Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Oktober 2010

Betul Juga Tu, Kalau Bekas Suami Menunjuk-nunjuk Kaya, Kasilah Nafkah Anak Tinggi

Hari ni dalam banyak akhbar, cerita tentang seorang artis tu. Bekas isteri minta nafkah anak dinaikkan berkali-kali ganda di mahkamah syariah. Sebab apa mintak naik ?

Yer le, bekas suami masuk media, katanya kaya raya, bermacam-macam kemewahan yang dia dapat. Jadi kalau dah mewah tu, nafkah anak dia janganlah diabaikan. Bukan untuk bekas isteri tapi untuk anak-anak.

Tapi terfikir juga saya, artis tu betul ke kaya ? Atau lakonan saja kaya. Itulah, ada satu sikap orang kita, mula sikit niaga, masuk sikit perniagaan, dah mengaku jutawan. Kalau yer jutawan, ok lah. Tapi yang kita  bimbang, harta tu bukanlah sebanyak mana, tapi cuma nak menarik pelanggan dalam perniagaannya. Macam MLM, ramai orang kita baru dua tiga bulan masuk MLM tu dah pakai kereta mewah, cakap pulak semua tinggi-tinggi. Yang macam saya ni tak ada kereta mewah, dia macam tak pandang saja.

Ada kawan saya yang seorang ni, dulu mengaku mewah, dua tiga tahun lepas tu, kereta kena tarik bank dan banyak masalah kewangan lain yang tak boleh pusing lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.