Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Oktober 2011

Dapat Bonus Pun Tak Ada Makna ?

Nampaknya bajet 2012 banyak yang dapat faedah terutama kakitangan kerajaan. Pengumuman bonus setengah bulan, kenaikan gaji yang masih samar-samar dan pengenalan sistem saraan yang masih lagi menjadi tandatanya. Yang masih samar-samar dan jadi tandatanya ini, saya rasa akan diperjelas serta diperincikan selepas ini oleh pihak yang berwajib. Perdana Menteri hanya umumkan secara umum saja. Tapi yang pasti, semakan gaji ini pasti menguntungkan kakitangan kerajaan.

Bonus Setengah Bulan

Saya rasa cukup berpatutan bagi bonus setengah bulan ini sebab hari raya baru ini dah dapat setengah, maknanya dapat sebulan juga. Lebih bermakna lagi kalau yang masih simpan atau tak belanja duit bonus yang dapat masa raya lepas. Yer, apa yang peliknya kalau ada yang masih simpan bonus itu. Cuma orang yang berjaya simpan adalah orang yang tidak boros sewaktu raya dulu.

Janganlah kata orang yang tak belanja bonus dulu tu orang kedekut, tidak. Mereka raya tetap raya, balik kampung tetap balik kampung, beli mercun pun tetap, masak makanan hari raya pun tetap dan kasi duit raya pada budak datang rumah pun tetap.

Yer, bonus sebulan gaji dalam setahun ini cukup besar. Pada saya, bonus ini adalah satu anugerah yang kalau dapat, kira alhamdulillah, kalau tak dapat pula, tak apa, tak ada rezeki kita. Tapi malangnya, ramai orang kita yang meletakkan bonus ini sebagai satu keperluan yang mesti kita dapat atau memasukkan dalam belanjawan sebagai satu yang wajib. Amat memalukan juga bila tak dapat bonus, akan mengeluarkan perkataan seperti tak ada belanja anak sekolah.

Bonus Anak Sekolah

Saya sudah ulas isu ini dalam tulisan saya terdahulu. Kenapa ? Kalau tak dapat bonus, anak tak boleh sekolah ker ? Mak ayah yang kerja kerajaan tak mampu nak beli pakaian dan alat sekolah ker ? Saya kata, kalau nak minta bonus, janganlah buat alasan seperti ini. Sebab apa ? Malulah sikit dan janganlah nak bonus punya pasal sampai memalukan diri sendiri. Bukan saya nak sindir badan yang meminta bonus itu tapi minta tu, buatlah alasan lain. Alhamdulillah tulisan saya ada orang baca juga dan sekarang ini, badan yang minta bonus ini tak lagi bawa isu dan alasan anak sekolah ini, alhamdulillah.

Pada saya, dapat bonus atau tak dapat bonus pun sama saja. Yang penting pada kita adalah belanja berhemah. Tak ada maknanya kita dapat bonus tak seberapa, tapi belanja kita berganda-ganda dari yang kita dapat. Tengoklah selepas ini, kalau di bandar pasti ada jualan murah akhir tahun atau sempena perayaan tertentu. Pada saya, baguslah dapat peluang beli barang murah. Tapi masalahnya, ramai orang kita yang rambang mata dan berbelanja melebihi had. Sedangkan benda yang dibeli itu kalau tak dibeli pun tak apa.

Kereta Baru

Kenapa dengan kereta yang sedia ada ? Nampak masih okey lagi. Pada saya, selagi kereta masih okey, pakai sajalah dulu. Kalau rosak tu, pergilah betulkan, bukan sebanyak mana pun rosak. Tapi ramai orang kita yang tewas nak beli kereta baru atau kereta terpakai yang dia minat. Okey, nasihat saya kalau nak beli kereta, jangan ikut nafsu sangat dan tengok kemampuan kita dulu. Kalau rasa hanya mampu kereta terpakai, tak perlulah beli kereta baru.

Lagi satu, ramai orang suka pakai kereta cc kecil kononnya untuk jimat minyak sedangkan jimat tidak sebanyak mana. Tapi dia tidak kira bayaran loan kereta bulanan yang tinggi dengan beli kereta baru lebih mahal dari harga penjimatan minyak. Contohnya, seorang yang ada kereta yang dikatakan banyak minyak sikit dan kereta dah habis bayar bank. Jadi kenapa pula  nak beli kereta baru yang kononnya nak jimat minyak sedangkan kena bayar loan bank lagi, tidak jimatlah tu. Lagi satu, ramai orang kata pakai kereta cc kecil jimat minyak sampai dua tiga kali bertukar kereta pun masih pakai cc kecil. Dia tak tahu rupanya kereta cc besar lebih menjimatkan terutama perjalanan jarak jauh malah lebih tahan lasak alatganti lebih tahan lama.

