Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Oktober 2010

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 4) Murah


Lepas hantar borang lelong kereta Acord SM4 tu, bila balik rumah, selalu pasang angan-angan. Alangkah seronoknya kalau berjaya tapi tak tahulah dapat ke tak lagi,kena tunggu. Harga yang saya masuk tu bukan RM 9,000 tepat tapi 9150, bukan sempena nombor ekor tu tapi macam saja-saja jer spontan dapat angka tu. Saya macam yakin sikit saya dapat kereta tu sebab saya tengok orang tak minat sangat kereta tu.

Masa lelong tu, Acord macam tu ada tiga biji, saya pilih yang paling teruk yang orang tak berapa tengok. Yang dua model yang sama, saya nampak ramai orang tengok, siap ambil gambar lagi. Yer le, saya bukan sekali masuk, saya ingat dekat 6 kali juga masuk, mana taknye, memang betul-betul nak kereta tu.

Tutup lelong tu bulan November 2005 dan kastam lambat beri jawapan. Masa masuk lelong Acord tu, seorang ustaz masuk juga lelong Toyota SE Limited, dia masuk RM 4,500. Dari awal saya rasa macam harga tu macam tak dapat sebab rendah sangat, lagi pun kereta tu masa tu tangah hot. Memang betul, beberapa minggu, bank draf 10 peratus yang member saya masuk tu, kastam pulang balik. Maknanya tak dapatlah tu. Tapi, bank draf saya kastam tak pulang lagi. Saya telefon pejabat kastam, dia kata kalau bank draft tak pulang, bermakna dapat nombor satu hingga tiga. Cemas juga masa tu. Yer le, kalau dapat nombor satu tak apa, tapi kalau dapat nombor dua atau tiga kan rasa ralat gitu.

Januari 2006, saya dapat surat dari kastam, surat yang sangat dinantikan iaitu saya berjaya dan minta saya ambil kereta tu dalam sebulan. Yahooooo... berjaya.

 Jual kereta Lama

Tempoh  sebulan tu, sempat kumpul duit dan jual kereta lama. Saya cari penjual kereta lama saya Acord tahun 1986, dulu saya beli tangan orang RM 7,500, saya dah pakai 2 tahun. Dapatlah orang nak beli RM 6,000 kereta saya, kira ok ler tu. Sebelum ni pun ada orang nak beli kereta saya, tapi saya kata tunggu saya dapat kereta lelong dulu. Jadi saya tambah tak banyaklah nak cukupkan RM 9150 tu. Kereta tu kena bayar sebulan dari tarikh surat keluar.

Pergi Bayar

Masa pergi bayar tu, saya masuk ke bilik seorang pegawai kastam tu, baru kenal hari tu. Namanya Hanif bin Matar, kat opis tepi laut Stulang. Peramah orangnya dan dah jadi kawan sampai sekarang. Sekarang katanya dia dah pindah kat unit lain di wisma kastam Larkin, tak tahulah unit mana. Dah tak jumpa dia dalam 2 tahun kebelakang ni.

Dia kasi saya satu surat berjaya lelong dan kasi geran kereta saya tu. Yang menariknya, kereta tu atas nama Pengarah Kastam Negeri, jadi saya pemilik kedua. Nombor flat pun dapat baru.

Ambil Kereta Kat Stor Kastam Larkin

Masa ambil tu kat wisma Larkin, tunjuk surat kat pegawai kat situ. Dia cari kunci dan tunjukkan kereta yang saya dapat tu. Rupanya kedudukan dah beralih, dulu kat depan, sekarang kat belakang, disusun rapat-rapat dengan kereta lain. Saya pun tertanya-tanya juga, macam mana nak keluarkan kereta tu sebab kereta lain banyak halang. Tapi senang aja, pegawai tu minta staf seorang tu angat pakai jengkaut, yer ke jengkaut, maaf lah tak tahu nama apa benda menatang tu. Jengkaut tu angkat kereta satu persatu termasuk kereta saya dan susun semula. Cekap betul kastam tu.

Panggil Kereta Tunda

Kereta tunda pun sampai dan dibawa ke bengkel member saya di Bandar Baru Uda. Tak mahal, RM 30 saja. Saya dah siapkan bateri baru, timing belt, minyak hitam, minyak gear, getah air dan plak. Tak lupa juga minyak petrol secukup rasa, macam resepi masakan pulak. Itu saja, yang lain tak buat dulu. Bila start, boleh hidup pada mulanya. Lama juga hidup, lepas tu mati. Start semula, nampaknya starter dia macam dah berat. Saya pergi ke kedai potong body di Taman Maunt Austin,sana banyak kereta potong. Beli starter RM 150 kira murah tu, baik pulak. Lepas tu boleh hiduplah, dah boleh bawak balik rumah. Tengok tayar dah teruk, tapi masih boleh pam dan jalan. Memang nak ganti tapi tunggu dululah, tunggu gaji pun ok.

