Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 September 2011

"Aku Sempat Lari Serbuan Pencegah Maksiat"


Tadi saya ke sebuah kedai beli barang sikit. Bawak kereta Kelisa, kawan saya kasi saya pakai 5 hari sebab dia balik kampung naik bas. Kat luar kedai tu ada warung dan ada 3 lelaki sedang rancak berbual. Saya pasang telinga bila dia orang berbual pasal nombor ekor. Saya cuba dengar betul-betul perbualan tu.

"Tau tak itu hari.... aku sempat lari dari pencegah maksiat kat kedai nombor tu. Aku masuk jer rupanya pencegah maksiat tengah buat operasi. Aku sempat lari menyorok kat kedai dua ringgit sebelah tu. Nasib baik dia tengah sibuk tangkap orang lain". Kata lelaki tu, lebih kurang begitu.

Tak lama lepas tu saya keluar dari kedai tu. Tiga orang lelaki tu tengok jer saya dan tak tak cakap kuat macam tadi. Entah dia kenal ker tidak saya, entahlah. Tapi saya tak kenal dia orang.

2 ulasan:

  1. lari la..takpa..esok2 belum tentu lagi bila Allah bukak buku amalan kita...Hmmm.mudah - mudahan kita selalu bertaubat

    BalasPadam
  2. Tu lah kebanyakan orang kita nak kaya cepat. Duit kat kocek tinggal sepuluh hinggit pon nak tikam nombor lagi. Kena banyak insaf orang kita ni.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.