Okey, kereta terpakai sekarang banyak yang murah-murah dan kualiti dia cukup bagus. Kereta baru bukan semestinya bagus, kekadang kualiti kereta lama lagi bagus. Contohnya, tengok gambar kereta Peugeot 405 warna merah ini. Kualiti dia, kelajuan, kawalan stereng, kekemasan kerusi dan lain-lain belum tentu kereta baru yang mahal-mahal boleh lawan.

Banyak lagi kereta secondhand terutama buatan Jepun seperti Honda dan Toyota yang sudah murah dan mudah dijaga serta minyak tak terlalu banyak. Begitu juga kereta Korea secondhand seperti Hyundai yang lebih murah dari kereta Jepun dengan kualiti yang baik. Kereta-kereta ini dulu pernah dijual dengan harga ratusan ribu waktu kegemilangannya dan mendapat pengiktirafan dunia. Jadi, kereta baru yang kita pakai sekarang, dapat peniktirafan apa ? Kalau boleh, kereta yang harga sangat murah ini kita beli tunai saja, tiap bulan tak perlu fikir bayar utang. Kalau buat loan pun, bayar tak tinggi mana. Boleh difikirkan juga bagi kakitangan kerajaan bual personal loan untuk beli kereta murah secara tunai.

Harga Barang Naik

Dapat bonus bukan alasan barang naik walaupun ada juga sikit-sikit kesannya iaitu peniaga mengambil kesempatan naikkan harga. Tapi ambil kesempatan pun, takkanlah melampau sangat. Peniaga pun tahu, yang beli barang dia bukan orang kerja kerajaan saja, lagipun saingan kedai lain, pasaraya lain pun banyak. Lama kelamaan peniaga akan bersikap rasional semula.

Kalau kedai makan pula, dia nak naikkan harga, pun dia serba salah juga. Lebih lagi kedai dia tu bukan masak sedap sangat dan bukan bersih sangat. Kalau naik harga, nanti pelanggan pergi kedai lain pulak. Jadi, peniaga akan fikir sendiri dan taklah terus nak naikkan harga saja.

Harga barang naik memanglah naik dan nilai duit ini semakin kecil. Dulu zaman arwah ayah saya tahun 50-60-an kata pergi sekolah bawak 5 sen dah kira mewah. Zaman saya tahun 70-80 -an mula 30 sen, lepas tu 50-sen kira dah mewah juga. Sekarang budak sekolah, seringgit dah kira tak cukup. Kalau dari pagi sambung ke sekolah petang, RM 5 seorang lebih. Okey, nanti 10 tahun lagi, pasti berubah lagi.

Simpan Duit Bonus

Kepada yang tak belanjakan duit bonus tu, simpanlah untuk masa depan kita. Kalau dah habis tu, diam-diam saja. Lagi satu, ada orang kita yang bonus pun belum dapat tapi dah rancang macam-macam. Menyimpanlah, malah jadikan menyimpan ini satu budaya. Kalau boleh, paksa diri kita menyimpan tapi kalau dah terpaksa belanja, keluarkanlah.

Simpanlah di tempat yang selamat yang tidak ada risiko kerugian seperti Tabung Haji dan ASB. Lagi pun, bila-bila kita perlukan duit tu, bila-bila boleh keluar. Kalau amanah saham, dia boleh turun naik. Beli emas atau pelaburan emas, kena hati-hati sebab ada risiko turun naik. Masuk insuran tu kalau tak masuk pun tak apa, bukan wajib. Jangan cepat terpengaruh dengan penipuan pelaburan.

Lagi satu, elakkan berniaga atau melabur dalam sesuatu yang kita tak berapa mahir seperti buat sarang burung walit. Kita tunggu dan kumpul pengalaman dulu sampai kita pakar, barulah masuk dalam bidang ini. Kemudian dalam berniaga sampingan ini, betullah orang kita nak berniaga, nak cari pendapatan lebih. Tapi berniaga ini kena kajian terperinci dulu sebelum menceburkan diri. Nanti kalau tak betul-betul, boleh rugi.

Kesimpulannya orang yang dapat bonus tapi tak ada makna seperti tajuk saya ini adalah orang yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang betul serta boros. Fikir dan rancang sendirilah kewangan kita.
Sekian.






9 ulasan:

  1. Tahniah ustaz.... tulisan yang membuka minda macam baru lepas minum air kokominda.
    Haji Abu.

    BalasPadam
  2. Assalam ustaz...sy setuju sgt dgn pendapat ustaz terutama bab bonus tu...sy pekerja swasta yg di beri kelebihan menikmati bonus 2 kali setahun di syarikat saya setiap tahun. Sebelum raya tahun lepas sy dapat 2 bulan bonus dan awal tahun ni saya dapat 1.2 bulan bonus.

