Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 September 2011

Tak Dikatakan Berniaga Kalau Tak Berhutang ? Setuju atau Tidak

Saya berbual mengenai ekonomi semasa dengan seorang berjawatan penting dalam sebuah syarikat besar. Dalam perbualan tu dia kata, tak sah berniaga kalau tak berhutang.

Katanya, hampir semua syarikat atau individu termasuk yang kaya-kaya juga berhutang. Kalau tak berhutang, tak nama berniaga katanya.  Bila saya fikirkan, betul juga. Dalam senarai orang terkaya di negara kita, termasuk yang memiliki aset dan tunai yang banyak juga membuat pinjaman untuk meneruskan perniagaannya.

Jadi, adakah berhutang itu satu kemestian dalam perniagaan ?

9 ulasan:

  1. Ramai orang kita kalau kereta dah habis bayar, rasa tak sedap kalau tak berhutang. Lepas tu beli kereta lain buat hutang. Begitulah dengan berniaga agaknya.

    BalasPadam
  2. Berhutang tidak mesti dalam perniagaan, tapi adakah dapat disediakan modal besar pada masa dikehendaki untuk menjalankan perniagaan? Tentulah tidak kerana jika ada pun mengambil masa untuk dikumpulkan dan tunai jika mencukupi pun adakah sanggup ambil risiko rompak/curi/hilang jika semuanya dikeluarkan untuk perniagaan tersebut? Maka berhutang adalah pilihan dalam perniagaan.

    BalasPadam
  3. Mende berhutang ni tak puas sokmo....

    BalasPadam
  4. Bergantung juga kot, ada kawan tok gunakan gratuti pencen & simpanan utk mula berniaga .. tapi tak le business besar. Selang beberapa tahun berkembang sikit2, dia kata tak de hutang .. tapi klu besar2 punya niaga, dia kata mmg kena hutang . Tapi dia tak nak setakat ni..

    Tapi ada sorang lagi kawan, amik tender kantin sekolah berhutang sana sini (dia sendiri beritau le). Nak kata tak de duit, dia kata ada juga sikit kat Tabung Haji, sayang nak keluar..sbb nak pi haji.

    Ntah le .. dia nak beri pahala bagi pemberi hutang kot .. member2 dia yg mmemang baik2 belaka.

    tok

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ustaz saudara saudari semua...!dh lama btl tk kunjung blog usta ni.Betul lah tu ustaz setuju sgt.

    Sebenarnya kebanyakan org2 yg dah terbuka pintu hati dia utk menjadi peniaga,dah terlalu membara utk mencuba2 menjadi usahawan.. baik yg secara kecil2an mahu pun yg agak menggunakan modal yg besar juga, memang dia akan mencari segala mcm sumber kewangan bermula dari adik beradik,mak ayah,kwn2,sedara mara dan dimana saja,ya mungkin diasbabkan peluang yg sedia terbentang didpn mata seperti telah mendapat tempat atau peluang (Projek)yg baik utk menjalankan perniagaan dan sebagainya.Malah mungkin dia juga terpaksa meminjam dgn Along demi utk memenuhi Impian yg telah tersogok diMinda apatah lagi apa bila melihat terlalu banyak kekwn lain yg telah berjaya didlm bidang2 yg diceburi.

    BalasPadam
  6. Org kata kalau berniaga, org tak pakai duit sendiri. Selalunya org berhutang. Kalau rugi, duit org lain. Ada seorang lecturer UIA buat research tentang hutang org berniaga, lebih kurang study dia nk tau samada peniaga org islam kurang berhutang atau tidak berbanding dgn non-muslims..x sure pulak saya outcome-nya.

    BalasPadam
  7. Ustaz, tok nak tambah (dapat idea ni pulak).

    Melalui pengamatan tok yg dah agak berumur & campur macam2 org, selalunya yg berutang tu terbagi 2 : (1) memang tak cukup modal (2) ada modal tapi sengaja amik peluang/kesempatan (tak kira le kat keluarga ke, bank ke, kawan2 ke dsbnya.)

    Bila bab membayar juga terbagi 2 : (1) yg bertanggung jawab (bayar ikut jadual & risau selagi tak bayar) (2) sengaja tak nak bayar/lengah2kan wlu ada duit, macam2 alasan.

    Kesimpulannya, atas niat kita le masa berhutang tu & masa nak mula berniaga (hatta buat apa2 kerja pun. Klu yg tak datangkan pahala & duit akan sia-sia.)

    Sebagai org Islam , yakin & beriman bahwa Allah tau apa dlm hati kita, jadi amat takut utk berhutang esp yg risiko tinggi, takut2 tak terbayar sbb org berhutang ni tak aman dihatinya, apalagi yg sengaja tak nak bayar wlu ada duit .. hasilnya hidupnya pun tak berkat & aman selalu tak cukup duit, wlu lahirnya pakai kenderaan, rumah mewah, dsbnya.

    BalasPadam
  8. betapa nikmatnya hidup bebas dari hutang... hanya mereka yang tak berhutang saja merasainya... qanaah dengan apa yang ada. jimat2 duit lama2 jadik jutawan.

    BalasPadam
  9. Sdr RH Sementara ustaz tk jwp lagi ni kita dok besembang ngan kita2 dululah nmpknya.(mohon kebenaran ya Ustaz)Pada pengalaman sy yg telah bekerja dgn lebih drp 50 org majikan didlm berbagai sektor sama ada yg kecil2 mahu pun yg agak2 sederhana dan berbilang bangsa Towkehnya juga.Selalunya org2 yg tidak menggunakan modal sendiri adalah org2 yg telah terbukti kepakaran dan kehebatannya didlm bidang2 perniagaan yg mahu diketengahkan.Ia dikenali dan dipercayaai oleh sipembiaya2nya@Pelabur rakan kongsi & sebagainya dgn hanya melampirkan selampir kertas kerja ianya tidak mungkin berlaku pada org2 baru yg tidak mempunyai kepakaran apatah lagi pengalaman didlm bidang tersebut.Tak da siapa yg nak bagi kita modal cuma2 je melainkan ahli keluarga dan kwn2 yg rapat je yg membantu secara Ikhlas itu pun kena bayar balik tetapi jika sekali tk berjaya (tk bayar balik,niaga tak bejaya) mungkin kali ke2,dan 3 "susah sikit" atau telah tiada lagi.TQ

    BalasPadam

Dipersilakan komen.