Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Oktober 2011

Suami Nak Projek Saja, Marah Bila Isteri Kedua Mengandung


Isteri kedua 30-an bernikah beberapa bulan lepas dengan suami orang 30-an. Nak kata dia rampas suami orang tak boleh ler. Kalau ikut bahasa Melayu pun, kita tahu yang rampas tu adalah terus ambil. Contohnya rampas bola sepak, bola yang kena rampas tu tak ada di tangan orang pertama. Ini bola ada, kira bukan rampaslah, kongsi namanya.

Sekarang isteri kedua sedang mengandung 2 bulan dan suami suruh gugurkan. Suami  kata dia kawin lagi satu bukan nak anak tapi nak menggasak bini dia saja. Lagi pun lelaki dah ada anak suku dozen dengan isteri pertama. Maka terjadilah perbalahan suami isteri. Suami macam paksa dan buat ugutan lisan. Ugut bukanlah sampai nak mengancam nyawa tapi macam ugut-ugut kucing saja.

Peninglah kepala si isteri memikirkan, lagi pun dia nak anak dan dia nak jadi ibu juga macam orang lain. Dia nak zuriat tapi suaminya nak projek baik saja. Nak kata suami dia tak ada duit, dulu masa sebelum kawin kata duit banyak. Gaji pun 5 ribu tu lebih. Isteri kedua pun bekerja juga, gaji dalam 3 ribu, bolehlah dia  nak tanggung anaknya. Dari segi kesihatan pula nampaknya tak ada masalah. Isteri okey jer, selalu makan jamu pulak tu.

9 ulasan:

  1. Hahaha... Macam2 kan ustaz manusia ni

    BalasPadam
  2. teruk betul lelaki ni...Petingkan diri sendiri..Memang suami berhak itu dan ini dalam menyuruh isteri taat tapi dalam pada masa yang sama kena kenalpasti samada arahan suruh taat itu kerana allah atau bersikap chauvinis...Jika lelaki chauvinis memang memalukan...

    geram pula baca kisah ni..kasi potong saja..baru tau...!! :)

    BalasPadam
  3. poning kepalo den nie ha... apo ko polik bonar perangai manusio tu mcm nie ? mcm tak semengah ajo yo...

    BalasPadam
  4. Perkara macam ni kena ada perbincangan & persepakatan suami - isteri. Patutnya bersyukur dapat isteri no. 2 pulak tu dapat tambah anak lagi...Apa yg difikir hala tuju rumahtangga no. 2 tu agaknya...perkahwinan bukan semata2 utk hubungan intim suami - isteri. Kesian...kesian...

    BalasPadam
  5. sy cadangkan..
    sang suami ni..
    kawin lagi satu.. dgn kambing !!!
    kah.. kah.. kah.. !!!

    BalasPadam
  6. Bagus juga kisah2 dlm blog ustaz ni ... semuga jadikan ikhtibar. Misalnya dlm kes ni, mana2 wanita yg bercita2 utk berkahwin dgn suami org ke, duda ke, yg telah mempunyai anak2, kena ambil kira juga hal2 seperti ni ..

    Susah nak cakap, sbb mana tau terkena kat keluarga, anak cucu sendiri, samada di pihak perempuan atau lelaki tu .. klu mereka dah suka masa mula2 nak kawin, biasanya pendapat2 keluarga tak makan punya. Kita doakan je dgn seikhlas hati.

    tok

    BalasPadam
  7. ustadz, ustadz ...nie kira problematika semesta nie..jadi pencerahan ke arah undang2 pengguguran dari segi syariah dan sivil perlu dihempokkan ajew atas pala dier owang nie..baru padan pala die owang..heeeeee geraMm3

    BalasPadam
  8. Sy sedang mengalaminya.. suami xnak anak.. 3 tahun dah kawen.. br bg tau xnak anak.. ptt ke sy cerai?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.