Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Oktober 2011

Harga Emas Naik Mendadak, Apa Sikap Pelabur Emas ? (Episod 8)


Harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya ini. Peningkatan harga emas begitu ketara dalam 2-3 hari ini. Seingat saya, harga emas termurah sebelum ini dalam 1,6XX, sekarang harganya 1,7XX.  Adakah akan terus naik atau akan turun semula ?  Kalau dulu, dalam 2-3 bulan dulu harga jatuh dari harga USD 1,8XX.

Sebagai pelabur, saya mula tertanya-tanya, bagaimana harga emas selepas ini dalam sebulan dua ini dan tahun-tahun yang akan datang ? Pandangan saya sebelum ini mengundang kontroversi di kalangan pembaca terutama pelabur emas. Sekurang-kurangnya saya berjaya membuka minda orang yang terlalu taksub mengatakan pelaburan emas pasti untung dan meningkat saja, dan tak turun. Mereka kata kalau turun pun sekejap dan melabur jangka panjang pasti untung. Jadi, pandangan saya telah membuatkan kita lebih terbuka dan mengetahui bahawa setiap pelaburan itu ada untung dan rugi.

Dan, saya pasti, kenaikan harga emas ini belum tentu memberi keuntungan kepada pelabur. Pasti tidak berapa ramai yang membeli emas pada harga USD 1,6XX dulu disebabkan mereka tidak pasti harga emas ini akan naik semula denganbegitu cepat. Sekarang harga sudah USD 1,7XX adakah mereka hendak beli sekarang ? Kalau mereka beli, adakah harga emas akan naik lagi selepas ini ? Belum pasti, itulah jawapannya yang paling tepat.

Kawan saya beli dengan wang puluhan ribu pada harga USD 1,8XX sebelum harga jatuh dulu. Jadi dengan kenaikan ini, mereka sangat mengharapkan emas terus naik melebihi harga yang dia beli itu. Tapi bolehkah di capai ? Jawapannya juga tidak pasti. Bila nak naik melebihi USD 1,8XX ? Jawapannya, juga belum pasti.

Hati-hati

Ada orang, baru saja masuk dunia pelaburan dan kenal dengan emas ini, mereka begitu taksub. Dan kalau saya komen macam tak selari sikit dengan pemikiran dia, mereka suka kutuk saya. Bukan saya nak marah pada mereka, cuma saya nasihat supaya jangan terlalu taksub dengan sesuatu. Eloklah kita berfikiran terbuka dan fikirkan apa yang saya katakan itu. Pertama, saya kata, harga emas itu turun naik dan ada risiko, kenapa ? Salahkah apa yang saya katakan itu ?

Jangan Melabur Lain, Kita Labur Emas Saja

Kenapa tak tutup saja bursa saham, amanah saham dan koperasi sekarang, kalau pelaburan emas saja yang untung . Betul ke begitu ?

Yer le, kalau emas saja yang untung, kita tutup yang lain sebab kita kata yang lain tak untung. Tapi kita tengok, bursa sahamnya, amanah sahamnya, ASB, Tabung Haji cukup mendapat sambutan sekarang. Jadi, adakah mereka ini tidak sedar tentang pelaburan emas ini menguntungkan ? Mustahil mereka tak sedar. Jadi sebenarnya mereka bukan tak sedar tapi mereka tahu yang melabur emas ini belum tentu ada untung.

 Begitu juga, jangan keluar modal ratusan ribu buka stesen minyak, bina pasaraya, buka kedai runcit, restoran, jual kereta, kedai telefon sebab kerja ini penat dan susah. Kenapa tak laburkan saja duit itu untuk beli emas ? Sebenarnya kita tahu, yang melabur ini tidak semestinya untung, termasuk pelaburan emas. Itu jawapan paling tepat.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 9
http://kadikluang.blogspot.com/2011/11/harga-emas-naik-harga-minyak-dunia-naik.html

5 ulasan:

  1. Jangan taksub sangt je.. Harga emas nai sbb depavali kan, tp tu la, lg besar untung sesuatu perniagaan, lagi besar risiko dia

    BalasPadam
  2. diversified ur saving. asb, tabung haji, bond, fizikal gold, emas dlm akaun.

    BalasPadam
  3. Terima kasih ustaz.... kawan saya ada pujuk beli emas. Yang peliknya emas tu kalau buka sampul dia dah jadi tak laku kalau jual, itu yang pelik. Maknanya emas dengan sampul, sampul plastik dia lagi berharga.

    Bapak saya dari dulu, simpan dalam Tabung Haji dan beli kebun sejak dulu dan tak pernah melabur kat emas ke saham ke. Sekarang dah tua senang lenang.

    BalasPadam
  4. tanpa nama, hang biar betul. mana ada bukak sampul emas tak laku. ni emas nigeria ke apa? haha. kalau emas betul, hang bawak g mana2 pajak gadai, kedai emas akan terima.

    BalasPadam
  5. Kawan saya jual emas jongkong kalau tak silap publicgold. Dia kata sampul jangan buka, kalau buka nanti publicgold tak terima jual semula. Betul ker ?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.