Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Oktober 2011

Gagal Curi Moto Masa Orang Tengah Solat

Semalam berlaku di satu surau, percubaan curi moto masa orang tengah sembahyang. Masa solat isyak tu, jemaah tengah solat dalam rakaat kedua, maka budak-budak ni buat kerja curi moto. Dua biji moto jadi sasaran tapi mengambil masa lama juga sebab ada kunci tambahan.

Masa sedang tolak sebiji moto pertama keluar dari situ surau tu, ada seorang pemuda baru keluar dari tandas nampak dan mengejar sambil menjerit. Orang yang tolak moto tu susah sikit sebab jalan tu naik bukit sikit. Bila dah takut, lelaki tu terpaksa tinggalkan moto dan lari dengan kawan-kawan dia yang dah tunggu naik moto di jalan besar.

Lepas solat, semua jemaah turun sebab tadi dengar macam ada benda kecoh. Tinggallah pak imam dan bilal wirit dan doa berdua saja, jemaah lain dah kat luar surau. Rupanya ada dua moto jadi sasaran, kunci sudah dibuka, cuma belum sempat dibawa keluar saja. Orang ramai pergi kejar budak-budak curi moto tu yang semuanya budak Melayu muda-muda, mungkin belasan tahun. Tapi tak dapat cari, dah lenyap macam lipas kudung.

2 ulasan:

  1. Salam ustaz..kejadian yg hampirkan sama pernah berlaku pd ayah saya beberapa tahun yg lalu. Motosikalnya pernah dicuri ketika solat di masjid. Nasib baik ada pemuda kampung ternampak dan kejar dua orang pencuri itu.Dua-dua pencuri ditangkap dan dibawa ke balai polis.

    BalasPadam
  2. lau dpt tgkap memang kene jadi lauk jerk uh

    BalasPadam

Dipersilakan komen.