05 Mac 2010
Tentera Yang Beriman dan Bertaqwa
Malam tadi saya berceramah di Kem Mahkota Kluang. Alhamdulillah, ramai tentera yang hadir. Pegawai tentera tu kata ceramah saya menyentuh kehidupan seharian tentera dan kena pada tempatnya, saya percaya pujian itu ikhlas. Memanglah, dulu saya pun sebahagian dari tentera, ditauliah ke pangkat Leftenan Muda tahun 1995. Saya telah lalui kehidupan sebegitu bertahun-tahun. Di Kluang ramai tentera dan banyak juga isu-isu keagamaan yang saya kendalikan melibatkan tentera.
Isu-isu melibatkan disiplin tentera di luar kem saya beri penekanan. Tentera perlu menjaga akhlak bukan saja di dalam kem, tetapi di luar juga. Antaranya penglibatan dalam kes maksiat, isu rumahtangga dan penglibatan dalam pertubuhan meragukan. Saya anggap saya sentuh isu ini sebagai 'adik-beradik' untuk mendidik menjadi tentera yang beriman dan bertaqwa dan menjauhi perkara maksiat. Pegawainya memberi kebenaran untuk saya bercerita dan memberikan contoh-contoh kisah benar yang melibatkan anggota tentera kerana ceramah ini hanya didengari oleh tentera saja.
Isu Perpaduan dan Keutuhan Umat Islam
Saya menyentuh isu perpaduan umat Islam. Umat Islam perlu mempunyai kekuatan, kekuatan bukan terletak pada jumlah yang ramai tetapi kepada kerjasama dan perpaduan masyarakat Islam. Contohnya Israel yang jumlahnya tidak ramai tapi boleh mempermainkan jutaan umat Islam di sekeliling negaranya. Jadi, selain kekuatan fizikal, tentera kita perlu ada kekuatan iman seperti Saidina Hamzah yang mati syahid dalam menegakkan Islam.
Fitnah Berleluasa
Saya tidak terlepas untuk menyebut isu fitnah, kerana diri saya sendiri tidak terlepas dengan fitnah yang dahsyat. Kalau yang fitnah kita itu musuh Islam, kita boleh nampak, tapi yang fitnah itu adalah orang Islam sendiri. Kenapa ada orang yang menfitnah institusi agama ? Adakah umat Islam untung ? Saya yakin, Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada orang yang membawa fitnah ini....
Selamat bertugas kepada semua warga tentera seluruh negara..... Semoga kita menjadi tentera yang beriman dan berakhlak mulia dan jauh dari kemungkaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.