Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Mac 2010

Kisah Rumahtangga Jutawan Duit Palsu

Farinnie Mohd. Farid mendedahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa suaminya yang didakwa jutawan Lebanon, Elie Yousseff Najem memaksa dirinya melakukan seks di hadapan kamera web bagi tatapan orang luar.

Malah, sikap keji lelaki itu yang turut menunjukkan kemaluannya di hadapan kamera web kepada rakan sembang di Internet menyebabkan wanita itu mengambil keputusan nekad melarikan diri daripada cengkaman Elie setelah dua tahun berkahwin.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata demikian semasa perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap Elie, 50, yang dinamakan sebagai defendan kes yang didengar di hadapan Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh.

Farinnie, 24, selaku plaintif ketika disoal peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, sejak berkahwin dengan Elie pada 6 Oktober 2005, dirinya telah dianiaya, didera fizikal dan mental sehingga menyebabkan rasa takut dan tertekan yang teramat sangat.

2 ulasan:

  1. Salam tuan kadi..

    bila nak cerita pasal kes ustazah seperti yg tertera dalam harian metro hari ni....

    BalasPadam
  2. Cerita mana ni, yang 'lemas kat lautan' tu ker ?.. Nanti ada kelapangan, saya cerita. Kena selalu-selalulah baca blog saya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.