Harun berbaju Melayu dan berkopiah yang duduk sebelah bapa itu memulakan bicara. Semua yang hadir senyap macam suasana dalam mahkamah masa hakim nak jatuhkan hukuman pulak.
"Sekarang kita nak mulakan majlis akad nikah. Pengantin lelaki jemput ke depan". Kata lelaki 50-an dan berkopiah itu.
Harun pandang ke arah bapa dan ahli keluarganya yang lain. Bapanya mengangguk tanda membenarkan anaknya ke depan untuk memulakan akad nikah. Dalam hati Harun, inikah dia imam yang nak nikahkan dia ? Mulanya tak gaya imam pun tapi bila dah mengaku imam maka percaya juga. Lelaki waktu itu tengah berdebar, maka dia tak kisah dan tak siasat pun itu imam betul atau tidak. Yang penting pada dia, malam tu dapat nikah.
Zihan pun lagi tak percaya itu imam, yang dia kenal lelaki itu kawan bapa dia yang biasa main dam kat warong kat sebelah simpang tu. Tapi dia tak berani berkata-kata. Bising-bising nanti kena tengking dengan bapa dia, baru padan muka. Maka diam saja, walaupunpun dalam hati penuh persoalan. Kemudian imam tu kata lagi.
"Mana baki hantaran yang belum diserahkan ? ". Kata imam tu.
Harun terdiam seketika, kemudian menyerahkan sampul surat yang dipenuhi dengan duit 50 ringgit kepada pak imam. Imam ambil sampul surat itu dan serah pada bapa perempuan. Kemudian kelihatan bapa membisikkan sesuatu ke telinga pak imam.
"Semua dalam sampul ini berapa ribu? " Tanya imam bagi pihak bapa.
Harun tak jawab tapi tangannya beri isyarat. Dia menunjukkan isyarat 2 jari, maksudnya difahami iaitu 2,000 saja. Muka bapa perempuan merah padam dan membisikkan sesuatu lagi pada pak imam. Pak imam kata lagi.
"Bila boleh sediakan lagi 5,000 ?". Tanya imam.
Harun tak jawab. Kalau ikutkan perasaan, nak saja dia lari keluar dari rumah. Tapi waktu itu pintu berkunci dan ruang tamu yang sempit itu menyukarkan dia nak keluar. Dia jadi serba tak kena.
"Maaf pak imam, nanti saya bayar ansur-ansur...." Kata Harun. Suaranya terus terhenti dan dia tunduk saja.
Abang Lelaki Bersuara
Tiba-tiba abang kepada Harun pula bersuara, sebelum ini keluarga lelaki senyap saja. Abang dia seorang tentera yang masih berkhidmat. Bila tengok macam ada apa yang tak kena, maka dia dah tak boleh sabar. Majlis mula bertukar kecoh dan pengantin lelaki cuba menenangkan abangnya.
Pengantin lelaki tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada hari bahagianya. Tapi abangnya bukan jiwa orang biasa yang boleh dipermainkan sebegitu, dia tentera yang diajar supaya berani bukan penakut. Apa lagi kalau melihat adiknya dipermainkan sebegitu, mana dia boleh berdiam diri.
"Kalau tak setuju nikah, kami balik saja ! Jangan mempermain-mainkan kami semua. Pulangkan semula semua duit yang telah diberikan sebelum ini ! Semua sekali 5,000.". Kata abang Harun dengan suara tinggi. Semua yang lain terdiam.
Pengantin perempuan yang duduk di dalam bilik mula runsing melihat suasana itu. Dia selama ini di dalam bilik, mengintai dari celah langsir. Dia bimbang kalau-kalau bapanya pula hilang sabar dan boleh jadi pergaduhan.
Tapi hairan sungguh, bapanya tak begitu, malah nampak tenang saja. Bapa perempuan kemudian membisikkan sesuatu ke telinga pak imam. Pak imam kemudian kelihatan tersenyum saja. Kenapa pak imam tersenyum, sedangkan suasana sudah bertukar tegang ?.... nantikan sambungannya..
ala ustaz...ada sambungan lagi ke? tengah suspen ni nak baca ni...huhu
BalasPadamalaaa.... ustaz!!!
BalasPadamaduhai...panjang lagi ker citer nie??
BalasPadamhuhuuuuu...suspen tuuuu
BalasPadamala ustaz.. kasi suspen jer.. jgn la buat peminat mcm nie.. huhuhu..
BalasPadamNak kata panjang sangat, tak juga. Nak kata pendik sangat,tak juga.... tungguuuuuu.
BalasPadamSalam abg Khalil,ni liza anak amilong.baru jumpa blog nih. Bagus dan penih pengisian. Insyallah if turun kluang kami ke rumah ustad ye? Tak sabor nak tgu episod seterusnya nih.hehehe.Wasslam
BalasPadam