    Duit-duit bonus yg sy dapat ni masih lagi ada dalam simpanan saya tapi sy letakkan dalam emergency saving sebab sy sudah buat potongan 10% dari gaji sy utk simpanan tetap dalam tabung hajisetiap bulan. Saya cuma guna setenggah sahaja dari bonus 2 bulan gaji tu utk perbelanjaan hari raya tahun lepas.

    Tak kira apa kerja kita kerajaa atau swasta..ada bonus atau tidak..gaji kecil atau besar...semuanya bergantung pada kebijaksanaan kita menguruskan kewangan sendiri.

    Kalau bijak duit sedikit pun leh sampai ke hujung bulan kalau sebaliknya duit spoloh ribu pun boleh habis dalam masa 1 hari saja.

    Fikir-fikirkanlah sebelum hidup menjadi bertambah susah.... jangan terlalu boros.. membeli mengikut keperluan bukannya kemahuan !!

    BalasPadam
  3. saya menyimpan wang untuk digunakan selepas waktu bersara (sekiranya umur panjang) supaya dihari tua nanti, saya tidak meminta2 walaupun daripada anak sendiri. simpanan adalah umpama mesin cetak duit, setiap tahun mesin ini mencetak duit & dimasukkan ke dalam akaun kita sebagai dividen. lagi besar mesin, lagi besar nilai cetakan duit. lagi banyak mesin, lagi banyak duit yang dicetak. nasihat saya, 'cipta'lah beberapa mesin seperti ini & anda tidak lagi perlu bekerja setelah bersara. mesin2 ini akan bekerja untuk anda. buatlah wasiat supaya anak2 anda boleh mewarisi mesin ini bila anda sudah meninggal dunia. cabaran utama: 'mencipta' mesin seawal mungkin dalam hidup anda. lebih awal mesin ini 'dicipta', lebih awallah mesin ini mencetak duit. duit yang dicetak sebelum bersara tidak boleh digunakan kecuali untuk membesarkan saiz mesin / mencipta mesin baru. cadangan: 'cipta' mesin ini di Tabung Haji, ASB, ASW2020, Koperasi dan lain2. Semuanya risiko rendah. kalau ada berani, boleh beli saham (awas, ini hanya untuk yang pakar saja), boleh beli hartanah (dengan syarat diusahakan). Sorry ustaz, komen saya panjang mengalahkan entry pulak.. he..he..

    BalasPadam
  4. BONUS bermaksud "buat orang nak usaha sahaja". Hehehe... Dalam lain perkataan, jika anda dapat duit (Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal)ini, anda perlu menambahkan usaha anda... kerja anda... perkhidmatan anda... Jika hari ini buat kerja baik, pastikan esok buat kerja lebih baik dan begitulah seterusnya. Jika lepas dapat duit, kerja anda atau perkhidmatan anda makin merosot, baik tak payah dapat bonus kan... Pasal dah 'lari' daripada maksud bonus itu sendiri. Hehehe... Jangan buat2 tak tahu ya... ho..ho..ho.. Yosh! - KM

    BalasPadam
  5. Duit mmg x pernah cukup...so berbelanjalah ikut kemamouan & bkn ikut nafsu..tp mslahnya, harga brg dh melambung tinggi...

    BalasPadam
  6. "Kalau tak dapat bonus, anak tak boleh sekolah ker ?.."

    betoi tu ustaz... sungguh !!
    ada org tu..
    klu xdpt bonus 2 bulan.. xbleh nak isi minyak moto.. apatah lagi minyak keta !!

    ada org tu..
    klu xdpt bonus 3 bulan.. xbleh nak beli daun palas.. apatah lagi daging buta rendang !!

    ada org tu jugak..
    klu xdpt bonus 4 bulan.. xbleh nak beli beras grade 1.. apatah lagi telur ayam grade AA !!

    and the lists goes on & on & on !!
    ni la.. sifat/sikap anak2 bangsa ku !!

    jiwa MERDEKA !!!!

    BalasPadam
  7. ada orang kata.. kalau nak kaya.. belanja tidak melebihi pendapatan.. maknanya apa??

    maknanya berjimat cermat dan buat simpanan.

    realiti.. barang makin mahal pendapatan makin kecil...

    BalasPadam
  8. Terima kasih ustaz, atas nasihat... Semoga kita terdiri dari golongan yang sedar

    BalasPadam
  9. kalau thn dpn yuran sekolah free,harap sekolah agama kjaan negeri pun usaha ikut jejak pusat.Skim pinjaman kitab patut diberi menyeluruh kpd semua.sumber-zakat/b.Mal

    BalasPadam

Dipersilakan komen.