Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Oktober 2011

Perlu Berhemah Dalam Tindakan Mencegah Maksiat, Jangan Melampaui Batasan Undang-undang (Episod 2)


Assalamualaikum. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud.

" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal ?".

Okey, tindakan berlandaskan bidangkuasa adalah penting dalam setiap operasi. Janganlah berlaku sesuatu perkara yang di luar batasan undang-undang dan orang yang ditangkap bukanlah boleh dikira bersalah selagi tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah. Bukanlah saya kata kita perlu beri layanan istimewa pada orang kena tangkap, tapi biarlah mengikut SOP yang ditetapkan. Kalaupun sedikit tersasar dari SOP ini, janganlah ada berlaku pelanggaran undang-undang.

Memahami Undang-undang

Orang yang menganggotai operasi ini sepatutnya memahami undang-undang yang diperuntukkan termasuk undang-undang kesalahan jenayah syariah dan undang-undang prosedur jenayah syariah. Undang-undang kesalahan adalah mengenai kesalahan seperti khalwat, berjudi, minum minuman memabukkan dan sebagainya.

Khalwat ?

Apakah tafsiran khalwat ? Saya percaya, seseorang yang bertugas sebagai penguatkuasa jabatan agama di negeri memahami tafsiran ini. Tapi bagi orang awam atau orang yang diberi kuasa yang bukan penguatkuasa sepenuh masa, belum tentu memahami apa itu 'khalwat' mengkut undang-undang. Yer, kalau kita tanya 5 orang awam, apa itu khalwat, mungkin kelima-lima itu akan memberikan pengertian yang berbeza.

Pemahaman mengenai prosedur jenayah syariah sangat penting. Selepas menerima aduan, apa yang harus diperlakukan ? Nak pergi ke mana dan nak jumpa siapa ? Okey, kemudian, selepas ditangkap, apa harus diperlakukan kepada orang yang ditangkap itu ? Saya tak mahu jawab sekarang. Mungkin seminggu atau sebulan lagi saya jawab. Tapi dalam buku undang-undang prosedur sudah dinyatakan dengan jelas.

Pernah disaman dan didakwa

Kita lihat satu kes yang berlaku tahun 2008 di mana seorang anggota operasi didakwa di mahkamah dan menghadapi saman RM 5 juta kerana dikatakan mengambil gambar wanita sedang kencing. Kekadang lahir rasa simpati juga kepada lelaki ini yang tujuan asalnya untuk membantu mencegah maksiat, tetapi akhirnya didakwa dan disaman jutaan ringgit. Fikirkanlahhh.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 3

2 ulasan:

  1. bila baca tulisan ustaz ni teringat saya masa dulu2. saya dan suami tinggal berasingan, sorang kat kajang sorg pulak kat kuantan. sesekali je balik, duduk pulak menyewa. adik perempuan temankan.

    satu hari adik balik pukul 11 malam dihantar teman lelakinya. pukul 3 pagi bunyi org ketuk pintu rumah, buka je tengok pak2 aji semua. minta masuk rumah katanya ada bawak balik jantan! sebab org masjid saya izinkan. masuk bilik habis almari baju semua buka. saya diam.

    last. imam cakap bila suami balik minta jumpa dia. tanpa minta maaf dia org pergi cam tu sahaja. dan salah seorang AJK cakap nanti kalau suami tak ada panggil dia pun boleh temankan!

    esoknya saya terjah rumah ketua blog minta penjelasan! rupanya rumah lain yang buat hal. saya terus sound ketua blog. kalau ada yang mengadu dan kata saksi nampak bawak balik jantan pak cik tengok2 le siapa dia dulu. masjid tak pernah pijak pun pak cik percaya cakap dia ek?

    BalasPadam
  2. tuan.. kadang-kadang orang awam yang membuat tangkapan-tangkapan ala samseng memburukkan imej jabatan agama di mata masyarakat. solusinya.. biarlah hanya ppnguatkuasa jabatan agama yang menangkap

    BalasPadam

Dipersilakan komen.