Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Oktober 2011

Moyang 70 Tahun, Nikah Atok 65 Tahun

Hari ini berlansung satu pernikahan, lelaki 65 tahun dengan perempuan 70 tahun. Lelaki sudah ada anak dan cucu yang kematian isteri 8 tahun lepas. Perempuan pula sudah ada anak, cucu dan cicit juga kematian suami 7 tahun lepas. Kedua-duanya kerja biasa  di kampung.

Pernikahan berwalikan adik kepada perempuan. Majlis dihadiri ramai terdiri dari anak, cucu dan cicit pasangan. Bila saya tanya kepada perempuan ini, berapa jumlah cucu dan cicit, jawab pengantin umur 70 tahun ini.

"Cucu 35 orang dan cicit 12 orang". Kata pengantin perempuan.

Mungkin tak lama lagi cicit dia pun nak kawin sebab tengok pun kira anak dara dewasa. Dan lepas kawin dapat anak, nanti nak dipanggil apa. Cuma saya keliru sikit, selepas cicit tu apa ? Yang saya tahu, sampai anak, cucu, cicit saja. 
SELAMAT PENGANTIN BARU......

4 ulasan:

  1. As-salam ustad..

    kalau tak silap..cucu cicit..piut..miut. :)

    BalasPadam
  2. semoga pasanagn moyang ni berbahagia hgga akhir hayat....

    BalasPadam
  3. Tok, nek pun tak berani nak komen lebih2, sbb tak tau sapa antara kami yg pi dulu & keadaan salah sorang yang ditinggalkan pasangan yg meninggal.

    Yg kami dah dengar & perhatikan, ada yg macam kisah yg ustaz ceritakan di atas, ada yg tak kawin2 (anak2nya le bergilir2 jaga samada ibu atau bapa yg tinggal), & ada yg mmg teringin nak kawin tapi tak de peluang (biasanya tak de calon sbb x de yg sudi).

    Tok, nek hanya mampu berdoa yg terbaik di sisi Allah utk kami, tak lupa utk pasangan di atas, keluarga khususnya dll juga.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.