Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Oktober 2011

Tiada Elaun Overtime Punca Bercerai

Seorang suami 30-an kerja swasta, isteri juga 30-an kerja swasta. Pasangan ini ada 2 anak, seorang bersekolah, seorang belum sekolah. Tinggal di rumah sendiri, bayar ansuran bank, kereta jenama biasa juga buat loan bank.

Beberapa hari lepas, mereka bertengkar dan berlaku cabar mencabar. Bila dah tak tahan bertengkar, isteri kata,

"Kalau susah sangat, baik awak ceraikan saya". Kata isteri.

Bila dah tak tahan dicabar, suami pun balas.

"Okey, saya ceraikan awak". Kata suami.

Lepas tu kedua-duanya terdiam. Si isteri paling banyak menangis. Kalau fikirkan balik, kenapa pula menangis sedangkan permintaan dia nak cerai dah ditunaikan. Suami pula terdiam, kemudian mengadu ke pejabat kadi dan nak rujuk semula. Isteri mula tunggu dalam kereta dulu, kemudian naik ke pejabat untuk rujuk.

Kedua-duanya macam menyesal. Bila ditanya, apa punca bercerai, katanya ada banyak sebab, antaranya kerana masalah ekonomi. Tambahnya lagi, kilangnya sudah tak ada kerja overtime.

7 ulasan:

  1. nikah yang dikatakan,

    cinta tak perlukan duit, tp utk kekalkan cinta, memang perlukan duit :-)

    BalasPadam
  2. Mende gini jangan dibuat main.....Menangis sesal pun tak bergune...

    BalasPadam
  3. bajet bulanan buat elok-elok dan banyakkan berpakat dalam buat keputusan.

    ingat keluarga.

    BalasPadam
  4. Pasangan yang sudah berkahwin pun perlu pergi kursus pasca-perkahwinan agar dapat mengekalkan kerukunan rumahtangga yang dibina berlandaskan syariat.

    BalasPadam
  5. kena buat balance sheet ekonomi rumahtangga ni ustaz, maybe boleh buat sebagai satu topik dalam kursus kahwin, ambil masa dalam setengah jam tunjukkan satu-dua contoh balance sheet sebagai panduan & rujukan pada pasangan pengantin.

    BalasPadam
  6. kenapa Allah tak beri kuasa cerai pada isteri kerana kalau ada pada isteri ramailah lelaki2 yang kena cerai talak tiga!

    kata suami asal gaduh mintak cerai...bila mintak je suami senyum2 dalam gaduh!

    BalasPadam
  7. orang perempuan perlu digalakkan ceburi perniagaan kecil-kecilan.. sebangai backup kepada suami.. jadi suami isteri perlu memahami.. langit tak selalunya cerah.. walaupun menanggung isteri tu kewajipan suami, tapi sebagai manusia, isteri sepatutnya membantu meringankan beban suami.. sekurang2nya dengan cara berjimat cermat kalau suami kekurangan duit..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.