Tayar dan Sportrim

Pasal tayar tu, saya jalan-jalan kedai tayar, nak cari sport rim secondhand. Jumpalah satu kedai tu, lelaki Cina tu kata, ada tayar dan sportrim secondhand baru masuk kedai, sportrim Naza Citra siap dengan tayar. Saya tengok ok gak, katanya orang tu beli Naza Citra seminggu lepas tu tukar sportrim baru dan dia tolak yang lama. Saya mintak kurang, harga 4 tayar dan sportrim tu RM 800, kira murah tu. Kalau beli tayar baru, harga pun dah lebih 800, ni kira dapat sportrim free ler tu.

Kereta dah boleh jalan baik, cuma mudgart ada kemik. Saya pergi lagi ke Taman Mount Austin, beli mudgart, harga cuma RM 60 saja. Lepas tu hantar cat, bukan cat semua satu kereta, nak jimat belanja. Cat bumper depan dan mudgart saja, semua RM 150. Cat yang lain tu semua ok lagi. Kereta Singapore ni cat dia tebal, bukan macam kereta sini.

Kereta Tersenggut

Beberapa hari jalan kat kawasan bandar, satu hari tu enjin tersenggut saja. Kalau berhenti di lampu isyarat, enjin mati. Tapi kalau start boleh hidup pulak. Saya pergi ke stesen minyak sebab ingatkan minyak habis walaupun meter dia nampak masih ada minyak lagi. Bila isi  minyak, dia ok pulak. Tapi lepas tu, kalau minyak kurang dari separuh, tersenggut semula. Saya pergi ke satu kedai Cina kat Uda tu, tu member saya sampai sekarang. Dia bukak tangki minyak saya, dia kata minyak kotor dan tangki berkarat. Saya tanya macam mana, dia kata kena tukar tangki lain secondhand. Saya pergi cari tangki kat Jalan Tun Razak, kedai tu jual RM 80 sat tangki, siap petrol pam yang masih baik lagi. Pomen tu pasang, upah RM 40. lepas tu semuanya okey.

Servis Aircond

Saya servis arcond dan tukar tabung, belanja semua dalam RM 140. Kira ok ler aircond saya, masih boleh pakai dan tak bocor. Mentol lampu nampaknya semua ok walaupun dah lama tak jalan. Nak ingatkan kepada pemilik kereta, servislah aircond setahun atau 2 tahun sekali, jangan pakai lanyak jer.

Bawak Ke Mersing

Saya pergi ke Mersing berdua dengan Ustaz Morsid Mahrof menghadiri satu forum di sana sebagai panel, pengerusinya Kadi Mersing. Itu kali pertama jalan jauh, nak test kereta tu. Bawak kereta ok jer, maknanya dah ok ler. Bawak ustaz Morsid ni tak boleh bawak laju-laju, saya kira sopan ler bawak kereta hari tu.

Pergi Ke Putrajaya

Dapat satu surat, kena hadir ke Putrajaya 10.30 pagi kat situ. Jadi hari tu saya bawak kereta tu dari JB jam 7.30, berhenti minum teh tarik kat Mamak Akif dah 20 minit. Jadi kena pecut ler lebuhraya sebab nak kejar masa. Masuk lebuhraya, tekanlah selagi nak. Kelajuan 180 kmj di lebuhraya. Sampai di Putrajaya betul-betul jam 10.30 pagi. Masa tu minyak RON97, belum ada lagi RON95 waktu tu. Sekarang RON95 ada lembab sikit, 180 kmj tu macam tak berapa boleh pergi, sekarang dalam 160-170 saja lajunya.





4 ulasan:

  1. Salam Ustaz,

    "Kelajuan 180 kmj di lebuhraya" --> dahsyat...
    Jangan kena kejar dengan Mitsubishi Evo kaler putih ada gambor burung helang itu, sudah laaa yerr....

    BalasPadam
  2. slm ustaz..boleh saya tau mcm mna nk msuk tender lelong kereta nih?

    BalasPadam
  3. slm..bole ust bg tahu mcm mna procedure nya?

    BalasPadam
  4. Noor hafizah, macam nama anak saya, maaf kebetulan saja. Prosedur saya dah banyak terangkan dalam blog saya ini dari episod 1.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.