15 Mac 2010
FACEBOOK AYAH PIN ?
Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.
Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998. Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada lagi ke manusia bangang nak jadi pengikut setan Pin ni.Jenis sama dengan perangai bomoh yang suka menipu untuk cari duit.
BalasPadamaikk... patutnya si Pin ni buta huruf, tak tau membaca maupun menulis.... samada si Pin ni dah belajar membaca, menulis dan IT semasa menghulangkan diri atau kebarangkalian blog ni dihasilkan pengikutnya.. MENGAPA ada orang2 boleh terpedaya dengan omongan tidak masuk akal manusia2 seperti Pin ini...? tak tercapai akal ku...
BalasPadamYang herannya ada orang yang berpelajaran tinggi terpengaruh dengan ajaran sesat ayah pin...memang bodoh dan bangang.Yang dah bergelalar ustazah terlibat dan percaya dengan ajaran sesat tersebut lagi bangang.
BalasPadamkalau berguru ngan ayah pin akan dapat banyak pin kod ...kakakakakka ... nak tengok gak camana fesbuk ayah pin kakaakkaka
BalasPadamkui
BalasPadamtuh pesbok orang yang benci pada ayah pin la ustaz. bukan ayah pin. orang tua tu bukan kata pesbok,handpone pun blom tentu pandai pakai. cakap terer la. saya ingat pengikut dia boleh dengar cakap dia sebab dah kena air ketom kot. huhuhuhuhu
BalasPadamhahahaha...
BalasPadampelik la zaman skrg ni, lg tinggi ilmu org, semakin tak boleh pikir mana betul mana salah....mana baik mana buruk..Subhanallah...
BalasPadam