Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 September 2011

Mak Bising, Anak Teruna Nak Nikah Janda Anak Empat


Lelaki bujang awal 30-an merancang nak nikah dengan janda 30-an yang kematian suami, anak empat. Mereka berkenalan sudah setahun dan merancang untuk bernikah. Bagaimanapun, cuti hari raya baru ni, rumahnya di kampung menerima janda dan anak-anaknya sebagai tetamu pada hari ketiga raya. Dapat juga berkenalan dengan emak dan keluarganya, bapa lelaki sudah meninggal dunia.

Lepas tetamu tu balik, anak menyatakan hasrat untuk bernikah dengan janda itu. Emaknya terkejut dan macam kena histeria walaupun tak bertukar suara jadi nenek kebayan. Maknanya emak dia halang sebab nak kawin dengan janda sedangkan ramai lagi anak dara lain, kata emaknya. Adik beradik lain senyap saja, mungkin ambil sikap tunggu dan lihat saja dulu.

Bagaimanapun, anaknya bersabar menghadapi tentangan ini dan meneruskan hasrat bernikah juga tak lama lagi kalau ada jodoh.

5 ulasan:

  1. Kalau duda anak 4 dengan anak dara, ramai yg tak ambilkisah pun tapi kalau seperti kes di atas, kebanyakkan mak mertua akan terkena histeria. haha..Orang zaman sekarang lebih pentingkan rasa malu dari nak merebut memperolehi pahala menjaga janda dan anak yatim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETOL .... org zmn skrg lbh utamakn kedudukn dn drjat dr utamakn menjaga anak yatim ...

      Padam
  2. Rasulallah juga bernikah dgn janda. go ahead. support u

    BalasPadam
  3. kalau duda anak empat biasanya anak2 tu ngan bekas isteri. lagi pun tu anak2 dia, so wajarlah dia tanggung sendiri. tapi kalau si bujang kawen ngan janda anak empat, kena pulak tanggung emak ngan anak sekali gus. itu yg emak teruna risaukan. mampu ke anaknya secara tiba2 kena menyara keluarga yg besar begitu? (lebih2 lgi kalau bapak anak2 tu lepas tangan) kalau kerja bagus n gaji besar tak per la jugak...

    BalasPadam
  4. Fitrah mak bapa begitu le .. Klu tok pun mngkin terkejut & sayu. Sbb tnggungjwb anak nanti sangat berat. Mampu & bersediakah dia (bukan dari segi kwangan aje tapi didikan juga dll, ikut Islam).

    Klu wanita tu agamanya mantap (temasuk lelaki tu), insyaAllah bahagia. Klu sebaliknya, kena le sedara mara, ibu bapa main peranan sama. Agama tu yg sangat penting, klu ok, insyaAllah ok.

    tok

    BalasPadam

Dipersilakan komen.