Saya dengan segala hormatnya merujuk petikan Harian Metro bertarikh 03 Mac 2010 berkenaan – ”Gereja beri RM2,000.00 – Ibu Tunggal gagal dapat bantuan biayai pengajian anak”.
Pertama, wanita ini telah menerima bantuan pendaftaran IPT daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400. pada November 2009. (Oleh itu, kenyataan akhbar menyatakan dia tidak dapat bantuan lansung adalah tidak tepat).
Saya jelaskan kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam bagi kemasukan IPT:
Sijil: RM 300 dalam Johor, 500 Sabah Sarawak, 500 Zon Terengganu, Penang dll, 400 zon Selangor, KL dll.
Diploma : RM 500, 700, 700 dan 600
Ijazah : RM 800, 1000, 1000 dan 900.
(Anak wanita ini kursus Sijil jadi dapat RM 400)
Kedua, wanita ini tidak ada memohon bantuan lagi sebelum ini. Jadi, cerita yang dia dah mohon beberapa kali adalah tidak tepat.
Ketiga, pihak PIBG sekolah Tinggi Kluang yang sanggup mendahulukan wang RM2,878.00, pihak kami tidak halang. Buat apa nak halang kalau ada orang yang nak bantu. Pihak PIBG sekolah tu ada hubungi pejabat dan pejabat juga sanggup pulangkan semula duit itu kepada PIBG berkenaan. Pihak kami sudah berjanji nak bayar semula dan dipersetujui oleh pejabat di Kluang dan ibupejabat Johor Bahru(melalui Ustaz Azlan, penolong pengarah Bahagian Bantuan MAIJ).
Penyerahan cek pihak PIBG pada 1 Mac, tetapi 3 Mac terus keluar berita di akhbar. Pihak PIBG belum sempat membuat tuntutan wang itu seperti dijanjikan. Beberapa dokomen perlu seperti surat atau bukti lain.
Keempat, berita yang keluar ini adalah tidak tepat dan mengelirukan. Perlu diperbetulkan untuk mengelakkan tanggapan salah orang ramai.
Pada 3 Mac juga, wanita ini datang ke pejabat dan kami memproses Borang Bantuan Sara Hidup untuk dihantar ke Ibu Pejabat. Beliau juga diberikan Bantuan Segera sebanyak RM150.00 telah diberikan kepada wanita ini.
Pada 4 Mac, jam 9.30 pagi datang 2 orang pegawai polis untuk mengetahui cerita sebenar dari saya. Soal benar atau tidak benar cerita pasal bantuan gereja itu biar polis yang siasat, itu bidang tugas polis. Isu ini boleh menghangatkan suasana dalam negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama jika tidak ditangani dengan betul. Sebelum ini terjadi kes bakar gereja dan surau, kita tidak tahu apa yang berlaku seterusnya di negara kita dan apa puncanya yang sebenar. Antara puncanya adalah salah faham antara agama sehingga ada orang yang terdorong melakukan perkara menyalahi undang-undang. Ini termasuklah kerana percaya khabar angin dan mereka-reka fitnah sesama kita.
Jam 11.30 pagi, datang pengetua Sekolah Tinggi Kluang dan 2 guru termasuk Cikgu Azan yang sudah mengetahui bahawa kami akan memulangkan wang itu semula. Pengetua meminta maaf sekiranya laporan akhbar berkenaan tidak tepat atau menyinggung perasaan Jabatan Agama Johor. Pengetua menyatakan, tindakan itu dilakukan oleh pihak PIBG, bukannya pihak sekolah. Cuma PIBG ada bilik sendiri dalam kawasan sekolah.
Sebentar tadi saya hubungi Metro, semoga membetulkan beberapa perkara sebelum masyarakat memandang serong kepada institusi agama yang mulia ini. Sekiranya diperbetulkan, saya sedia memaafkan pihak akhbar berkenaan. Saya ramai kenalan di akhbar berkenaan dan saya faham tugas wartawan. Kadang-kadang bukan kerana kesalahan wartawan tetapi orang yang memanggil wartawan itu yang tersalah lapor.
Dalam hal ini, bukan wanita ini yang memanggil wartawan tapi ada orang lain. Wanita ini sebenarnya tidak mahu dihebohkan cerita ini (wanita ini bercerita kekesalannya di pejabat pada 3 Mac apabila cerita ini masuk akhbar. Katanya wartawan menemuinya di kawasan sekolah waktu malam penyerahan cek itu dan dia tidak tahu siapa yang jemput wartawan itu).
.......Sebentar lagi, saya akan ke Kem Mahkota Kluang dan diadakan solat hajat selepas Maghrib ini di sana. Kemudian saya akan menyampaikan ceramah. Saya mohon kepada Allah, semoga Allah menunjukkan kebenaran dan memberi pembelaan kepada pihak-pihak yang teraniaya. Hanya kepada Allah kita berserah.....
ooo...berlaku dalam kawasan tuan rupanya. mmg laporan akhbar perdana, bole di baca tp perlu di tapis kepercayaannya. hanya ruangan no ekor sahaja tidak pernah menipu...
BalasPadamAkhbar Metro hari ini .... (Sila baca)
BalasPadamhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Baitulmaladabantu/Article
Metro 5 Mac 2010...
BalasPadamBAITULMAL ADA BANTU
KLUANG: Ibu tunggal yang mendakwa tidak dilayan setiap kali membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan melanjutkan pelajaran anaknya ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebenarnya hanya sekali membuat permohonan itu kepada pejabat agama daerah.
