08 Mac 2010
BLOG SAYA JADI TEMPAT PROMOSI NIKAH THAILAND
Kalau nak nikah, tu nikahlah di negara kita, dah tentu ikut undang-undang. Kalau betul pun nak nikah lagi satu pun boleh 'runding baik' dengan saya. Kalau kena pada tempatnya, saya boleh bantu. Dan memang sebelum ni pun saya banyak juga bantu orang nak bina 'masjid kedua' ni, tapi taknaklah cerita kat sini. Nikahlah sini, ini pergi nikah Thailand pula. Macammana dia pergi Thai dan Indon ? ada orang yang bawak, bukan free beb, mahal, kalau ke Indon tu udah tentu juta-juta pak. Orang ni kerja dia bawak orang nikah luar tanpa rujuk ke sini.
Kalau dah nak kawin sangat kat sana, nikahlah, sendiri pilih jalan tu. Tapi nanti kalau ada masalah, datang juga kat pejabat agama. Banyaklah kes, nak cerita pun panjang. Ada orang yang nikah Siam lepas tu bercerai jadi masalah kat sini, nikah yang dulu pun belum disahkan. Ada tu suami dah meninggal, baru isteri tahu dia dimadukan. Kalau madu nikah sini takpe, ni madu Siam. Jadi susahlah pembahagian harta pusaka. 10 tahun belum tentu boleh selesai. Ada pulak tu nikah Siam dijanjikan boleh daftar, tapi tak boleh daftar pulak kat sini sebab nikah sendikit. Ada juga nikah kat Malaysia, tapi dapat surat nikah Siam, ada juga. Malah banyak lagi.
Apa pasal pulak blog saya jadi tempat nak iklankan pakej nikah Siam orang ni, carilah tempat lain. Sebelum ini blog Mazidul Akmal pun, orang yang sama ada buat kacau. Jadi, mulai hari ini, nak komen kat blog saya, kena tapis dulu. Bukan tak suka orang beri komen, cuma taknak bersubahat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang ni. Dulu masa saya jadi Pendakwa Syarie, saya lah orangnya yang dakwa orang nikah Siam, takkanlah saya nak subahat promosi nikah sana pulak.
Kepada teman-teman sekalian, teruskan membuat komen dalam artikel saya, komen anda saya hargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Komen kalau lahir daripada individu sakit otak, sudahlah.
BalasPadamNama Ibnu Marzuki, namun tuan empunya blog itu tidak kita tahu identitinya. Pernah dia berulangkali menghantar SMS ke talian hotline 360 minta tindakan diambil berhubung pelbagai aduan dibuat.
Aduan banyak tetapi boleh dilabel sebagai 'bawah sikit daripada bodoh', justeru bagaimana harus saya melayan dia. Tindakan 'irritating' manusia sama mendorong saya berhasrat membuat laporan polis sebelum ini.
Katanya dia berasa amat berbangga dapat 'menegur' Tuan Khalil, saya hanya tersenyum membaca komen sebegitu. Maklumlah, individu sama mendakwa pandangan dan tindakannya semua betul. Komen dan buah fikiran orang lain, salah.
Entahlah Tuan, sakit keturunan, barangkali.
hi. datang menyinggah ke sini.
BalasPadamSalam.
BalasPadamSebelum ini menjengah2 juga. Tengok juga komen dia tentang gathering kami sebelum ini.
Tapi bila baca di blog Hazrey, sah dia ini ada kelakuan luar tabii.
ust suami sy smpan kekasih gelap..bhsia indon.dah berulangkali sy suruh nikah tp smpai skrg tak nkh2.sy tak nak trlibat dgn dosa besar ini....so sy nak report kat pncegah mksiat.bhsia 2 "kosong".sy tak tau tmpt tinggal mrk.sb sy susah nak kuar "siasat"anak2 masih kecik2 lg.sy sbtg kara.ada anak n suami je.hanya surirumah.suami pulak sudah abaikan kbjikan sy n anak2.mkn mnm sek anak2 tak semurna lg.sy ada 5 anak sek 4 org.
BalasPadam