Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 November 2009

KERAJAAN TARIK BALIK ARAHAN KERETA 15 TAHUN KENA MASUK PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA

Dalam blog saya ini juga melahirkan rasa tidak puashati sekiranya kerajaan menguatkuasakan peraturan seperti ini yang sudah pasti menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Alhamdulillah, kerajaan bertindak mengumumkan  pembatalkan peraturan ini.




2 ulasan:

  1. PROMOSI MUSLIM TOUR
    “Maghi Pakat Gi Jale”
    Tel: 609-747 9999

    TIANJIN-BEIJING
    6DAYS 5NIGHT
    HARGA DARI RM340

    BalasPadam
  2. Kerajaan telah menarik balik arahan kenderaan yang telah BERUSIA 15 tahun kena masuk PUSPAKOM, pada sy memang kerajaan prihatin dan peka setelah mengambil kira pandangan & keluhan rakyat selaras dengan konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Terima kasih kerajaan. Akan tetapi kerajaan baru2 ini mengumumkan untuk 'ban' barang-barang second hand yg diimport bermula 2010. senang cite barang2 half cut da xnak. Maksudnya, kalau kenderaan yg berusia ni rosak kenalah beli barang2 spare part yg baru yg masih bungkus dalam plastik, seal dlm kotak..cth :gEAR BOX 'kong' kena beli gear box baru. second2 da xde. Kalau ada pun harga da mencarut2 sbb permintaan tiggi, barang xde. Mungkin akan berlaku lebih banyak kes kenderaan hilang sbb nak dapatkan brg2 spare part.Bagaimana? Mampukah nak beli spare part yg baru untuk kereta yg memang berusia? Kenapa dinafikan hak untuk memilih? Industri half cut waktu ini sedang berkembang. Ramai yg ceburi bidang ini sebab byk permitaan.Kalaulah pak aziz kg sy yg pakai nissan sunny 130Y tu golongan yg ber'wang'. Sy percaya dia mungkin tak pakai nissan sunny dia tu lg, mungkin dia tukar dgn nissan fairlady 350z kot. HAHAHA. Kemampuan setiap individu amat berbeza. Justeru jangan menafikan hak individu yg lain.. Bagaimana?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.