28 Oktober 2011
Umur 66 dan 63 Kena Tangkap Dalam Kedai Ekor
Seorang lelaki 66 tahun kantoi tertangkap penguatkuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang. Dia kena tangkap selepas selesai membeli tiket judi tu berharga RM 16.00. Bila diteliti, bukan empat nombor ekor, tapi ada lain sikit, ada banyak angka yang saya pun tak faham. Tiket itu pula ada ditulis "Mega" , "Power" dan "Supreme" yang saya lagilah tak faham maksudnya.
Seorang lagi umur 63 ditangkap kerana berada dalam kedai ekor tu. Kesalahan berjudi atau berada dalam premis judi boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Kes akan dituduh di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tak pencen2 lagi ke...Bawok2 la bertobat
BalasPadamtahniah tuan kadi..teruskan aktiviti penguatkuasaan ini
BalasPadam