Atau, akan membayar wang kepada penjaga sepenuh masa di sarang burung itu. Jadi kalau keuntungan bisnes burung walit pun belum jelas, tapi makin banyak kos yang keluar, maka susahlah macam ni. Susah-susah sangat, simpan saja duit dalam Tabung Haji atau ASB, dapat juga untung. Lebih lagi, usahakan burung walet ni bukan tradisi orang Melayu seperti bela kambing, ayam, itik dan bela kucing kat rumah. Kajilah dulu sebelum melabur puluhan malahan sehingga ratusan ribu tapi hasilnya belum pasti.
16 Oktober 2011
Bukan Senang Nak Usahakan Sarang Burung Walit, Kes Curi Pula
Saya rapat dengan beberapa orang yang usahakan burung walet. Bukan apa, nak juga ceburi bidang ini kalau menguntungkan. Bagaimanapun, prinsip saya, kena buat kajian yang terperinci dulu sebelum terlibat dalam bisnes ni. Tapi setakat ini, saya belum jumpa orang Melayu yang betul-betul berjaya. Orang bangsa lain mungkin sudah ke hadapan dalam perkara ini dan dah banyak berjaya.
Ada orang kita yang buat sarang dia dengan kos mula-mula anggaran 50 ribu ringgit, tapi lepas tu orang yang buat tu minta tambah 30 ribu lagi kerana katanya penambahan kos. Ada juga yang nak bina dengan kos 70 ribu tapi baru sekerat jalan, tukang buat tu lari dengan duit 14 ribu. Ada juga yang bukan burung walit yang masuk, tapi burung hantu.
Ada juga yang dah buat sarang setahun tapi belum ada hasil. Bila ditanya, rupanya kita jangan mengharapkan hasil dalam tempoh 3-4 tahun. Pada saya, kalau 3-4 tahun tak ada hasil, nanti 3-4 tahun lagi, tetap tak ada hasil juga. Kalau nak ada hasil, sekaranglah, beberapa bulan saja.
Ada juga kes penipuan sarang burung iaitu barang tiruan. Dalam kes ini, sebenarnya bukan sarang tapi benda lain yang didakwa sarang burung asal. Hari ini pula, dalam sebuah akhbar, di Kulim, Kedah, berlaku kes kecurian di dalam sarang burung. Polis katanya sudah menahan 5 suspek bersabit kecurian ini.
Pada saya, memang hampir 90 peratus sarang burung walet sekarang ditinggalkan begitu saja dan tidak ada penjaga 24 jam. Jadi, kalau ada kes kecurian di Kulim ini, tidak mustahil di lain-lain tempat pun ada berlaku juga. Kalau dah ada kes curi, maka lepas ini yang ada sarang burung, nampaknya tak sedap tidur. Tak mustahil pengusaha akan buat pondok macam tunggu durian kat kebun dia yang ada burung walet tu.
Atau, akan membayar wang kepada penjaga sepenuh masa di sarang burung itu. Jadi kalau keuntungan bisnes burung walit pun belum jelas, tapi makin banyak kos yang keluar, maka susahlah macam ni. Susah-susah sangat, simpan saja duit dalam Tabung Haji atau ASB, dapat juga untung. Lebih lagi, usahakan burung walet ni bukan tradisi orang Melayu seperti bela kambing, ayam, itik dan bela kucing kat rumah. Kajilah dulu sebelum melabur puluhan malahan sehingga ratusan ribu tapi hasilnya belum pasti.
Atau, akan membayar wang kepada penjaga sepenuh masa di sarang burung itu. Jadi kalau keuntungan bisnes burung walit pun belum jelas, tapi makin banyak kos yang keluar, maka susahlah macam ni. Susah-susah sangat, simpan saja duit dalam Tabung Haji atau ASB, dapat juga untung. Lebih lagi, usahakan burung walet ni bukan tradisi orang Melayu seperti bela kambing, ayam, itik dan bela kucing kat rumah. Kajilah dulu sebelum melabur puluhan malahan sehingga ratusan ribu tapi hasilnya belum pasti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya suka ingatan ustaz tu, bila nak ceburkan diri kat sesuatu bisnez ni, memang kena buat kajian dulu, memang la bisnez ni ade risiko, tapi takkan la kite nak membabi buta je melabur.
BalasPadam