Hingga jam 9.30 pak imam tunggu pengantin lelaki tak muncul-muncul, dia ada lagi satu nikah yang dah janji di taman sebelah. Jadi pak imam minta diri dulu membuatkan bapa perempuan semakin malu. Orang ramai di rumah itu pun berisik-bisik sesama sendiri, mungkin mereka dah tahu ini isu hangat di seluruh kampung ini esok.
Cerita ini dah tentu sensasi, disensasikan lagi di kalangan ahli-ahli mesyuarat tingkap. Pak imam walaupun nampaknya kecewa diperlakukan begitu, tetapi buat-buat macam tak ada apa-apa. Dalam hati dah tentu marah, darah menyirap pak imam tu.
Bertemankan Air Mata
Malam itu diselubungi air mata. Zihan rasa macam hidupnya dah tak bermakna lagi. Dia takut dimarahi bapanya nanti. Waktu itu bapanya tak marah-marah sebab orang ramai kat rumah. Bila orang ramai dah balik rumah, ayah dan ibunya tak kata apa-apa. Tak tahulah kenapa ayahnya mendiamkan diri. Si anak perempuan ini tertanya-tanya, adakah bapanya sudah serik atau berubah sikap sehingga tidak lagi sebut pasal menantu dan hantaran 10,000 itu. Tapi Zihan tak percaya juga, dia lebih kenal ayah dia, ayah dia bukan mudah nak rasa serik kalau buat sesuatu.
"Abang Sayangkan Ayang"
Malam itu juga Harun hantar sms, minta maaf apa yang telah berlaku. Katanya, itu bukan kehendaknya, bukan disengajakan. Dia masih sayangkan tunangnya dan masih berusaha mencukupkan 10,000 itu. Dia kata masih sayangkan tunangnya lagi. Sms ini membuatkan kekecewaan perempuan terubat sedikit. Sebenarnya, sebelum ini Zihan sangat bimbang kalau Harun sudah berubah fikiran seperti sangkaan awalnya.
Hatinya terubat dan tersenyum riang walaupun pada mulanya agak kecewa juga atas peristiwa yang berlaku. Zihan memberitahu ibunya bahawa tunangnya masih menghubunginya. Zihan tidak dapat menyembunyikan keseronokannya.
Perbualan ini didengari oleh bapanya, lantas bapanya terus berkata kepada anaknya.
" Malam esok minta dia datang ke rumah ini untuk majlis pernikahan" . Kata ayahnya.
Zihan terkejut, nampak ada perubahan pada bapanya, mungkin dah insaf kerana apa yang dah berlaku tadi. Mungkin ayahnya dah malu. Dan ayahnya tak cerita pun pasal hantaran berbaki 7,000 itu. Zihan menyangka, bapanya sudah tidak mahu lagi meminta hantaran itu. Tapi ayahnya memberikan satu syarat.
" Malam esok, jangan ajak sesiapa dalam majlis ini, hanya kawan-kawan ayah saja." Kata ayahnya.
Zihan gembira, padanya syarat itu tidak berat dan tidak kisah. Mungkin bapanya dah malu pada majlis sebelumnya. Bapanya tak sebut pun pasal imam nikah, tapi mungkin bapanya akan uruskan. Zihan terus menelefon tunangnya dan menyampaikan berita gembira itu.
Harun dan keluarganya setuju dan rombongan itu akan datang ke rumah malam esok jam 9.00 malam. Soal hantaran lansung tidak disebut, soal syarat jangan datang ramai-ramai itu bukanlah sukar sangat ditunaikan. Lelaki nampaknya gembira. Esoknya, jam 9.00 Harun merancang untuk datang bersama rombongannya.
huhu..saspen gak citer ustaz ni...tak sabar nak tunggu episod ke-4
BalasPadamalaaa......
BalasPadamfuh..sampai termimpi-mimpi aku nak tunggu ending cerite ni...
BalasPadamkompom bakal pengantin tue kena pukul ngan kawan² bapaknya...tul tak?
BalasPadamPengantin lelaki kena pukul ? ishhh...ishhh. Tunggulah yer.....
BalasPadambakal terjadi tragedi berdarah ni..huhuhuhu..
BalasPadamtak sabar nak tau penghujung cerita...
BalasPadambila la nak sambung
BalasPadam