Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Oktober 2010

Kempen Henti Penggunaan Beg Plastik, Macam Kelakar Pun Ada

Ada satu kempen penggunaan beg plastik perlu dihentikan sebagai langkah mengurangkan pencemaran demi memulihara bumi daripada pencemaran sampah. Berdasarkan kajian, penggunaan beg plastik banyak menyumbang kepada pencemaran seperti parit tersumbat dan aliran sungai terhalang.

Berjaya atau tidak kempen ini di negara kita ? Entahlah, saya rasa sukar untuk berjaya. Kalau sayalah, pergi beli barang di pasaraya, kalau tak ada beg plastik, mesti saya mintak. Kalau pasaraya kata tak ada beg plastik, susahlah pembeli macam tu. Banyak sangat songel pasaraya tu, saya tak pergi dah pasaraya tu. Kalau alasan dia dah ada troli, kalau rumah kondo, pangsapuri atau flat macam mana ?

Susah sangatlah kalau tak ada beg plastik. Yang saya tahu, penjual mesti mengutamakan pelanggan, bukan mengutamakan pihak lain termasuk pihak alam sekitar tu. Dulu di Johor Bahru, pasaraya Macro tak ada plastik. Tapi dia jual plastik pulak, satu plastik seringgit. Sekarang Macro dah tutup sebab lingkup, pasaraya lain ambil alih. Sebelum tutup, pasarayanya lengang, orang tak ramai, mungkin menyampah dengan kerenah pasaraya tu.

Pasaraya yang lancarkan kempen hentikan penggunaan beg plastik tu kena fikirkan semula. Mungkin lama-lama pasaraya tu semakin hari semakin hilang pelanggan. Susah nak cakap antara dua isu ini, iaitu antara membantu mengurangkan pencemaran dan kemudahan pembeli. Kempen seperti ini mungkin dah berjaya di negara lain, tapi negara kita belum tentu berjayanya. Pada saya, elok kita didik orang kita buang sampah dengan betul, jangan buang plastik merata-rata.

2 ulasan:

  1. kat negeri kita..kita beli shopping bag yang besar $1 je.tak payah guna beg plastik.jimat...tpi kena gtau kwan2 yg lain,saudara mara,adik beradik utk beli sama2..so kira promosi utk tak gunakan beg plastik g..=)

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Begini pandangan saya, mmg benar bahan2 plastik (dlm isu ni adalah bag plastik) adalah bahan yg susah reput hancur atau istilah non environmentally friendly product. Tambah dgn sikap org2 Malaysia yg suka membuang bahan2 plastik kedalam sungai, laut dan sebagainya.

    Disebalik pencemaran, mungkin hidupan laut terutama penyu akan memakan kerana disangka agar2 laut lalu mati (dlm rancangan National Geographic ada liputan). Juga ada dokumentari dimana timbunan barang2 plastik bertimbun bertahun2 tidak reput di pusat pelepusan sampah berbanding dgn sampah2 lain.

    Saya cadangkan kita bawa bag2 kain yg lazimnya diberi percuma ketika kempen "No plastic bag" dan juga dijual dipasaraya2. Isi barang2 dan kalau kotor (bau ikan/makanan laut/daging dsbgnya) kita basuh dan guna semula.

    Jom kita semua sama2 buat begini.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.