Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Oktober 2011

Rahsia Janda Punyai Anak Luar Nikah Terbongkar

SIMPANG RENGGAM - Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) berjaya menangkap satu pasangan di Taman Bukit Renggam, Simpang Renggam yang disyaki bersekedudukan selama dua tahun sehingga mempunyai anak luar nikah, pada jam 2 pagi kelmarin. Tangkapan tersebut dilakukan dalam satu operasi yang dijalankan JAJ di kawasan Simpang Renggam dan melalui hasil maklumat orang awam.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, lelaki yang ditahan berusia 37 tahun, bekerja sebagai pemotong rumput dan pasangannya merupakan janda yang sudah kematian suami dua tahun lalu.

“Wanita berkenaan mempunyai tiga anak dan hasil siasatan dipercayai dua anak wanita berkenaan yang berusia empat dan sembilan tahun adalah hasil daripada perkahwinannya bersama arwah suaminya, kedua-duanya adalah lelaki.

“Manakala seorang lagi anak perempuan yang berusia dua tahun itu merupakan anak luar nikah hasil daripada perbuatan persetubuhan luar nikah pasangan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan didakwa kerana berkhalwat di bawah seksyen 27 Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh di denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Manakala, atas kesalahan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak, beliau berkata, mereka akan didakwa di bawah seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang boleh di denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam kali sebatan.

Dalam kes lain, dua lelaki berusia 44 dan 53 tahun ditahan JAJ di kedai judi nombor ekor di Simpang Renggam, semalam.

Kedua-dua lelaki tersebut ditangkap lebih kurang jam 12.40 tengah hari dan kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Simpang Renggam.

Mohd Khalil berkata, kedua-dua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada di dalam kedai judi.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 15 Oktober 2011)

1 ulasan:

  1. salam tuan....
    saya azanariah wartawan utusan malaysia kluang....tuan next time boleh x share bila ada operasi n tangkapan atau apa2 maklumat yg berguna utk tatapan msykt....minta jasabaik tuan

    azanariah
    0167700900

    BalasPadam

Dipersilakan komen.