Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Mac 2010

Bapa Paksa Hantaran RM 10,000 (Episod 1)


Berlaku  satu kisah masyarakat, bapa  paksa bakal menantu hantaran 10,000 untuk bernikah dengan anak perempuannya. Bukan nilai 10,000 seperti sekarang tapi kisah ini hampir 10 tahun lalu, nilainya cukup tinggi.

Lelaki bernama Harun tu bukan bergaji besar, sekadar operator kilang yang gaji tak sampai seribu sebulan. Anak perempuannya, Zihan yang nak kawin itu pun bukan bergaji besar atau berkelulusan tinggi, kerja pembantu kedai makan kemudian berhenti kerja bila dekat nak bernikah.

Runding Semula

Tempoh bertunang selama setahun bukan lama, maka hari perkahwinan akan tiba tak lama lagi. Kira-kira sebulan lagi nak nikah, keluarga Harun bertemu bapa perempuan, minta dikurangkan kepada 5,000 kerana itu saja kemampuannya. Itu pun dah banyak berhutang keliling pinggang dan ramai orang mengata. Bagaimanapun, rombongan keluarga lelaki diherdik dengan kata-kata kesat oleh bapa perempuan, malah memaksa juga hantaran 10,000 ribu itu ditunaikan.

Zihan sendiri pun tidak bersetuju dengan bapanya, tapi dia sebagai anak tidak boleh berkata apa-apa, terpaksa menurut saja. Zihan pun membantu sedikit wang untuk mencukupkan 10,000 itu hasil duit simpanannya yang tak seberapa tetapi masih belum cukup. Oleh kerana tarikh perkahwinan dah nak sampai, maka pernikahan perlu diteruskan juga. Harun terpaksa berlagak seperti cukup hantaran 10,000 itu  walaupun hakikatnya tidak.

Bayar Pendahuluan 3,000

Seminggu sebelum tarikh nikah, bapa perempuan minta 3,000 pendahuluan, katanya untuk belanja majlis. Harun menurut saja dan diserahkan terus kepada bakal bapa mertuanya. Harun datang bertemu bakal pak mertuanya tetapi mulutnya tak terkeluar untuk meminta dikurangkan disebabkan takut dimarahi sekali lagi.

Tarikh nikah dah nak sampai. Jadi bagaimana dengan jumlah hantaran tu ? 3,000 dah diserahkan, sekarang Harun cuma ada 2,000 lebih saja dalam poket. Kira mustahil juga nak dapatkan 5,000 dalam sehari. Kawin memanglah nak kawin, tapi duit tak cukup untuk hantaran macammana ? Pinjam Along ? Mana dia biasa pinjam.... Tapi tengok keadaanlah, kalau dah terdesak sangat kira tak mustahil juga.

16 ulasan:

  1. itu namanya jual anak.......yang penting anak bahagia bukan derita. Macam- macam dah akhir zaman ni.

    kunjungi blog : ikankluang@blogspot.com

    BalasPadam
  2. tak sangka ye ada juga bapa yg mcm ne...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm2 ada... lyn je...

      Padam
    2. Ye ar... mcm2 ar prangai ckalang ni..

      Padam
  3. Singkat akal punya bapak mertua. Hikhik

    BalasPadam
  4. bapak duit raya dah habis lah tu....hahaha

    BalasPadam
  5. tERUK BTL LAR ZAMAN SKARANG NI...NK KAWIN PUN SUSAH....

    BalasPadam
  6. betul2..sekarang nk kawin pun mcm nk berniaga plak..kerana wang hantaran yang dipinta anak beranak n pertalian persahabatan pun boleh jadi huru hara..wahai ibu2 n bapa berfikir n berpada2 lah meletakkan hantaran tu..anak nk wat perkara halal. nak dirikan masjid.salah ke??jangan disekat2 hanya kerana duit semata..ni yang menambahkan lagi kes kawin lari pergi sempadan negara..

    BalasPadam
  7. Memang sedih kalau pihak pengantin perempuan letak hantaran belanja kahwin sampai puluhan ribu ringgit - buatlah kenduri secara sederhana, bukannya nak bermegah2. Buatlah ikut kemampuan - niatkan dengan hati yang berlapang dada - gembira kerana ada lelaki yang sanggup 'jaga' anak dara mereka.
    Lebih baik kaum2 bapa sedar, ada anak2 gadis yang tidak ada lelaki yang sudi meminang sampai jadi andartu, ada yang di'usung kesana-sini' macam bohsia akhirnya ditinggalkan begitu saja (dipermainkan lelaki) , ada yang dijual sebagai pelacur dan lain2 lagi. Ada juga kes2 seperti menantu terpaksa berhutang sampai anak umur 10 tahun tak habis bayar semata2 nak kahwin dengan anak gadis mereka.

    BalasPadam
  8. kesian gak kat pengantin lelaki tu.Hajat murni tapi banyak rintangan .. Sabo jer lah...

    BalasPadam
  9. Bkn nak sokong sape2 ye, ni fakta. Tu la kira2 brg zaman skrg, kalo dlu 1 kepala 8 bleh dpt tp skrg ni dah 12. Bapak mentua tu saja nak ajar cara2 belanja zaman kite ni lar. Jgn pndg yg x elok je. Brp byk saya tgk skrg ni kat jayen, tesko dll tu yg membayo asik kaum pompuan je sb si laki kta dia msih x berduit smpi anak dah 4. Last2, pompuan jgk dpt mslh. Pd adek2 dlm citer atas tu, cari je org lain huhu...

    BalasPadam
  10. Senag ba. Pegi cakap sy ada 5000 shj. Kalau x buleh terima putus tunang. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
    Mungkin senario ni kat kampung, pemuda hanya kerja kampung tak ada harta. duduk pulak nun di pendalaman, kerja upah bersawah atau upah toreh getah atau cari kayu api & rumput.
    Kalau duduk bandar kerja cari besi buruk jual kat kedai. Kalau kerja makan gaji x lojik la pulak. Bank Rakyat & loan ASB berlambak. Kecuali black list. Muda2 dah black list? PTPTN loan?
    Gambaran kesusahan nak kawin masa kini. Sebab tu mak bapak zaman ni sanggup buat 2 kerja sekali gus utk tanggung belanja2 mcm ni.
    Duit masuk U
    Belanja masa dlm U
    Duit Belanja kawin

    Busuk2 pun kena ada 4-5 ribu.

    BalasPadam
  11. tu pasal la ramai yang NIKAH lari g siam...ada yang "KAHWIN" dulu sebelum nikah...ada yang buat2 tangkap basah....sebab ada mak bapak yang terlalu demand sangat...agak2 la ..kalau bakal menantu tu orang kaya...keje gaji besau ke tak pe la.....dalam islam yang penting kan AKAD NIKAH dan MAS KAHWIN...bukannya hantaran beribu2 sampai menyusahkn anak menantu...sok ada yang lepas kahwin masih berhutang

    BalasPadam
  12. letak mahal2 tp berhutang baik x yah.....lps khawin duk tanggung hutang....jd cm aku ni senang, khawin ikut kemampuan, lps khawin boleh kumpul duit bt umah....syukur la, x sampai 2 taun dah boleh bt umah sendiri....x yah nak sewa2.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.