17 Mac 2010
Pengantin Lelaki 'Ajaib'.... Wali Kena 'Pukau' JANGAN TERTIPU
Siapalah yang menggelarkan lelaki yang kawin dengan budak umur 11 tahun itu 'ajaib', ajaib apa bende nyer. Siapalah yang kata wali kena 'pukau', apa benda pukaunyerrrr. Tak tahulah siapa yang memulakan perkataan 'ajaib' dan 'pukau' ni.
Adakah gelaran ajaib sebab dia boleh pukau, siapa yang boleh buktikan dia pukau. Betul ke dia pukau bapa budak tu, atau ada sebab lain sehingga bapa tu menikahkan anaknya. Ada kemungkinan ada faktor dorongan, pujukan, wang, kebendaan atau kepentingan lain yang penguatkuasa boleh siasat dalam setiap aspek. Jangan terus kata pukau, tak habis-habis orang kita ni dengan benda-benda mengarut ni.
Pada saya, kalau boleh wali ini jangan dilepaskan begitu saja, kalau Ketua Pendakwa berpuashati, sila siasat dan dakwa di Mahkamah Syariah. Jangan jadikan alasan kena pukau maka dia boleh lepas. Kalau begitu, senanglah orang yang mengandung luar nikah atau khalwat kata dia kena pukau maka tak didakwa. Nak buktikan pukau ni benda 'mistik' yang tak boleh dibuktikan. Maka jangan mengada-ngada nak buat cerita macam ni.
Nak kahwinkan anak umur bawah 16 tahun kena masuk mahkamah syariah, kes ini masuk mahkamah ke tak. Kalau tak masuk mahkamah, maka bapa dia yang salah sebab tak bawa anak ke mahkamah dulu. Pada saya yang paling salah dalam hal ini adalah wali sebab wali dia yang menikahkan atau jadi wali dalam pernikahan. Kalau wali tak nikahkan tak jadi le cerita ni. Orang yang menikahkanlah yang pertama bersalah dan patut dituduh.
Selepas dituduh bapanya, barulah boleh dituduh pengantin lelaki pula. Kalau tak dituduh, macam ada suatu yang tak kena. Contohnya kes orang menjual makanan di kedai pada bulan Ramadhan, maka orang yang makan dulu mesti dituduh, barulah penjual boleh didakwa. Kalau tiba-tiba saja penjual dituduh, maka dia dituduh menjual pada siapa ?
Pengantin lelaki belum tentu bersalah sebab dia bukan bawah umur, dia dah lebih umur. Kenapa pulak dia yang salah, bapa budak tu nak jodohkan dia, pucuk dicita ulam mendatanglah. Salah ker ? Cuma mungkin lelaki ini salah dalam kesalahan lain seperti nikah tanpa kebenaran, poligami tanpa kebenaran dan lain-lain.
Saya harap, pendakwa syarie jangan ketepikan peranan bapa sebagai wali yang menjadi perancang utama dalam kes ini. Semoga menjadi pengajaran kepada bapa-bapa yang lain, jangan buat perkara seperti ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ish...ape punya bapak ni.bila tua nanti mmg patut pun kalau anak dia campak kat rumah org tua2 atau campak jer tepi longkang! :(
BalasPadamSetuju sangat saya dengan pandangan Ustaz. Bila dah jadi hal serta merta tukar 'gear' buat2 alasan kena pukau. Perkataan yang paling tepat mengikut pendapat saya ialah 'taksub'.
BalasPadamSaya pun kurang jelas berkaitan perkataan 'ajaib' ni. Tapi yang jelas Mendiang Dato' Ajaib Singh bekas Hakim Mahkamah Agung sekitar 80an dulu memang hebat ilmu penghakimannya, sementara pengantin yang didakwa 'ajaib' ni pulak hebat dari segi 'ghaib'nya.
Kesimpulannya, orang2 kita masih lagi percaya soal mistik ni sebagaimana mudahnya mereka tertipu dengan golongan bomoh dan penyesat agama yang kini rata-rata menggunakan gelaran 'ustaz'.
Sejak saya terbaca berita tentang wali ni di pukau, waima 1 rupiah pun saya tak percaya dan saya harap beliau dapat diadili sewajarnya supaya menjadi contoh dikemudian hari.