Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Oktober 2011

Wanita 27 Tahun, Kena Cerai Talak Tiga

Wanita umur 27 tahun, kerja kerajaan, anak seorang diceraikan talak tiga oleh suaminya dengan sekali lafaz. Suaminya berumur 29 tahun dan kerja tidak menentu. Suaminya kata dia tertekan dan marah masa melafazkan talak tiga itu.

Katanya lagi, isterinya selalu meminta cerai setiap kali bergaduh. Tidak dinafikan, soal kewangan dan pekerjaan serta cemburu buta, menjadi salah satu punca perceraian ini berlaku. Oleh kerana hilang sabar, suami semacam hilang pertimbangan.

Suami menyesal kerana kejadian ini dan seakan tidak menyangka perkara ini berlaku. Isteri pula hanya mampu menangis dan menyatakan perasaan sesal kerana sering mendesak suaminya menceraikannya. Isteri turut hadir ke pejabat seolah-olah ingin berbaik-baik semula dengan suaminya.  Kini isteri tinggal di rumah bersama seorang anaknya yang masih kecil dan suami balik ke rumah bu bapa selepas kejadian ini.

Bagaimanapun, pengesahan cerai akan ditentukan oleh mahkamah syariah iaitu adakah sabit cerai ini dan berapa jumlah talak sekiranya jatuh. Pada saya, kes ini serius dan perlu dibawa ke mahkamah.

8 ulasan:

  1. apa nak buat... dah terlafaz kata cerai talak 3.. tanggung ajerlah akibatnya...

    BalasPadam
  2. tulah... waktu bergaduh... masing2 nk tunjuk ego masing2... dah terjatuh talak 3... hai... mennangis keluar airmata darah pun dah tak guna...

    BalasPadam
  3. patut 4 baru jatuh 1.

    berlagak ingat 3 dah besar sangat

    takper, bisnes cina buta laku then.

    BalasPadam
  4. pengajarannya..
    1.. udah jodohnya takat tu je..
    2.. bunga bukanya skuntum..
    3.. sesal kemudian.. xde gunanya..

    ada lagi kan..?
    mintak tlg sambung....

    BalasPadam
  5. As salam,
    Sabar ajelah... ada hikmatnye..
    pakat2 ambil iktibar.. baik lelaki dan juga perempuan... lelaki kena lebih sabar dan rasional kerana talak terletak di tangannye..
    perempuan pula jangan mencabar dan mendesak...

    http://anakberingin.blogspot.com/2011/09/cincin-ring.html

    BalasPadam
  6. bukankah talak itu jatuh secara berturut bukan jatuh 3 terus mengikut ape yg sy baca dlm pelbagai sumber..walaupun suami lafaz 3 tapi dikira satu...walaubagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mahkamah syariah..kadangkala nasib rumahtangga bergantung di tangan manusia..bukankah yg arif perlu lebih membuka minda dengan hadis nabi dan para ulamak...suopaya tidak menzalimi atas kekhilafan manusia itu sendiri..

    BalasPadam
  7. Sama ada jatuh talak satu, atau dua atau tiga atau tak jatuh lansung, biarlah hakim mahkamah syariah yang menentukan.

    BalasPadam
  8. mengikut pengalaman ustaz sendiri bagaimana yer situasi begini?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.