Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Oktober 2010

Kluang Kritikal Denggi, Hati-hati

TAMAN INTAN - Kes denggi di Kluang semakin meningkat dan berpandukan rekod yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan, Hospital Kluang sebanyak 440 kes denggi dilaporkan sejak Januari hingga semalam.

Ahli Parlimen Kluang, Dr Hou Kok Chung berkata, kes denggi di Kluang sejak dua bulan kebelakangan ini semakin bertambah dan ia perlu dikurangkan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di setiap taman.

“Lawatan saya ke Jalan Intan 5 ini adalah untuk melihat keadaan persekitarannya kerana sejak dua minggu lepas sebanyak 12 kes denggi dilaporkan di kawasan Taman Intan ini.

“Saya dapati kawasan ini perlu diadakan gotong-royong bersama penduduk taman bagi mencegah kes denggi yang semakin merebak,” katanya kepada Sinar Harian ketika lawatan Kok Chung ke Taman Intan, kelmarin.

Kok Chung berkata, setakat hari ini kita boleh katakan bahawa kawasan Taman Intan adalah kawasan yang kritikal.

Menurutnya, ketika beliau melihat di kawasan Jalan Intan ini terdapat rumah yang kosong terbiar tanpa dibersihkan terutama di kawasan sekelilingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.