Selain itu, dakwaan wanita berusia 40 tahun itu bahawa anak perempuannya tidak pernah menerima bantuan tidak benar kerana Baitulmal pernah memberikan bantuan kewangan untuk pendaftaran anaknya ke IPT sebanyak RM400 pada November 2009.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pernah datang ke Pejabat Agama Kluang untuk membuat permohonan susulan menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan kepada keluarganya.
Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor, berkata setiap orang yang ingin mendapatkan bantuan perlu mengikut prosedur ditetapkan antaranya membuat permohonan bertulis bagi membolehkan jabatan memproses bantuan.
“Sebelum ini, wanita itu ada datang ke Pejabat Agama Johor Kluang untuk mendapatkan bantuan kemasukan anak ke IPT dan Baitulmal sudah memberikan bantuan sebanyak RM400.
“Biasanya, penuntut yang melanjutkan pelajaran akan mendapat pinjaman lain atau biasiswa menyebabkan mereka tidak lagi memerlukan bantuan Baitulmal,” katanya.
“Bagaimanapun, kami difahamkan permohonan pinjaman anak wanita itu ditolak dan sekiranya wanita itu datang membuat permohonan lain, kami sedia membantu kerana mempunyai peruntukan,” katanya.
Menurutnya, wanita itu tidak pernah membuat permohonan susulan menyebabkan pihaknya berpendapat anak wanita itu menerima biasiswa seperti orang lain. Katanya, bantuan RM400 yang diberikan itu mengikut kadar ditetapkan dengan pengajian sijil, diploma atau ijazah mempunyai kadar berbeza.
Bantuan bagi sijil, katanya, kemasukan di negeri Johor ialah RM300, Sabah dan Sarawak RM500, Selangor dan Kuala Lumpur RM400. “Jadi, bantuan RM400 adalah betul, namun sekiranya seseorang itu mengikuti diploma dan ijazah, jumlah bantuannya lebih besar.
“Selain itu, pada 24 Februari lalu, kami ada berbincang dengan kaunselor Sekolah Menengah Tinggi Kluang yang ingin memberikan bantuan kepada wanita ini melalui PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). “Kami tiada halangan dan bersetuju membayar semula wang berjumlah RM2,878 kepada Tabung PIBG sekolah kerana PIBG sekolah itu bersetuju mendahulukan bantuan,” katanya.
Menurutnya, penyerahan cek bantuan itu diserahkan kepada wanita berkenaan pada 1 Mac lalu dan belum sempat PIBG membuat tuntutan, berita mengenai wanita itu disiarkan di akhbar.
Katanya, pada 3 Mac lalu barulah wakil PIBG sekolah berkenaan datang menyerahkan dokumen Tuntutan Bayaran Pembiayaan Yuran anak wanita itu.
“Pada tarikh sama, wanita berkenaan datang buat kali pertama selepas menerima bantuan pertama (yuran pendaftaran anak) untuk memproses Borang Bantuan Sara Hidup sebelum dihantar ke Ibu Pejabat,” katanya.
Saya cadangkan tuan ambil tindakan undang-undang (saman malu) terhadap beberapa pihak PIBG yang disyaki membuat kenyataan akhbar berkenaan.
BalasPadamSudahkah tuan membuat laporan polis ? Sebagai pengamal undang-undang, saya yakin tuan boleh menang dalam saman ini, tuan berada di pihak yang benar.
zaman Saidina Umar al-khatab dulu,beliau sebagai khalifah sert asahabat nabi yg rapat,malah di jamin syurga pulak tu, beliau yg pergi cari org susah/miskin untuk di bantu.
BalasPadamZaman ni, si pemegang hak (yg makan gaji) untuk bantu org miskin, duk opis, dlm air con-tunggu org dtg mintak bantuan. Kalau ada, ada le, kalau takde,buat mc takde org miskin yg perlu di bantu.
Ustaz, agak2 kat padang mashar nanti,org2 yg si pemegang amanah ni kena soal tak dgn Allah?
dan kalau jawab "Saya ikut prosedur, prosedur tak suruh pun pegi cari org miskin untuk di bantu,saya makan gaji je.." Boleh lepas ke ustaz?
Org2 miskin pulak, possible tak diorang tuntut hak diorang kat sana nanti?
Maybe si pemegang amanah ni dah di jamin syurga dan lepas dari Hisab kut..
.. Majlis Agama Islam ada lantik ramai amil di kawasan kampung, mukim dan taman yang bergerak sepanjang tahun untuk buat bancian. Merekalah yang membantu jabatan untuk mengenalpasti fakir miskin yang layak terima bantuan. Seterusnya permohonan diproses.
BalasPadamUntuk saya bergerak mencari fakir miskin setiap hari, memanglah saya tidak ada kelapangan kerana saya banyak tugas lain. Tapi waktu kelapangan, saya juga turut sama, cuma tak panggil akhbar saja. Buat apa nak cari publisiti macam orang yang panggil wartawan dalam kes hari tu.
Saya sokong, pegawai kerajaan ke siapa ke kena beretika dan bertanggungjawab dalam tugas. Tugas itu amanah Allah yang perlu disempurnakan.
BalasPadamUstaz...Kekadang tindakan PIBG diluar kawalan sekolah, termasuk dalam kes ini. Yang naik namanya pihak sekolah walaupun PIBG yang buat tak betul.
BalasPadamInsaflah PIBG yang macam ni, bukan semua, tapi banyak PIBG begini...
...Saya Cikgu juga.