadi nampaknya, isteri dia belum berpindah lagi. Pertama, pasal ada rumah baru, kedua anak sekolah. Pening juga dibuatnya, masalah kewangan makin berat, bebanan dan belanja semakin meningkat. Bagaimana nak selesai yer ?

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3

11 ulasan:

  1. Parah, parah ... jumpa kawan2 beri idea mengarut. Tapi ni mmg trend masa kini. T kasih ustaz kerana paparkan ceta ni.. sbb nak war2 kan kat diri sendiri & kwan2 utk disampai2kan kpd anak2.

    Nek dulu pun masa mula2 keja terpengaruh dgn persekitaran, ... antaranya staf2 suka tayang barang2 kemas .... kita yg tak suka pun tewas dgn bisikan setan iaitu nek beli juga sbb nak lawan dia org. Tu masa nek ard awal 20an. (tak ngumpat kan ustaz, sbb tak sebut nama --> tujuan nek utk pengajaran)

    Tapi Allah cepat tolong nek dgn menyesal lepas tu .. nek jual barang2 tu, (klu nek simpan & jual skrg mesti melambung harga..huhu), sbb niat beli tu bukan kerana Allah & seterusnya nek berdamping dgn majlis2 ilmu & buku2 agama --> la ni hingga le ari ni, kali ni selain buku2 agama & majlis2 ilmu, kita layan intenet pulak .... Apa pun bole kalau kembali pada Allah!!

    nek

    BalasPadam
  2. menarik cerita ni..saya akan tggu episod ke3..ini sebagai panduan dlm hidup...

    BalasPadam
  3. sesak juga macam gini....

    BalasPadam
  4. yea... setuju...

    memangnya menarik kisah2/cerita mcm ni..
    antara kisah2 realiti di celah2 kehidupan.. ;)

    BalasPadam
  5. oh, tu kena proceed tolong janda. at least, masa giliran tidur di rumah isteri ke-2, kurang sikit belanja duit minyak. pastikan janda tu bekerja, so tak teruk sangat duit nak tampung keperluan isteri ke-2. isteri ke-1 kena la pandai berjimat cermat, sebab budget dah lari. kalau anak-isteri biasa pakai brand mahal2, kena la bertukar kpd brand yg kurang mahal (at least meet the purpose). tak gitu... he..he..

    BalasPadam
  6. salam

    ermm.. dah abis baca..macam kene jek ngan idup skrang nih..hehehe...next episod 3 lak :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...

    tak sabar nak baca sambungannya yang ke3... =)

    BalasPadam
  8. Salam,

    emmm...
    ni lah yg org kata "TAK DE PENYAKIT CARI PENYAKIT"

    episod pertama yang saya baca pun buat saya rasa sesak nafas, ni kan pulak episod yg kedua..kalau yg ketiga...tak taulah nak kata apa.
    beratnya cabaran hidup dan dugaan yg ditempuhi pasangan ini..

    papepun cerita ini harus dijadikan teladan dan panduan kita semua dlm menguruskan kewangan.

    tp ada citer pasal janda lah pulak...jangan ditambah sakit yg sedia ade lah...cukup2 sakit bebanan hutang yg terpaksa ditanggung tu..

    BalasPadam
  9. Siti,

    Betul tu.. penyakit seterusnya --> kemunculan org ke 3 tu le.. Klu tak involve org ke 3, insyaAllah lama2 masaalah depa bole setel.. Haru betul Kita tunggu episod seterusnya dgn penuh minat..

    Anyway pengajaran utk kita semua.

    mak siti

    BalasPadam
  10. bak kata org tua2 ukur la baju di badan sendiri...saye pun xphm dgn kbykn kite ni..suke sgt berlawan xkene tpt.tgk org lain pkai kad kredit,die pun nk pakai juge.klu saye la kn,lbih baik kite berlawan sape pling xbyk utang.kn bgus..hidup lbih bebas..biala xpkai kete besa,umah besa pun xpe...

    BalasPadam
  11. Kisah ini di bandar Kluang kan...kalau di bandar besar seperti Jb atau Kl lagi parah poket...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.