Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Oktober 2011

Harga Emas Jatuh 20 Oktober 2011 (Episod 7)

Hari ini harga emas jatuh kepada USD1613.95. Untuk makluman, saya sedang mengikut perkembangan harga emas sejak beberapa bulan ini. Kawan saya ada masuk pelaburan emas ini dengan jumlah yang besar, saya belum lagi sebab saya suka tunggu dan lihat dulu.

 Saya sedang berfikir, adakah untung membuat pelaburan emas ini? Jawapannya, pelaburan ada risiko untung dan ruginya.  Kawan saya beli dulu dengan harga USD1800, sekarang sudah turun dan akan rugi kalau dia jual sekarang. Kalau kita kata, pelaburan emas kena jangka panjang, manalah tahu lagi panjang, lagi turun harga emas ini, kita tak dapat ramal. Lagipun, kita simpan lama-lama emas kat bank, bukan ada faedah dalam bentuk persen atau bonus. Kita juga kena keluarkan zakat kerana akad kita adalah menyimpan emas.

Kalau hendak mengikuti harga emas secara lansung, boleh mengikutinya melalui blog saya. (di sebelah kanan).

...BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://kadikluang.blogspot.com/2011/10/harga-emas-naik-mendadak-apa-sikap.html

7 ulasan:

  1. tula melabur emas ni, nk untung kena jual emas tu blk....kalo simpan emas ni then tiap2 tahun dapat dividen ke sedap jugak mcm simpan kat tabung haji ke asb kn.....

    BalasPadam
  2. Betul ustaz, terima kasih kerana menyedarkan saya, saya pun tengah pikir nak melabur emas atau tidak. pelaburan emas ini berisiko terutama masa harga dah tinggi sekarang. Dulu lain, dulu emas murah. Jadi kalau dah mahal macam harga sekarang, elakkan lebih elok.

    Saya beli tanah buat personal loan dah ada hasil sawit 4 ekar. Sekarang duit hasil sawit dah boleh bayar personal loan dan ada untung lagi. Harga tanah saya pun dah meningkat dan ada orang nak beli tapi taknak jual. Kalau emas bukan ada hasil macam sawit.
    (Cikgu Zali)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.Orang kata apa sahaja tindakan kita terutama yang melibatkan untung dan rugi perlulah ada persediaan,iaitu ilmu.Barulah kita yakin yang kita tak ambil tindakan yang silap.Setiap pelaburan ada untung dan rugi termasuklah pelaburan emas.Jadijangan salahkan orang lain kalau orang melabur emas untung tapi kita rugi besar sebab ilmu tak cukup di dada dan jangan juga melemahkan semangat orang lain hanya kerana kita sendiri dah patah semangat...

    BalasPadam
  4. Cube fikir satu je. kalau ekonomi jatuh gedebuk, apa matawang yg org akan terima? duit kertas RM? hanya kertas? laku kat msia je. pergi luar negara tak laku.

    material yg diterima diseluruh dunia hanya emas.

    tp tu le kan, penat citer pasal emas. jgn lihat emas mcm beli saham, short put ke apa ke... study emas. kalau rasa tak suka, jgn pulak bg negatif komen dn memesongkan. cube fikirkan kenapa adanya dinar emas.. kenapa zama dulu guna emas? renung2kan. study balik sejarah kapitalisme dan mata wang kertas.

    BalasPadam
  5. Sila baca komen saya episod 8, terutama pelabur emas yang anggap pelaburan emas saja yang terbaik. Bukalah minda sedikit...

    BalasPadam
  6. Sy follow dn baca setiap ulasan ustaz khalil. thanks for doing ur research. but as i told everyone else, please look at gold history.

    and few simple question, kalau berlaku apa2 pada ekonomi negara sperti yg berlaku di greece dan negara2 europe, dn juga krisis di middle east, agak2 wang kertas ni laku ke? apa material yg valuenya diterima diseluruh dunia?

    kenapa agaknya kerajaan kelantan perkenal dinar emas? kenapa konsep wang kertas pada asalnya ditambat dgn simpanan emas sesebuah negara (sblm di abuse oleh US).

    sy tak taksub tp kadang2 apa yg ustaz komen agak misleading. tk penah seorang investor akan berkata tak ada risiko langsung dlm pelaburan. tp sy lihat emas bukan sekadar pelaburan tp jaminan utk masa depan. sy bukan jenis sperti spekulator yg tunggu harga naik dn jual kemudian tunggu harga turun beli.. buy n keep. just like wht we did for our ASB or Tabung Haji

    BalasPadam
  7. kalau pendapat memang ada betul ada yang salah tetapi kalau fakta sememangnya betul. banyak fakta membuktikan emas memang bernilai maka bertindaklah berdasarkan fakta.. boleh mendengar pendapat dan beruntunglah kalau pendapat itu betul tetapi agak malang kalau mendengar pendapat pada orang yang sememangnya salah... maka bertindaklah berdasarkan fakta dan kukuhkan keputusan dengan mendengar pada orang yang betul betul pakar dalam bidangnya insyaalah selamat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.