Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Januari 2010

Babilah Pulak




Apalah nak jadi, lepas kes bakar gereja, bakar surau, lepas tu baling kepala babi dalam masjid. Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.

Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu. Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka.

Saya cadangkan jawatankuasa masjid sentiasa mengawasi keselamatan masjid dari diceroboh orang-orang yang tak bertanggungjawab seperti ini. Antaranya dengan mewujudkan pengawal keselamatan sekiranya perlu.

1 ulasan:

  1. Kes serius nih,.. Bahaya. Sangat bahaya. Polis perlu selesaikan kes ni segera, jangan sampai ada kes lain, kang tak pasal-pasal negara yang amana ni jadi kuca lana...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.