Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Mac 2010

CALON BEBAS MELAYU MENANG PILIHANRAYA DUN SELANGOR

Ramai yang tidak mengetahui bahawa calon bebas juga boleh menang pilihanraya dengan tiket bebas. Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di DUN Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, memenangi  kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat. Ini  merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan. 

Saya pun baru mengetahui sejarah yang menakjubkan ini. Sebelum ini, saya ketahui calon bebas yang menang kebiasaannya di Sabah, Sarawak dan Labuan. Jadi kalau berlaku pada calon Melayu, ini merupakan sejarah yang besar.

Yang menakjubkan, beliau memang bertanding atas tiket bebas dan menggunakan lambang bebas dalam pilihanraya. Beliau bukan orang yang jadi bebas selepas lompat atau letak jawatan dari sesuatu parti. Selepas menang kerusi ini, beliau juga tidak menyertai parti mana-mana termasuk BN atau PAS waktu itu. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah seorang guru selama 20 tahun di kawasan berkenaan.(Di atas adalah gambar beliau)

1 ulasan:

  1. kalau tak salah saya Hj. Mohd Jabar tu seorang guru dulunya. Mana tak menang, orang suka sangt dengan dia, baik, ringan tulang, dia tidak memilih parti semua orang dilayan sama rata, kerja kemasyarakatan semua dia turut serta, kalau ada kenduri kendara tu lebih2 lagi dikampung mesti beliau akan turut serta. Baik sungguh orangnya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.